Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO LANCAR 'TAWARAN EKSKLUSIF' HARGAI PENJAWAT AWAM'


ASTRO
, peneraju kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, mengumumkan pelancaran istimewa “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” sebagai tanda penghargaan kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara. 


Langkah ini dilihat sebagai pengiktirafan peranan penting penjawat awam sebagai tulang belakang pembangunan negara.


Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pek Astro One, yang direka khas untuk menawarkan pelbagai kandungan premium dengan nilai yang berbaloi.


Tawaran eksklusif ini merangkumi akses kepada pelbagai saluran pilihan, program tempatan Astro, Astro Originals, hiburan on demand, serta kemudahan penstriman melalui Astro GO. 


Dengan  memperakui kepelbagaian minat penjawat awam dan juga keluarga mereka, pek ini merangkumi  pilihan untuk perkhidmatan penstriman, berita, pendidikan, sukan, filem, serta hiburan  tempatan dan antarabangsa sambil turut memaksimumkan bajet hiburan mereka.



Menurut Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro:


"Sebagai sebuah entiti yang telah berakar umbi dalam masyarakat Malaysia, Astro telah menjadi sebahagian daripada perjalanan negara ini sejak sekian lama, menghubungkan keluarga dan masyarakat melalui kepelbagaian kandungan dan perkhidmatan yang kami tawarkan. 


“Kami amat memahami tanggungjawab yang digalas oleh penjawat awam dalam membentuk masa depan negara ini, dan pek istimewa ini adalah ungkapan penghargaan kami, menyediakan hiburan dengan kos yang lebih berpatutan, dan kami yakin tawaran ini memberikan nilai yang tiada tolok bandingnya."


Menerusi “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, semua penjawat awam berpeluang menikmati tawaran eksklusif dan diskaun bagi Pek Entertainment dan Pek Sports Astro One. 


Tawaran menarik ini bertujuan menjadikan pek Astro yang paling popular ini lebih mudah diakses dan berpatutan untuk golongan penjawat awam. Penjimatan yang ditawarkan adalah sehingga RM960, termasuk tontonan percuma kandungan kanak-kanak dan pemasangan Plug & Play secara percuma.


Maklumat lanjut seperti yang tertera di bawah: 



Pek Entertainment Astro One menawarkan akses kepada lebih 100 saluran yang membariskan kandungan tempatan dan antarabangsa untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. 


Eksklusif untuk penjawat awam dengan harga RM39.99 sebulan (harga runcit: RM49.99), pelanggan dapat menikmati rancangan popular seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, Astro Originals First Wives, dan banyak lagi. 


Tambahan pula, dengan akses percuma ke Astro GO, pelanggan boleh menikmati kandungan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


Bagi peminat sukan, Pek Sports Astro One menyediakan semua kandungan dalam Pek Entertainment dengan tambahan siaran langsung pelbagai acara sukan termasuk Liga Perdana Inggeris, acara BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, Kriket, Tenis, dan banyak lagi dengan hanya RM69.99 sebulan (harga runcit: RM99.99). 



Pelanggan yang melanggan melalui “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” juga akan menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak (harga runcit: RM9.99) dengan akses kepada 6 saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies, dan lain-lain.


Astro menegaskan komitmennya untuk terus menyokong kesejahteraan masyarakat Malaysia dan mengiktiraf sumbangan penting penjawat awam kepada pembangunan negara. Inisiatif ini diyakini bukan sahaja memberi nilai kepada penjawat awam tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara Astro dan komuniti.


Penjawat awam yang berminat boleh mendaftar untuk pek “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” mulai hari ini melalui pautan INI atau melalui WhatsApp di talian +60 3-9543 3838


Bukti pekerjaan sebagai penjawat awam atau pesara diperlukan semasa proses pendaftaran.


*Tertakluk kepada terma dan syarat. Harga diskaun bulanan dan tontonan percuma sah selama 24 bulan.



#TawaranEksklusifUntukPenjawatAwam #ASTRO #AstroGo #AstroOne #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan