Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SHALMA ELIANA 'RAMBANG' MATA ATAU ADA MAKSUD LAIN?



BILA
disebut rambang selalunya kita kaitkan perkataan itu dengan ayat seperti rambang mata ya tak?


Pemahaman ini jugalah yang ditafsirkan oleh penyanyi yang juga pelakon  muda, Shalma Elana, 21, terhadap judul lagu terbaharunya, “Rambang’.


"Seperti pemahaman tepat judul lagu ini seolah rambang mata atau dikaburi dengan 'kebaikan' seseorang, 'Rambang' boleh saya katakan bersifat 'dark' namun ada mesej bermakna. Jujur tak sangka yang saya mampu mengalunkan lagu berentak balada. Lagu ini seolah olah mengeluarkan aura yang baru dalam diri saya," katanya.


Malah sejak tiga tahun berkecimpung di arena seni dan kini melancarkan single keempat berjudul 'Rambang', adik kepada Shalma Ainaa ini terus tegar ingin membuktikan survival dan bakat dimiliki.


Tiada istilah puas dalam kamus hidupnya waima bagi Shalma setiap hari menjadi ruang meneroka benda dan pengalaman baru.


Katanya, selepas single ‘Janji Terindah’, ‘Mahukah Kamu’ dan ‘Aroma,’ si cantik manis mesra dengan nama Yana ini enggan statik di zon selesa bahkan mahu menyerlahkan sisi versatilnya.


"Saya macam orang lain juga akan cuba buat benda yang kita suka. Itulah prinsip dan pegangan saya. Insya-Allah saya takkan buat sesuatu hanya kerana orang lain mahu atau sebab nak tular mahupun mengecap populariti sekelip mata,” ujarnya,


Mengenai buah tangan terbarunya bergenre balada itu, ia menjadi karya kedua dendangannya selepas lagu 'Aroma' yang masih mengekalkan khidmat duo komposer, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat.


Jika Aroma seakan mengangkat pemerkasaan wanita, 'Rambang' pula masih dalam acuan sama cuma membezakannya ialah cara penyampaian.


"Cukup saya kongsi atau bentangkan muzik untuk halwa telinga pendengar dan peminat yang diri ini dengari dan dinikmati. Jika ia mengambil masa sekalipun untuk saya mencuri perhatian, itu tidak sesekali mengubah niat perjuangan seni ini," tambah Shalma.


Menurut beliau, dalam erti kata lain, ia diserlahkan dengan ‘attitude' nya sendiri melagukan karya itu dengan penuh keberanian. 


“Seperti saya berani bersuara dan pilihan yang ada adalah untuk terus jadi kuat. Ia juga secara tidak langsung menjadikan saya lebih kuat dan tidak pantas mengalah dalam apa saja yang melemahkan," ulasnya sambil menyifatkan ‘Rambang’ sebagai satu eksperimen baharu buatnya.


Katanya lagi, 'Rambang' turut membuka ruang  untuknya jadi lebih terbuka dan kreatif.


"Tak saya boleh nafikan proses rakaman untuk lagu ini amat mencabar. Tapi saya berjaya menghabiskan proses rakaman dalam tempoh yang tidak lama sekitar dua jam lebih. Kebetulan saya sudah menghafal lagu itu sekian lama, jadi hanya menyerap emosi dan roh saja dalam menghidupkan karya berkenaan.


"Malah ada melodi tertentu dalam lagu itu juga saya tukar ikut keselesaan dan kesesuaian. Ada bahagian tertentu yang buat saya sedikit canggung, namun saya cabar diri untuk melunaskan proses rakaman sebaik mungkin," cerita Shalma.



Teman istimewa penyanyi Ismail Izani ini juga optimis buah tangan terbarunya itu akan diterima. Lebih manis, lagu berkenaan juga menjadi runut bunyi drama ‘Dia Isteriku’ di TV Al Hijrah.

"Harapnya lagu ini boleh diterima dan dekat kepada mereka yang pernah terluka atau melalui fasa kekecewaan. Namun harus diingat kesedihan itu jangan terus dijadikan ruang untuk mengalah. Moga 'Rambsnh' akan menyebelahi nasib saya untuk tahun ini,” akhiri Shalma. 


#Rambang #ShalmaEliana #IsmailIzzani #UniversalMusicMalaysia #SingleBaru


Tiada ulasan: