Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FILEM TEMPATAN MAMPU TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA JIKA.....



FILEM
tempatan mempunyai potensi menembusi pasaran di luar negara dan meraih sambutan penonton antarabangsa jika pembikinannya mencapai standard antarabangsa. 

Begitu pendapat beberapa karyawan filem khususnya golongan pengarah dan produser yang telah membuktikan perkara itu tidak mustahil dicapai apabila segala kriteria pembikinan sebuah filem mengikut garis panduan mampu diikuti.


"Sejujurnya, kami pastikan syot sekurang-kurang dari segi teknik tidak akan ditolak penstriman utama di dunia seperti Neflix. Kami tak nak lepas siap, dapat maklum balas filem okay tapi kamera tak menepati piawai mereka," ujar Pengarah filem terkenal, Amir Muhammad yang berpandangan aspek teknikal seperti syot perlu diberi fokus. 

Amir yang merupakan produser filem Roh meraih pencapaian antarabangsa apabila filem terbitan Kuman Pictures itu ditayangkan di Kemboja, Brunei, Singapura dan Amerika Utara serta menerusi platform penstriman dunia, Netflix. 


"Saya ingat dulu ketika berjumpa dengan Teck Tan, pengarah filem Spinning Gasing, kami berbincang pasal pengedaran antarabangsa. Dia mengatakan paling tidak, filem tidak di 'reject'atas alasan teknikal tapi kalau alasan cerita tak 'best', lakonan tak bermutu tak mengapa sebab itu subjektif tapi 'basic' piawaian harus ada. Sebab itu kami memang sengaja 'research' jenis kamera apa yang Netflix nak," tambahnya pada program FDAM Live yang membawa topik 'Filem Kita Ke Persada Dunia, Mampukah Kita?', disiarkan secara langsung menerusi Facebook, FDAM baru-baru ini. 

Menurut beliau lagi, jalan cerita dan pemilihan pelakon tiada kaitan langsung. 


"Isi filem  tidak dibuat begitu 'calculative' tapi mutu gambar dan bunyi, kami pastikan ia menepati piawaian antarabangsa walaupun bajet tak tinggi," ulasnya. 


Bercerita lanjut, Amir berkata, dari segi teknik filem Roh bukanlah filem yang mampu mengalahkan filem besar atau sedang di dunia sebab ia dihasilkan dengan kos RM360,000, tiada kesan khas yang mengujakan tapi percaya faktor keunikkan cerita dan 'setting'. 


"Apabila melihat banyak ulasan yang keluar selepas filem Roh masuk Netflix di seluruh dunia kecuali Amerika Utara, banyak ulasan dari Speanyol, United Kingdom dan sebagainya. Mereka rasa Roh sebagai 'folk horror', seolah dongeng, asing dari budaya mereka tapi mereka rasa ia menarik sebab bertempat di dalam hutan bukan dari hutan negara mereka sendiri, Islam dan budaya," jelas Amir. 


Akuinya, walaupun penonton luar negara tidak faham sangat tetapi 'look and feel' yang berbeza. 


"Mungkin juga bernasib baik apabila banyak artikel media berbicara Roh selari dengan filem Joko Anwar contohnya Perempuan Tanah Jahanam yang turut dicalonkan untuk kategori Oscar. Mereka anggap ini sebagai satu aliran baru filem seram dari negara Islam menggunakan penceritaan lain daripada gaya filem 'Mat Salleh'. 


"Ia bukan suatu yang dirancang tapi secara logik kalau kita berada di negara seperti Amerika Syarikat dan kita tonton filem Hollywood, kita pilih filem luar, kenapa nak tonton filem sekadar 'copy paste' atau photostat apa yang mereka sudah ada. Mereka hendak melihat sesuatu yang lain, jadi muncul fenomena beberapa filem Asia yang berjaya ditayangkan walaupun dalam kategori kecil seperti 'art house' atau indie dan sebagainya, ia bukan contoh filem aksi triller tapi filem lebih kecil yang unik dari segi budaya dan penampilan," kata Amir panjang lebar.



Bagi pengarah filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie, Ray Lee, filem Malaysia mempunyai banyak kateria dan ciri untuk menembusi pasaran dunia. 


"Kita memiliki budaya yang jarang diketengahkan kepada khalayak ramai di seluruh dunia dari aspek bahasa, budaya dan adat resam. Apabila kita memberitahu penonton di luar negara, bagaimana Malaysia menerbitkan filem, corak dan ekosistem masayarakat kita, apabila saya sebagai pengarah Cina Malaysia boleh bercakap Hokkien, Mandarin campur Malayu dan Inggeris, penonton dan pembikin filem tertanya bagaimana nak 'standardize' filem Malaysia kerana semua bercakap bahasa berbeza dan Malaysia ialah negara yang unik di mana boleh memulihara bahasa ibunda," ujar Ray. 


Ray Lee menerima Anugerah Filem Cereka Terbaik di Karnival Filem Dunia 2021 di Singapura pada 19 Mac. Foto kredit:pillarnews.


Tambahnya, Malaysia mempunyai istilah muhibbah seperti filem Ola Bola dan karya Tan Sri P Ramlee yang banyak memaparkan tiga bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. 


"Ini suatu keunikan di mana luar negara, mereka tidak boleh papar budaya ini. Sebagai contoh filem Amerika kena 100 peratus membawa budaya Amerika tetapi kita boleh tonjolkan budaya Cina, India dan orang Iban tetapi tetap dipanggil filem Malaysia, ini sangat mengagumkan mereka bagaimana kita boleh mencipta sistem atau strategi untuk memaparkan kepelbagaian kita pada dunia," katanya. 


Jelasnya, filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie dihasilkan daripada filem pendek yang menjalani penggambaran pada tahun 2016 di Kuala Kubu Bharu, di lokasi tepi sungai dengan menggunakan 1 kamera. 


"Ia macam pahlawan Iban bertarung dengan hantu, selepas itu hantu jadi zombie. Apabila siap trailer dan filem pendek kedua siap, kami hantar  ke FINAS.Sebenarnya penaja korporat tidak berapa prihatin atau ambil berat mahu menaja filem seram seperti zombie. Bagaimanapun, kami berasa sangat dihargai apabila FINAS menaja setengah dana lalu guna buat skrip selama 8 bulan, 'recce' dan penggambaran dijalankan pada Mei 2019," cerita Ray. 


Menjawab persoalan topik 'Filem Kita Ke Persada Dunia, Mampukah Kita?, Ray memberitahu keunikan filem itu berjaya tarik perhatian pembikin filem luar negara. 


"Filem ini sebenarnya menggabungkan budaya Iban dengan kemodenan zombie. Sepanjang hidup kita tidak pernah menyatakan makhluk itu zombie tapi dalam filem, ia adalah mayat hidup. 


"Dalam filem zombie, ia menggambarkan metafora konsumerisme, kapitalisme, 'deforestation, globalization' dan anti sosial bergantung pada penonton untuk menilai zombie. 


Kita punya 'content' membabitkan perkampungan rumah orang asli Iban, rumah panjang, pakaian orang Iban yang begitu asli dibawa dari kawasan pendalaman yang direka orang veteran yang tinggal di Limbang dan Kapit kerana mereka memberikan rekaan kostum baju burung sangat asli dengan poster yang kita pakai baju kemban memberi satu tanggapan pertama pada keinginan penonton untuk menonton," tambah beliau. 


Ujarnya, filem ini berjaya tarik perhatian penonton negara Barat yang kemudian membuka ruang padanya untuk menghantar penyertaan ke festival filem. 


"Mereka yang 'approach' mahu membawa filem ini ke festival filem selepas tengok poster di media sosial. Kami tak pernah bercakap untuk menang banyak anugerah, sehingga ini sudah menang 20 anugerah termasuk 'official selection' di Amerika Selatan, festival filem seram terbesar di Mexico dan filem festival Russia. ‘Content' kita, budaya kita dan bahasa etnik kita memainkan suatu peranan sangat penting yang unik untuk tarik perhatian dunia," sambung Ray. 


Pengarah filem, Viknesh Perrabu pula menceritakan pengalaman memperbaiki kelemahan filem pertama yang dihasilkan pada tahun 2016 sebelum tampil dengan filem Paramapatham yang meraih 18 anugerah tempatan dan antarabangsa. 



"Saya rasa, saya mahu memperbaiki banyak kesilapan kerana saya sangat lemah sinematografi, 'editing, acting performance'. Apabila ditayangkan bukan dibawah Skim Wajib Tayang, filem saya dapat banyak pandangan berbeza daripada ahli FINAS, ahli FDAM dan senior," ujar Viknesh yang mengambil masa selama 2 tahun untuk menghasilkan Paramapatham malah tidak menjangka boleh menang anugerah.

. 

Menyatakan penghargaan kepada Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim (gambar bawah, kanan) dan semua pihak pengurusan FDAM yang membantunya, Viknesh akui mahu memperbaiki kelemahan dahulu, 'update' dan belajar.




"Terima kasih pada Presiden dan semua pengurusan FDAM kerana saya selalu hantar filem pendek untuk minta pandangan mereka, jika Presiden tak beri tunjuk ajar, ahli tak boleh duduk sebagai pengarah yang bagus," katanya. 


Bersaing filem antarabangsa khusus pasaran di India, Viknesh menyatakan filem Tamil tempatan mempunyai potensi menembusi pasaran luar negara. 


"Buat masa ini, penonton mengambil berat soal pembikinan filem dan mereka mengharapkan lebih banyak nilai kandungan dan genre. Jika 'content' berbeza, mereka memang berminat untuk tonton. 


"Paramapatham sudah mendapat pasaran bagus di India dan masih berunding dengan pengarah dan produser di sana untuk tayangan. Filem ini ditayangkan pada 29 April lalu di seluruh negara tapi bila PKP mula selepas 10 hari tayangan, ia dihentikan," ujar Viknesh sedikit kecewa. 



#FINAS #Roh #FDAM #AmirMohammad #RayLee #VikneshPerrabu #Filem


Tiada ulasan:

Catat Ulasan