Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ABUBAKARXLI SERASI PILIH SHALMA ELIANA 'NAIK' BERSAMA



ABUBAKARXLI
atau nama sebenarnya, Mohamad Faiz Mohamad Yusof bukanlah nama asing di kalangan rapper atau peminat muzik hip hop.


Jika pembaca setia ruangan Kak Fas ini ingat, pada bulan Disember tahun lalu, Kak Fas pernah menulis mengenai beliau yang melahirkan album EP berjudul "Exacxli".


Meh Kak Fas throwback sikit... sila baca LINK INI ya...


Terbaharu, penyanyi muda berusia 25 tahun, berasal Ipoh, Perak di bawah naungan Def Jam Malaysia ini mempertaruhkan lagu berjudul 'NAIK'.


Dan lebih istimewanya lagi, beliau tidak bersendirian kerana lagu ciptaan bersama Shazee Ishak dan Tilla Hanna ini turut menampilkan 'sekumtum bunga' bernama Shalma Eliana.


Terbaharu, penyanyi muda berusia 25 tahun, berasal Ipoh, Perak di bawah naungan Def Jam Malaysia ini mempertaruhkan lagu berjudul 'NAIK'.


Dan lebih istimewanya lagi, beliau tidak bersendirian kerana lagu ciptaan bersama Shazee Ishak dan Tilla Hanna ini turut menampilkan 'sekumtum bunga' bernama Shalma Eliana."Menerusi lagu ini juga saya buat kali pertama bekerjasama dengan Shazee dan juga Altimet untuk proses penerbitan. Malah kami masing masing terbuka berkongsi ilmu dan pendapat," ujar Abubakarxli sambil menyifatkan kolaborasi bersama Shalma menepati kehendaknya yang mahu mencari tona suara seperti yang dimiliki pelakon dan penyanyi muda itu.


"Tona suara Shalma memang saya mahukan dalam bayangan penyanyi wanita yang dicari. Malah saya tak nampak sesiapa lagi selain dia. Kami pantas mencipta keserasian. Ia secara tak langsung memudahkan proses rakaman selain jadi lebih organik,"  tambahnya puas.


Kata Abubakarxli lagi, rakaman video muzik juga sudah siap. Manakala proses pembuatan lagu dan rakaman sekitar September tahun lalu.


"Video muzik lagu ini antara yang paling cepat disiapkan dan ia dibuat di dalam studio. Kami lakukannya pada 31 Mac lalu dengan menggunakan konsep latar skrin hijau dan diarahkan Thaqif Saadon. Dia boleh saya sifatkan sebagai pengarah yang genius dan tahu apa yang dimahukan," katanya yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa artis tanah air.


Lagu bergenre adunan hip hop dan pop itu mengangkat perkataaan 'NAIK' sebagai satu ruang semangat meneruskan perjuangan hidup.


"Lagu itu umpama motivasi dan penyuntik semangat untuk saya dan mereka yang menikmatinya. 'NAIK' itu seperti kita berusaha terus tanpa mengalah dan endahkan bualan orang yang skeptikal mahupun meraguinya. 'NAIK' itu juga umpama satu kata ganti kepada maju ke depan. Orang bilang kata kata itu doa. Semua yang hidup nak maju dan berjaya. Pilihan kita untuk jadi lebih baik ialah kuat,” Abubakarxli berpendapat.


Mengakui kejayaan itu tak datang sekelip mata tetapi perlu melalui laluan berliku yang datang silih berganti, beliau berharap NAIK dapat dijadikan pembakar semangat semua yang hampir rasa mengalah.


Kata penyanyi yang popular dengan lagu NiNiNi itu lagi, karya terbaru berkenaan juga cukup dekat dengannya.


"Sebagai penyanyi, saya cuba sebaik mungkin untuk bawa muzik yang boleh kita 'relate'. Tambahan dengan situasi getir pandemik COVID-19 dan isu semasa lain, saya harap lagu ini dapat menyuarakan isi hati kita. 


"Satu cabaran juga menulis lagu ini pada awalnya kerana ia lebih sarat dengan mesej berguna. Saya ambil masa dua minggu juga untuk memikirkan rangka dan bait lirik. Namun apabila sudah datang semangat, semua proses jadi mudah,” jelas Abukarxli.

Sementara itu, Shalma pula secara peribadi menganggap 'NAIK' sebagai sebuah lagu 'catchy'.



"Sekali dengar terus rasa 'vibes'. Ia lagu yang berbeza pernah saya nyanyikan sebelum ini. Lagu ini ada macam magnet kuat yang buat saya sendiri terpegun. 


"Liriknya juga sangat bermakna dan boleh dikaitkan dengan saya untuk terus melangkah dan terbang tinggi walau apa jua cabaran mendatang," kata Shalma yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan penyanyi Farriz Jabba.


Menurut beliau sungguhpun 'NAIK' merupakan kerjasama sulongnya dengan Abubakarxli namun beliau mudah mendapatkan keserasian kala menyanyi.


"Dia jenis sempoi. Kami pun berkawan, jadi keserasian itu cepat wujud. Dia pun jenis membakar semangat kalau saya 'lost'," sambung Shalma.


#Abubakarxli #ShalmaEliana #NAIK #DefJamMalaysia #LaguCatchy #Exacxli


Tiada ulasan: