Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANAK MALAYSIA GEGARKAN PERSADA KOSMETIK AUSTRALIA



BAGI peminat sukan berbasikal trek, nama Ruszatulzanariah Yusof sudah pasti tidak asing lagi namun bagi yang belum mengenalinya tentu mahu tahu siapa sebenarnya atlet yang juga lebih dikenali sebagai Nanajuwitarose ini.


Kak Fas sendiri pun apabila diperkenalkan dengan nama agak panjang dan unik itu oleh rakan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Newsfeed Media, Norzira Syarini, tertanya-tanya siapa gerangannya sehingga terpaksa tanya Mr. Google bagi mengenali siapa Ruszatulzanariah ini hihi....

Memang benar seperti kata Norzira atau lebih mesra disapa Ira, pelumba berbasikal trek itu telah dua kali harumkan nama negara di peringkat antarabangsa melalui sukan yang diceburinya.


Antaranya, beliau memenangi pingat gangsa dalam acara trek team sprint bersama  rakan seperjuangannya, Fatehah Mustafa malah tidak kurang memperlihatkan prestasi serta semangat juang yang tidak mengenali erti kekecewaan kala bersama rakan sepasukan, Azizul Hasni Awang dan Harrif Saleh. 



Pencapaian itu sudah tentu satu kebanggaan yang boleh direnung dalam profilnya namun hakikatnya ia tidak boleh dibawa lebih jauh waima usia yang meningkat tentu tidak mengizinkan badannya terus mengayuh basikal ya tak.


Bila sampai waktunya, basikal harus digantung dan kehidupan perlu diteruskan di mana kali terakhir beliau terlibat dalam sukan berbasikal ketika berusia 20 tahun dalam SUKMA Melaka 2010.


Selama lapan tahun aktif dalam sukan bermula tahun 2002, Nanajuwitaose atau Nana ringkasnya, pernah mendapat anugerah pingat kecemerlangan  dalam sukan oleh Almarhum DYMM Sultan Kedah setelah mengharumkan nama kelahiran negerinya itu mahu pun negara.


Dalam pada minatnya terhadap sukan berbasikal, Nana tidak lupa berusaha keras bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan berjaya yang dikenali bukan sahaja di negara tumpah darahnya tetapi  di benua global.


Walaupun memiliki segulong Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam jurusan Penyiaran dari Universiti Putra Malaysia, Nana memilih untuk mengatur langkah awal mencapai cita-citanya sebagai usahawan terkenal dengan membuka sebuah pasar mini di Selangor pada tahun 2014 menjual pelbagai produk seperti jamu, pakaian dan aksesori bertemakan anak patung (dolls).


Disamping itu, beliau memberikan fokus terhadap menghasilkan jenama sendiri khususnya dalam produk kecantikan dan tudung,


“Saya memang suka mengumpul ‘barbie dolls’ edisi terhad seperti ‘disney princess’ dan kerana minat itulah saya namakan kedai saya sewaktu itu sebagai DollsRepublic,” cerita Nana kepada Kak Fas melalui kiriman wats app ketika berkesempatan membuat wawancara esklusif bersama beliau yang kini menetap di Australia.


Tentu korang nak tahu kan sejak bila dan kenapa Nana ke Australia sedangkan sudah mempunyai bisnes untuk dikembangkan di Malaysia?


Menurut Nana yang kini berusia 33 tahun, beliau berhijrah ke Australia bagi mengikuti suaminya, Mohd Roslan Awalludin berasal Sabah, yang mendapat tawaran bekerja di Melbourne, Victoria.



Betul lah tu, sebagai isteri kita kena ikut ke mana sahaja suami berhijrah ya tak? Takkan nak duduk berasingan kan?


Kerana itu, Nana mengambil kesempatan untuk sambung belajar dengan mengambil kursus secara dalam talian di Gotafe Australia dalam jurusan Business (cert 4) di mana selepas dua tahun beliau berjaya mendapat tawaran bekerja sebagai 'house builder' setelah dua kali permohonannya gagal. 


“Di samping kerja sepenuh masa merangka bangunan rumah pada sebelah siangnya, saya juga bertugas  sebagai editor sambilan berita di bilik berita 9NEWS AUSTRALIA tetapi bekerja dari rumah pada waktu petang atau malam,” tulis Nana yang jatuh cinta dengan bumi yang terkenal dengan haiwan comel, ‘kaola’  dan kangaru itu ketika pertama kali menjejakkan kakinya di Australia untuk bertanding dalam acara berbasikal peringkat remaja Komanwel di bandar Bendigo pada tahun 2005.


“Sejak itu saya menyimpan impian untuk kembali dan tinggal di Australia sama ada untuk sambung belajar atau pun bekerja,” kenangnya.


Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang  siapa sangka selepas berkahwin suami pula ditugaskan ke sana.


Perjalanan hidup Nana terus menyinar apabila impian keduanya untuk melahirkan produk kosmetik menjadi kenyataan malah gerak hatinya itu didorong kuat oleh masalah kulit yang dihadapi ketika itu.

“Satu ketika dulu, nak menghadap cermin pun tak lalu bila tengok kulit muka kering macam luka akibat kurang kelembapan, nampak hitam dan berparut. Memang tak sekata, tampal bedak dan foundation berkilo-kilo pun masih sama malah muka nampak makin buruk pula,” dedah Nana.


Sehubungan itulah beliau berusaha mencari solusi untuk pulihkan kulit wajahnya dan satu-satunya jalan hanyalah melahirkan produk sendiri sekali gus menjadikan dirinya sebagai 'kambing hitam' untuk testimoni produk.


“Dari situlah timbulnya idea bagaimana  saya melahirkan produk yang saya asaskan sekarang iaitu ‘Dollskinmetic’,” ujar Nana sambil memberitahu, beliau berusaha mendalami ilmu kosmetik waima meminta pakar dermatologis untuk hasilkan satu formulasi yang kemudian diolah sendiri agar mampu menyelesaikan masalah kulitya.


Ekoran itu, dua produk dihasilkan iaitu ‘Pink Clay Mask’ dan “Treatment Essence’ yang lulus ujian makmal serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mempunyai fungsi kebaikan tersendiri dalam merawat kulit.



‘Alhamdullilah, kandungan bahan-bahan yang diformulasikan dalam produk ini berjaya memulihkan kulit wajah saya,” tambah Nana sambil bersyukur usahanya memperkenalkan  produknya kepada warga Australia berhasil.


Rata-rata pelanggan yang mencuba memberikan maklum balas postif terhadap keberkesanannya malah mencurah-curah komen yang diterima berserta gambar mereka  menghiasi ruangan laman sosial facebook 'Dollskinmetic'.


Tidak mahu mementingkan keuntungan semata-mata, Nana mengambil keputusan berkongsi rezeki dengan sesiapa sahaja yang berminat menjadi ejen jualannya.


Sehingga kini beliau mempunyai 10 orang ejen di Australia manakala 45 orang di Malaysia malah mempelawa mana-mana lagi individu yang berminat untuk sama-sama menjana pendapatan tambahan dengan harapan dapat melahirkan bilangan 100 ejen/stokis atau yang digelar 'Dolls Skuad Malaysia' keseluruhannya.



“Saya cuma meletakkan modal serendah RM150 seorang sahaja untuk menjadi ejen dengan keuntungan tinggi dan mereka juga diberi bimbingan dalam urusan penjualan termasuk bonus jika jualan mencapai sasaran,” jelas Nana yang mensasarkan jualan produk ‘Dollskinmetic’ mampu meraih RM1 juta menjelang akhir tahun 2021.


Sebelum ini,  beliau mampu mencecah jualan hampir RM2 juta dalam tempoh enam tahun sejak menceburi bidang perniagaan bermula dengan DollsRepublic.


Bercerita lanjut mengenai jenama produknya, ‘Dollskinmetic’, Nana memberitahu ia dicetuskan daripada minatnya terhadap ‘dolls’ atau anak patung dicampur dengan huruf ‘skin’ serta kosmetik.


“Bila digabungkan kesemuanya jadilah ‘dollskinmetic’,” jelasnya.


Sejak diperkenalkan, ‘Dollskinmetic’  semakin viral sehingga digelar 

‘The Most Wanted Skincare In Town’ malah berjaya mencapai jualan sehingga 20,000 unit di Malaysia sahaja.



“Alhamdullilah, ia mendapat sambutan hangat sehingga saya dapat menawarkan finalis Ratu Australia untuk berlakon iklan tv Dollskinmetic Skincare,” ujar Nana.


Kak Fas dapat bayangkan perasaan puasnya ketika berjaya melalui cabaran berniaga di rantau orang. Bukannya sesuatu yang mudah untuk ditempuhi.


“Dalam berniaga tentulah ada jatuh bangunnya terutama ketika pandemik COVID-19 ini tetapi saya tidak pernah luntur semangat. Rezeki kita Allah SWT sudah aturkan, jalani sahaja tanpa alasan,” ujar ibu kepada seorang anak perempuan berusia 7 tahun ini bersyukur.


Bagi beliau yang paling penting dapat menghasilkan produk dalam lingkungan harga mampu beli walau pun mengandungi bahan impot berkualiti dari Eropah namun kesannya menakjubkan.


Berharga RM89.90 untuk satu set, ‘Dollskinmetic’ dijual dalam talian melalui laman rasmi www.dollskinmetic.com atau ‘offline’ dengan menghubungi talian whatsapp +61422280391.


Pun begitu, Nana berpesan agar mereka yang mempunyai masalah kulit harus terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kecantikan.


Terserlah sifat jujurnya yang tidak mahu memperoleh keuntungan daripada kesusahan orang lain apatah lagi membeli produk yang tidak bersesuain dengan masalah kulit.


“Apabila sudah kenal pasti masalah kulit yang dihadapi barulah cari produk yang sesuai dan jangan terpedaya dengan testimoni sahaja,” pesan Nana.


Tidak hairanlah bekas ratu trek berbasikal ini menggunakan tagline ‘Your Secret Beauty’ atau dalam bahasan Melayunya ‘Rahsia Kecantikan Anda’ yang sekali gus terselit mesej tersendiri kepada pengguna yang berdepan masalah kulit.



Adakah anda tergolong dalam kemelut sama? 


Apa kata serlahkan  ‘rahsia kecantikan anda’ dan jadikan ‘Dollskinmetic’ sebagai langkah permulaan memiliki kulit bersih, cantik dan gebu bagaikan ‘anak patung’ gayanya. 


Mana tahu kut ini produk yang dicari selama ini kerana belum cuba belum tahu kan, Tapi seperti pesan Nana, jumpa dahulu pakar kecantikan anda untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi.



'Dah puas hati baharulah tanya saya jika mahu maklumat lanjut," akhiri Nana yang kini mempunyai beberapa kakitangan membantunya memandangkan tumpuannya tetap pada pekerjaan sepenuh masa  yang paling disayanginya, seorang 'house builder'.


Terkini, Dollskinmetic menaja sebuah cerita pendek dalam talian berjudul 'Zombie Gigi Sebatang' arahan duta Dollskinmetic terbaharunya di Malaysia, pelakon yang terkenal dengan punch linenya 'Kasi Sengat', siapa lagi jika bukan Soffi Jikan.


Yang nak menonton cerita komedi seram ini boleh layarinya di laman berikut: https://fb.watch/63cERv9lXR/ atau KLIK SINI.



Sementara itu, setelah mencapai kejayaan sehingga boleh digelar 'jutawan', Nana tidak lupa dengan tanggungjawabnya sosial korporatnya dan berpegang pada amalan 'tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima' melalui program yang dinamakan 'Markas Jariah'.



Untuk itu, setiap bulan atau dua bulan sekali, beliau tidak lupa menyalurkan sumbangan ke rumah anak-anak yatim, tahfiz dan golongan ibu tunggal yang terkesan akibat pandemik COVID-19  daripada setiap pembelian dollskinmetic mengikut keuntungan syarikat.


"Baru-baru ini Nana ada salurkan RM20,000 kepada Tabung Bantuan Palestin malah sekarangh ini masih mengumpul dana bagi membina Maahad Tahfiz sendiri di Sabah untuk memudahkan anak-anak tahfiz agar tidak perlu lagi tinggal di bangunan sewa," sambung Nana sambil memberitahu turut sumbang kepada Tabung Kilat Bantuan Kemanusiaan GAZA oleh MAPIM.



Kak Fas: Wanita berjiwa 'besi' dan pemurah nampak gayanya Ruszatulzanariah ini ya.. pelbagai kerja dilakukan sepanjang namanya...Tahniah! Wah! selepas ini bila jumpa rakan artis Kak Fas ini, Soffi Jikan pasti kulitnya dah putih bersih gitu kan?


#Dollskinmetic #Viral #Australia #Ruszatulzanariah #Nanajuwitarose #ClayMask




Tiada ulasan: