KERIANGAN KEMPEN 'THE GOLDEN TICKET' KEMBALI KE ALAMANDA, PELUANG MENANG E-BAUCER RM1K!
ALAMANDA Putrajaya kembali menghangatkan suasana beli-belah dengan kempen "The Golden Ticket" yang sangat dinanti-nantikan, kini memasuki edisi kelima atas permintaan ramai.
Dari 23 Mei hingga 8 Jun, pusat beli-belah ikonik ini mengangkat tema permainan klasik ular dan tangga yang pastinya mengimbau nostalgia, sambil menawarkan peluang luar biasa untuk memenangi e-baucar bernilai tinggi.
Selaras dengan tema yang menyeronokkan ini, Pentas Centre Court Alamanda telah dihias indah dengan sentuhan flora dan fauna, dipenuhi dengan animasi "snakes and ladders" yang menceriakan.
Pemandangan ini bukan sahaja menarik perhatian, malah turut membina suasana yang meriah, mendorong para pengunjung untuk turut serta dalam cabaran ini.
Untuk menyertai dan berpeluang memenangi hadiah lumayan, pembeli hanya perlu berbelanja RM500 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih.
Selepas itu, mereka layak untuk melontar dadu berwarna enam dan melihat nasib mereka dalam memenangi e-Baucar Alamanda bernilai sehingga RM1,000.
Setiap hari, sebanyak 50 hadiah disediakan, dan yang paling menggembirakan, setiap peserta dijamin tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya akan membawa pulang e-Baucar Beli-belah Alamanda.
Baucar-baucar ini hadir dalam tiga kategori menarik: Golden Ticket (RM1,000), Yellow Ticket (RM500), dan Blue Ticket (RM50).
Uniknya, mana-mana tiket yang tidak dituntut akan dibawa ke hari berikutnya, menambah debaran dan keterujaan setiap kali kunjungan.
Kak Fas sendiri tidak ketinggalan untuk menyertai kempen menarik ini apabila berlangsungnya pra pelancaran ‘The Golden Ticket’ bersama media baru-baru ini.
Ia turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi Suria KLCC Sdn Bhd., Sherina Khairi yang sentiasa berseri dan ceria dengan senyuman manisya sebagai pengacara majlis.
![]() |
KENANGAN bersama Sherina di Alamanda, Putrajaya. |
Setelah beberapa kali mencuba nasib dalam edisi-edisi sebelumnya tanpa sebarang kemenangan besar, Kak Fas hadir dengan semangat baharu.
Kali ini, melangkah ke pentas dengan sedikit debaran serta penuh harapan, Kak Fas melontar dadu berwarna kunng, merah, oren, hijau, biru dan unggu, dan sejurus ia berhenti, Kak Fas memperoleh warna hijau.
Ada lebih kurang 8 kotak hijau bernombor yang tertera di atas papan dan Kak Fas pun pilih nomber 15 (hijau) sebab berdekatan dengan nom giliran Kak Fas iaitu 16 yang berwarna unggu.
Bila dibuka envelop di dalamnya, tak sangka dapat tiket kuning (RM500)… syukur aklhamdulliah bila pertama kali menang hadiah bernilai itu walau pun bukan tiket emas bernilai RM1,000 yang dimenangi rakan seperjuangan, Merrissa dari portal stail.my.
Kemenangan pertama yang manis ini bukan sahaja menggembirakan, malah membuktikan bahawa kesabaran dan sedikit tuah sememangnya membawa hasil.
Alamanda Putrajaya turut memastikan setiap kemenangan Golden Ticket menjadi detik yang tidak dapat dilupakan.
Setiap hari, seorang pembeli bertuah yang memenangi Golden Ticket akan diraikan secara istimewa dengan cahaya berkelip, muzik ceria, dan sesi fotografi segera bersama cek replika, mengabadikan momen kemenangan itu untuk kenangan.
Kempen "The Golden Ticket" ini sememangnya berjaya menciptakan pengalaman membeli-belah yang bukan sahaja memberi ganjaran, tetapi juga penuh dengan kegembiraan dan kejutan.
Apakah anda pernah merasinya?
Jika belum boleh lah ke Alamanda untuk membeli-belah persiapan bagi Hari Raya Haji ini… mana tahu anda ‘korban’ duit sebanyak RM500 atau lebih dlam dua resit dah dapat RM1,000 atau pun RM500.
Yang pasti setiap percubaan tidak akan pulang dengan tangan kosong waima ada juga tiket bernilai RM50.
Unuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre.
Tahniah kepada semua pemenang!
#TheGoldenTicket #AlamandaPutrajaya #Snakes&Ladders #YellowTicket #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan