Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KAO MALAYSIA, WATSONS LANCAR KEMPEN PUPUK AMALAN KESIHATAN KULIT!


KAO Malaysia
dan Watsons bekerjasama melancarkan kempen "Perlindungan Kulit, Kesempurnaan Hidup" untuk memupuk amalan kesihatan kulit dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya remaja. 


Kempen ini menggabungkan produk Bioré dan ganjaran Watsons, dengan 1% daripada hasil jualan disalurkan kepada penyelidikan kesihatan kulit tempatan.


Presiden KAO Malaysia, Yamazaki Hirobumi dalam ucapannya menyatakan keyakinan beliau bahawa amalan perlindungan kulit melangkaui sekadar rutin harian. 



Beliau menekankan bahawa ia adalah asas kepada kehidupan yang berkualiti, di mana setiap langkah penjagaan kulit berpotensi untuk membentuk masa depan yang lebih cerah dan penuh keyakinan. 


"Kempen yang dipelopori oleh Bioré ini membawa mesej yang menggabungkan kemajuan sains, keyakinan terhadap diri sendiri, dan memiliki kulit yang sihat. Inisiatif ini selaras dengan visi KAO untuk membantu rakyat Malaysia mencapai kehidupan yang indah dan sihat, sebagaimana yang termaktub dalam falsafah Pelan Gaya Hidup Kirei kami," ujar Yamazaki Hirobumi pada majlis pelancaran kempen tersebut baru-baru ini.



Pelancaran kempen "Perlindungan Kulit, Kesempurnaan Hidup" turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian ilmu daripada pakar-pakar industri. 


Profesor Madya Dr. Noraini dari Jabatan Kimia Universiti Malaya menyampaikan ucaptama bertajuk "Sains Di Sebalik Ramuan Penjagaan Kulit Berkesan: Mengapa Formulasi Penting?". 


Dalam pembentangannya, beliau mengupas secara mendalam impak jangka panjang perlindungan kulit terhadap kesihatan dermatologi dari sudut pandang ilmiah. 



Ia kemudiannya diikuti dengan demonstrasi rejimen penjagaan kulit yang disesuaikan mengikut kumpulan umur yang berbeza oleh Dr. Lim Ing Kien, Pengarah Urusan dari Ventamin. 


Kedua-dua  pembentangan tersebut mengukuhkan mesej teras kempen: Perihal kesihatan kulit memerlukan pendekatan yang disesuaikan mengikut peringkat kehidupan, bermula dari usia muda.


KAO melalui rangkaian produk Bioré mengesyorkan pendekatan penjagaan kulit "Cleanse Protect" sebagai solusi efektif untuk melindungi kulit pengguna daripada ancaman sinaran UV, haba, dan habuk, sekaligus memelihara kesehatan dan keyakinan diri. 


Pendekatan ini menekankan pentingnya membersihkan kulit dengan produk yang lembut dan diikuti dengan penggunaan produk pelindung UV berprestasi tinggi. 


Kombinasi ini bertujuan untuk membina ketahanan kulit secara konsisten, membolehkan pengguna menjalani kehidupan sehari-hari dengan lebih yakin dan selesa.



Sementara itu, Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia bagi AS Watsons (gambar atas, lima dari kiri), menyatakan kebanggaan Watsons dalam menjalin kerjasama dengan KAO Malaysia untuk kempen "Perlindungan Kulit, Kesempurnaan Hidup". 


Beliau menegaskan bahawa kerjasama ini selaras dengan misi Watsons untuk memperluas akses kepada kesihatan dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat. 


"Melalui jaringan kedai kami yang luas, platform kesetiaan pelanggan, serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang berterusan seperti kerjasama terkini dengan Universiti Malaya, KAO Malaysia menunjukkan komitmen yang kuat dalam memupuk tabiat positif di kalangan rakyat Malaysia. 


“Kami berharap, bersama KAO Malaysia, kami dapat mendorong lebih ramai individu untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan kulit mereka, bukan sahaja hari ini tetapi juga untuk masa hadapan," katanya.


Sebagai rakan peruncit rasmi kempen ini, Watsons akan menawarkan pelbagai insentif menarik untuk menggalakkan amalan perlindungan kulit setiap hari di kalangan pelanggannya. 



Bermula dari bulan Mei hingga Ogos 2025, pelanggan berpeluang menikmati ganjaran istimewa melalui program kesetiaan Watsons:


  • Program ‘W Rewards’: Pelanggan boleh menebus Bioré Guard MOS Block 50g dengan hanya 500 mata Watsons.
  • Program ‘E-Stamp’: Pelanggan berpeluang mengumpul setem untuk menebus pelbagai produk Bioré termasuk Bioré Guard MOS Block 50g, Bioré UV Aqua Rich Aqua Protect Mist 60ml, dan Tone Up Essence 70g.

Kempen ini juga merupakan kesinambungan daripada komitmen KAO Malaysia terhadap kesihatan masyarakat secara menyeluruh, yang dibuktikan melalui pelbagai program kesedaran awam yang sedang berjalan dengan kerjasama rakan-rakan strategik lain. 


Ini termasuk projek "Guard Our Future", sebuah kempen pencegahan demam denggi holistik yang melibatkan bengkel pendidikan, sumbangan produk, dan aktiviti gotong-royong di Selangor. 


Usaha ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang aktif dalam mengelola program pencegahan denggi di seluruh negeri.



Aktiviti Promosi Kempen:


  •  Tempoh kempen: 6 Mei hingga 25 Jun 2025
  •  Pembelian mana-mana produk Bioré atau Bioré Guard (tidak termasuk   produk  Men’s Bioré) bernilai RM80 dan ke atas dalam satu transaksi di     mana-mana kedai Watsons melayakkan anda untuk menebus 400 PIN Muat   Semula eWallet Touch ‘n Go bernilai RM25.
  •  Promosi ini adalah sah bagi pembelian dalam talian di Watsons e-Shop 


Untuk maklumat lanjut tentang promosi kempen ataupun cawangan Watsons Malaysia yang terlibat, layari laman sosial rasmi berikut:




#WatsonsMalaysia #KaoMalaysia #Perlindungan Kulit, Kesempurnaan Hidup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan