Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'CHOMEL' FILEM PERTAMA BABITKAN HAIWAN KESAYANGAN NABI SAW



SELEPAS
melakar kejayaan demi kejayaan melalui filem terbitannya pada tahun ini seperti ‘18 Puasa Di Kampong Pisang’, ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’ serta ‘Penunggang Agama’, Astro Shaw sekali lagi tampil berani dengan mempersembahkan filem Chomel yang buat julung kali di Malaysia. mengangkat tentang hubungan persahabatan dan kasih sayang sebuah keluarga bersama seekor kucing.


Bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Jun ini, filem ini pasti disukai pencinta haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW ini apatah lagi melihat gelagat dan aksi ‘Chomel’ dalam filem ini tentu membuat jiwa sesiapa yang menyaksikannya ‘cair’.


Tambahan pula, filem ‘Chomel’ dimantapkan lagi dengan sentuhan kreatif pengarah dan pemenang anugerah ‘Cerita Asal Terbaik’ filem Adiwiraku pada Anugerah Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29), Jason Chong


Sepanjang 90 minit, penonton bakal dibuai dengan emosi berbeza seperti tersenyum, ketawa, sedih, cemas dan geram menerusi babak-babaknya.


Bagi penceritaan idea asal dan skrip Chomel, telah dihasilkan sepenuhnya oleh pasukan penulis Astro ‘writers room’ sendiri. Jadi, anda boleh bayangkan visual dan naratif filem ini tentu berkualiti ya.


“Selepas penonton berhibur dengan jenaka dari karya Kampong Pisang, kemudian rasa seram dan mendebarkan menerusi Penunggang Agama, kini kami mengajak penonton untuk jatuh cinta dengan aksi comel seekor kucing dan hargai keluarga tercinta. 


“Kami harap filem Chomel mampu menawarkan pengalaman berbeza kepada penonton serta membuktikan industri filem tempatan juga diwarnai dengan pelbagai bentuk jalan cerita setanding industri filem negara luar,” ujar Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.


Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22, Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair


Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff


Bagi pelakon Zahiril Adzim, watak Imran yang dibawa olehnya memberi cabaran besar kerana beliau sememangnya mempunyai alahan kucing dan karakter tersebut juga menyaksikan sisi berbeza lakonan beliau. 


“Dalam keadaan penuh pancaroba sekarang ini, saya percaya sebuah naskah seperti Chomel bukan sahaja mampu mengukir senyuman di bibir, tetapi akan menyentuh hati penonton,” jelas Jason Chong.


Chomel, mengetengahkan kisah seekor kucing dan seorang kanak-kanak yang melalui rasa kehilangan. 


Perjalanan cerita mereka ini bakal membuka hati kita  agar bersyukur dan lebih menghargai keluarga tersayang. 


“Filem ini juga amat nostalgik bagi saya kerana saya akan ingat sampai bila- 

bila bagaimana mencabarnya mengarah seekor kucing untuk berlakon. Bagi mendapat ‘shot’ menarik dan komposisi setiap babak berbeza, pelbagai idea kreatif dilakukan, antaranya apabila ingin mendapatkan babak kucing tersebut berlari, produksi telah menggunakan beg kesukaan kucing itu untuk menarik minat bergerak aktif,” sambung Jason sambil berharap ‘Chomel’ akan menghiburkan penonton semua di samping merapatkan lagi hubungan bersama insan tersayang.



Bukan hanya untuk peminat kucing sahaja, cerita ini penuh dengan kehidupan dan kasih sayang. 


Kisah bermula bermula dengan Mimi yang kesunyian setelah pemergian ibunya manakala keluarganya berpecah-belah. 


Mimi tekad mahu menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel. Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz. 


Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka. 


Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.


Nak tahu apa berlaku selepas itu eloklah saksikan ‘Chomel’ bermula 24 Jun nanti dengan melanggani saluran 480 atau strim di Astro Go mahu pun On Demand,

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.



#Chomel #AstroFirst #JasonChong #ZahirilAdzim #Kucing #DouglasLim #AstroGo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan