Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN FILEM TERBAHARU SALMAN KHAN DI ASTRO FIRST DAN TONTON CINEMA


ADAKAH anda kaki wayang filem Bollywood?


Jika tanya Kak Fas… ya Kak Fas memang meminati filem-filem Bollywood sebab sejak kecil lagi Kak Fas dah dihadapkan dengan filem Hindi apatah lagi ketika menetap selama lebih 4 tahun di New Delhi, India sewaktu arwah ayah ditugaskan di sana.


Kak Fas masih ingat lagi, setiap malam arwah emak dan bapa akan ke pawagam tonton filem Hindi bahkan kami sekeluarga pernah berkunjung ke rumah pelakon veteran, Dev Anand ketika bercuti ke Bombay yang kini dikenali sebagai Mumbai.


Walau pun masih kanak-kanak ketika itu, Kak Fas tidak dapat melupakan bagaimana mesranya mendiang Dev Anand melayan kami sekeluarga malah secara bergurau juga dia meminta arwah ibu tinggalkan Kak Fas bersamanya sebagai anak angkat haha..


Memang tak lah kan, jika tak tentu sekarang Kak Fas dah jadi bintang filem Hindi gitu haha.. sebab itu juga Kak Fas bolehlah sikit-sikit faham bahasa Hindi.


Ok…panjang lak Kak Fas berceloteh.


Yang sebenarnya bukan itu yang mahu Kak Fas ceritakan di sini tetapi perihal filem terbaharu aktor kacak, Salman Khan berjudul ‘Radhe: Your Most Wanted Bhai’.


Filem terbaharunya itu sudah pun diputarkan di pawagam rumah anda di saluran Astro First sejak 3 Jun lalu dan kini masih boleh dilanggani dan menjadi tatapan peminat Bollywood yang tidak kesempatan menontonnya pada musim Hari Raya lalu.


Sekarang ni tengah PKP bolehlah layan menonton filem yang dibawakan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi Zee Studios ini di kaca tv anda tak gitu?


Malah bagi yang mahu menontonnya secara lebih fleksible boleh melayannya melalui  dalam talian di tonton CINEMA  dengan melayari laman www.cinema.tonton.com.my.


"Sebagai salah satu peneraju pengedaran filem antarabangsa, hak cipta filem kami terbukti memberi keuntungan kepada subpengedar di seluruh dunia dan kami meneruskan dengan menjaga hubungan yang harmoni bersama pemamer antarabangsa, stesen TV, OTT dan platform digital,” ujar Pengarah MSK Group, Saradha Sivalingam Kalai.


Menurutnya, MSK Film Production Sdn Bhd bersama anak syarikat kumpulan yang menerajui syarikat pengedaran dan produksi filem yang berpangkalan di Malaysia dan Singapura berbangga meneruskan usaha mengedarkan filem antarabangsa dari seluruh dunia menerusi pelbagai platform sejak lebih 20 tahun lalu. 


"Ia suatu yang imperatif apabila kami bersama  memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk sinema ketika industri filem berdepan situasi pandemik COVID-19. Kami akan terus memberi sokongan kepada pengusaha pawagam dengan menayangkan filem di pawagam sedaya boleh dan memastikan ia mematuhi peraturan dan protokol yang dinyatakan oleh kerajaan," tambahnya.


 

Sambung Kalai lagi,  pihaknya begitu teruja bekerjasama dengan Zee Studios untuk membawa filem Radhe: Your Most Wanted Bhai yang dijangka menjadi filem pecah panggung di Malaysia dan Brunei. 


"Kami teruja membawa penonton kembali ke pawagam waima di rumah sekalu pun menerusi kerjasama dengan Zee Studios, agar filem ini dapat mewujudkan atmosfera yang menyeronokkan," katanya. 


Istimewanya kali ini, Salman Khan bukan saja menjadi hero dalam filem penuh aksi tetapi turut bertindak sebagai produser bersama Sohail Khan dan Atul Agnihotri. 



Diarahkan Raja Tari, ‘Prabhudeva’, peminat berpeluang melihat aksi Salman Khan bergandingan dengan aktres jelita, Disha Patani


Tidak ketinggalan, aktor Jackie Shroff dan Randeep Hooda turut memainkan peranan penting dalam filem ini.


Plot filem Radhe: Your Most Wanted Bhai mengisahkan bagaimana kes jenayah membabitkan sindiket dadah yang merosakkan golongan remaja terus meningkat di Mumbai, ditangani pegawai polis bernama Radhe lakonan Salman Khan. 


Kehebatan Radhe dalam menyelesaikan kes jenayah dengan caranya sendiri membuatkan penjenayah berasa gerun sehingga sindiket dadah tersebut berjaya ditumpaskan. 



Jadi bagi peminat Salman Khan khususnya  yang belum berpeluang  menonton Radhe: Your Most Wanted Bhai, apa kata ke platform Astro First dan tonton CINEMA (cinema.tonton.com.my) yang sudah pun mula ditayangkan sejak 3 Jun lalu dan masih berada di kedua-dua platform berkenaan.


Seperti biasa rasanya dengan cuma melanggan RM15, anda berpeluang menontonnya berulang kali selama 48 jam sampai puas gitu.


Sebagai maklumat tambahan, peminat juga boleh menyaksikan trailer filem Radhe: Your Most Wanted Bhai DI SINI malah yang mahu menyaksikan pembikinan di sebalik tabir filem ini,  boleh layannya melalui  LINK INI


Malah bagi mendapatkan lebih rasa teruja menonton filem ini, apa kata berhibur dengan aksi Salman Khan bersama Disha Patani menari dalam muzik video mereka menyanyikan lagu tema, Seeti Maar di bawah ini.


Maklumat lanjut mengenai filem-filem Bollywood lainnya bole ke  laman sesawang, www.mskfilm.com.my. 



Kak Fas: Teruja gak nak tonton filem terbaharu Salman Khan ini yang memang terkenal dengan badan sado dan aksi beraninya itu.


#AstroFirst #SalmanKhan #RadheYourMostWantedBhai #Bollywood #Disha Patani

Tiada ulasan: