IMSOMNIACKS UMUM KONSERT SOLO PERTAMA, TAWAR HARGA PALING MURAH!
Konsert yang dinanti-nantikan ini dijadualkan berlangsung pada 12 Julai 2025 di Zepp KL, Kuala Lumpur, anjuran SAH Entertainment dengan kerjasam Universal Music.
Kumpulan yang dianggotai oleh Iqie (vokalis utama), Wan Arif Iskandar (bass), dan Danial Lee Hashim (gitar) ini terkenal dengan rangkaian lagu-lagu hits yang sering menjadi siulan, sekali gus membina pangkalan peminat yang kukuh bukan sahaja di Malaysia, malah turut meliputi Indonesia, Singapura dan Brunei.
Antara lagu-lagu popular Insomniacks termasuklah "Pulang", "Reminisensi", "Sempurna", dan "Igauan Malam” bahkan lumpulan ini juga sukses melalui kolaborasi seperti "Cerita Kita" bersama Nabila Razali serta duet "Belum Mulai" bersama penyanyi Indonesia, Nabila Taqiyyah, yang dinobatkan sebagai Video Muzik Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2024.
Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, menyifatkan konsert ini sebagai detik bersejarah buat Insomniacks.
Beliau turut menekankan bahawa harga tiket ditawarkan pada kadar yang 'mampu milik' sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang kumpulan tersebut.
"Ini akan menjadi satu detik bersejarah buat Insomniacks sendiri kerana ia adalah konsert solo pertama mereka, Untuk jualan tiket pula, kami sepakat menawarkan harga mampu milik supaya peminat-peminat Insomniacks dapat bersama-sama mencipta detik bersejarah tersebut dan ia paling murah pernah dijual di Zepp KL selepas sekian lama.” ujar Sufi Rashid.
Insomniacks mula ditubuhkan pada tahun 2015, bermula dengan memuat naik video 'cover' lagu di saluran YouTube mereka dan pernah mencatat pencapaian membanggakan apabila empat buah lagu mereka menembusi Top 10 RIM (Recording Industry Malaysia) Domestic Chart, menjadikannya artis pertama yang mempunyai empat lagu serentak dalam carta tersebut.
Pada tahun 2024, Insomniacks juga menduduki tangga kelima sebagai artis Malaysia paling banyak distrim di Spotify dan terkenal sebagai kumpulan yang mengetengahkan gabungan genre seperti pop, rock dan punk.
Harga tiket konsert "Insomniacks: Echoes Of A Dream" bermula dari RM138 untuk kategori Maniacks (standing), RM168 untuk Sempurna (seating), RM228 untuk Reminisensi (seating), dan RM6888 untuk Pulang (VIP box).
Tiket-tiket konsert boleh mula didapatkan melalui laman sesawang Ticketmelon bermula.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi SAH Entertainment melalui emel hello@sahentertainment.com.
#Imsomniacks #SahEntertainment #UniversalMusic #Hiburan #Konsert #ZeppKL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan