Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BULAN TERINGIN JUMPA DAYANG & MISHA OMAR, IBARAT 'TUNGGU BULAN JATUH KE RIBA'!


DARIPADA
seorang buskers hingga ke penyanyi syarikat rakaman, perjalanan seni Bulan Asyraff terus bersinar selepas diperkenalkan di pentas ‘Mentor Milenia 2019’ sebagai protege Black Hanifah.


Selepas itu, pemuda bernama sebenar Muhammad Asyraff Mohd Zamani, 26,  ini melangkah pula ke gelanggang Mic On musim 2  (2022) di mana beliau bergelar Naib Juara dam seterusnya  menerokai rezeki di pentas Gimme The Mic sehingga berjaya berada pada kedudukan Grand Six.


“Pun begitu perjalanan saya masih jauh untuk mencapai impian mempunyai album sendiri serta beberapa konsert kerana hanya 70% daripada kerjaya seni ini baharu tercapai,” ujar Bulan jujur ketika ditemui pada majlis pengumuman Anugerah KamiSempoi Golden Award 2024 anjuran KamiSempoi International Agency (KSIA) yang bakal di adakan pada 12 Mei ini di Sentul, Kuala Lumpur.


Bulan menjadi artis di bawah label muzik rasmi KSIA, “Miaw Music’ dengan single sulongnya. ‘Tujuan Hidupku’ sekali gus membayangkan tujuan hidupnya sejak minat menyanyi dari kecil.


DARI kiri: Bulan, Pakcik Chin Swee, Duta KSIA, Riezman Khuzaimi dan Pempengaruh Adelyn Heng yang turut hadir.


Malah Bulan turut ditawarkan oleh pengasas KSIA, Pakcik To Chin Swee untuk menyanyikan lagu ‘KamiSempoi’ hasil ciptaan ahli pengurusan KamSempoi, Kimchi Kacak apatah lagi Bulan merupakan ‘live host’ aktif di bawah payung KSIA.


Di platform sosial media khususnya di aplikasi Tik Tok, Bulan telah mencapai lebih 230,000 pengikut dengan jumlah 2.1 juta tanda suka. 


Terbukti Bulan antara contoh seorang ‘buskers’ berbakat dan jika diberi platform dan bimbingan yang betul mampu mencipta kejayaan luar biasa.


Berpegang pada motonya. ‘Jangan Berhenti Percaya, Menyanyi Adalah Kegemaran Saya’ (Don’t Stop Believing, Singing is my Passion’), apa lagi yang diimpikan Bulan dan siapa pula idolanya di kalangan penyanyi wanita?


‘Saya masih belum berkesempatan bertemu dengan dua artis wanita yang paling saya minati iaitu Dayang Nurfaizah serta Misha Omar,” jawab Bulan sambil meluahkan perasaan terujanya jika keinginannya itu dapat direalisasikan.


Menurutnya, ketika di pentas pertandingan beliau berharap sangat jika dapat bertemu mereka samada sebagai juri atau artis undangan tetapi tidak kesampaian.



“Memang teringin sangat jika diberi peluang berduet dengan Kak Dayang dan Kak Mitch (Misha) kerana saya rasa lagu-lagu mereka sesuai dengan genre pop balada yang sepadan dengan jiwa saya,” sambung Bulan dengan senyuman meleret.


Mengakui selama ini beliau banyak membawakan banyak lagu Tok Ti (Dato Seri Siti Nurhaliza) namun sedar belum 'setaraf' untuk bergandingan dengan penyanyi tersohor negara itu.


“Tetapi bukan bermakna Kak Dayang dan Kak Mitch tidak kurang pencapaian mereka cuma saya rasa lagu-lagu mereka lebih sejiwa dengan genre kegemaran saya,” tambah Bulan sambil mengakui sentiasa mengikuti perkembangan kedua-dua artis kegemarannya itu melalui platform sosial media, Instagram.


Apa pun, setelah memasuki industri seni, Kak Fas percaya satu hari nanti Bulan akan bertembung dengan dua ‘bintang’ yang diminatinya itu apatah lagi ‘bulan dan bintang’ ibarat irama dan lagu… sentiasa berkerlipan dan bercahaya menyinari kegelapan malam. 


Kak Fas: Semoga hajat Bulan tercapai dalam masa terdekat ini ya!



#Bulan #KamiSempoi #DayangNurfaizah #MishaOmar #PakcikChinSwee #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan