Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYDIN, PNG BERGABUNG TUNAIKAN IMPIAN KANAK-KANAK


PADA
22 Mei 2025 lalu, sebuah kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menyentuh hati telah dilancarkan di Mydin USJ Subang Jaya, hasil kerjasama erat antara MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) dan Procter & Gamble (P&G) Malaysia. 


Diigerakkan bersama Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS), kempen ini bermatlamat untuk menyemai kegembiraan dan harapan yang amat diperlukan di hati kanak-kanak yang menghidap penyakit terminal di seluruh negara.


Brertemakan "Kami Bawa Senyuman – Jom Tunaikan Impian Kanak-Kanak" ini direka untuk menggalakkan setiap rakyat Malaysia mengubah pembelian harian mereka menjadi sumbangan yang bermakna. 


Mekanisme kempen ini cukup mudah, sebanyak RM0.10 akan disalurkan kepada CWS bagi setiap pembelian produk P&G bernilai minimum RM10 di mana-mana cawangan MYDIN. 


Ini bermakna, setiap kali pengguna membeli barangan keperluan P&G, mereka secara langsung menyumbang kepada usaha murni ini.



"Sebagai sebuah syarikat yang komited terhadap kesejahteraan komuniti, kami percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyokong golongan yang paling memerlukan – terutamanya kanak-kanak yang sedang menghadapi ujian hidup yang berat," ujar Nantha Kumaran Kalimuthu, Pengurus Negara P&G Malaysia dan Singapura, pada majlis pelancaran kempen yang disempurnakan bersama oleh Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Puan Jamalah Jamaluddin serta Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin dan Presiden Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia, Encik Teoh Teik Hoong, bertempat di Mydin USJ Subang.



Menyatakan komitmen syarikatnya terhadap kesejahteraan komuniti. Nantha memaklumkan kolaborasi ini membolehkan P&G merealisasikan impian kanak-kanak ini serta memberikan mereka memori yang penuh makna dan kegembiraan. 


"Momen seperti inilah yang menjadi inspirasi utama kami di P&G Malaysia untuk terus berbakti kepada masyarakat,” tambahnya.


Senada dengan itu, (Dr) Ameer Ali Mydin berkata, “Kami percaya bahawa setiap perniagaan mempunyai peranan dalam membangunkan sesebuah komuniti. Melalui kempen ini, MYDIN berpeluang untuk membawa senyuman kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit terminal.” 


Ameer juga melahirkan rasa bangga atas kerjasama dengan P&G dan Children’s Wish Society, yang membolehkan aktiviti membeli-belah harian di MYDIN menjadi satu aktiviti yang bermakna. 


"Dengan sokongan semua pihak, kita mampu merealisasikan impian kanak-kanak tersebut," tegasnya.


DARI kiri: Nantha Kumaran, Ameer Ali dan Teoh Teik Hoong.


Untuk rekod, Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS) merupakan sebuah organisasi badan beramal berdaftar yang berpusat di Subang Jaya. 


CWS berfungsi dengan kerjasama erat pasukan perubatan di hospital-hospital kerajaan untuk mengenal pasti kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang menghidap penyakit terminal atau kritikal. 


Kanak-kanak ini kemudiannya diberi peluang untuk berkongsi impian mereka, sama ada dalam bentuk hadiah, pengalaman istimewa, mahupun aktiviti bersama keluarga, dan CWS akan berusaha keras untuk memenuhi impian tersebut dalam masa terdekat.


Menurut Teoh Teik Hoong, pencapaian satu impian bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit terminal boleh memberikan mereka kekuatan luar biasa. 


“Ia bukan sekadar kegembiraan, malah menjadi sumber motivasi untuk terus melalui ujian hidup ini," kata beliau. 


Teoh turut menyampaikan penghargaan mendalam kepada MYDIN dan P&G Malaysia, di mana sokongan mereka membolehkan CWS menolong lebih ramai kanak-kanak serta memberi kenangan indah buat mereka dan keluarga.



Kempen "Kami Bawa Senyuman – Jom Tunaikan Impian Kanak-Kanak" ini merupakan seruan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjayakan misi murni ini. 


Melalui pilihan bijak sewaktu membeli-belah, setiap pengguna bukan sahaja dapat memperoleh produk keperluan harian, malah turut menyumbang kepada senyuman, harapan, dan impian yang menjadi kenyataan bagi kanak-kanak yang amat memerlukan.


Ini adalah peluang untuk setiap individu menjadi sebahagian daripada perubahan positif dalam kehidupan mereka yang paling rapuh sekali gus menyumbang kepada senyuman, harapan dan impian yang menjadi kenyataan. 



#MydinHoldings #P&GMalaysia #CWS #KamiBawaSenyuman #TunaikanImpian 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan