Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KERETA MEWAH PALING MAHAL DIBUAT DI KEPONG? BIAR BETUL!



ADAKAH
anda peminat  kereta mewah ala ala Rollys Royce gitu? 


Tidak syak lagi bagi seorang jutawan memiliki kereta mewah yang diperbuat mengikut spesifikasi gaya tersendiri seperti jenama kereta yang terkenal dengan desain ‘heritage’, ‘BUFORI’ tidak mustahil diperoleh.


‘Bufori’ satu nama yang mungkin jarang didengar berbanding jenama komersial yang berlambak di pasaran ketika ini.


Mana tidaknya harga sebuah Bufori sahaja  dijual melebihi  RM1.3 juta, jadi sudah pasti ia hanya mampu dimiliki oleh ‘jutawan’ atau golongan kaya raya sahaja. 


Setekat nak berangan boleh la kan? Mana tahu kut angan-angan jadi realiti...segalanya aturan Allah SWT jua...siapa tahu kan?

Apa pun, jika kereta mewah Rollys Royce diperbuat di England, tahu tak anda   bahawa Bufori sebenarnya buatan tempatan, di perbuat dari sebuah kilang di  kawasan  Kepong’, terletak dalam Wilayah Persekutan Kuala Lumpur.



Ya, anda tidak silap dengar atau baca. ia diperbuat di KEPONG, Kuala Lumpur bukan Bukit Kepong, Johor ya…. 

Siapa sangka kan, ada sebuah syarikat kenderaan premium yang sebenarnya berasal dari Australia dalam tahun 1987 tetapi berpindah ke Malaysia dalam tahun 1998 di bawah nama Bufori Motor Car Company (M) Sdn Bhd.


Kilang pemasangan 'House of Bufori' yang dibina di Kepong mempunyai pejabat, pusat penyelidikan dan pembangunan serta tenaga mahir tempatan yang mendapat latihan beberapa bulan di Australia. Ia dikatakan mampu memasang kira-kira 300 kenderaan setiap tahun.


Terkejut tak? 


Siapa kata anak Malaysia tak pandai?



Malaysia boleh tau  membuat kereta mewah bahkan hanya melalui  produksi 25 langkah buatan tangan tetapi mampu menghasilkan model-model prototaip dan konsep untuk peminat-peminat kenderaan klasik di rantau ASEAN ini.

Menggunakan rekabentuk kenderaan klasik Amerika agar nampak retro sambil menggabungkan ia dengan kejuruteraan moden, Bufori jauh lebih selamat dari kenderaan klasik lain memandangkan kerangkanya tegap dan mempunyai ciri-ciri keselamatan moden seperti ABS, ‘traction control’ dan sebagainya.


Untuk rekod, kereta Bufori buat pertama kalinya diekspot ke rantau Asean pada tahun 1991 malah diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi yang pertama, kepada bekas Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Sejak itu, Bufori berjaya menambat hati beberapa individu di Malaysia di mana antaranya model terbaharu Bufori Geneva yang dilancarkan pada 2010 di Pameran Motor Geneva dilaporkan menjadi miliki Tun Dr. Mahathir dengan plat kereta bertulis ‘Patriot 2020’ bernilai RM1.5 juta.


Pendekata, harganya yang bernilai jutaan ringgit menjadikan kereta Bufori kereta tempatan paling mahal di dalam negara apatah lagi ia satu-satunya jenis kereta yang tempahannya boleh direka mengikut citarasa sendiri.


Contohnya, antara unit pertama Geneva yang ditempah mempunyai tempat untuk membuat air teh cina pada ruang VIP di belakang. Ia mempunyai cerek pemanas air dan tempat meletakkan cawan teh.


Menurut laporan dari laman careta.my ada lebih daripada 21 fakta atau ciri istimewa dimiliki Bufori sehingga  menjadikan ia sebuah kenderaan yang menambat hati peminat dunia automatif global.

Antaranya, kereta yang diperbuat daripada kerangka serat karbon dan bahan komposit Kevlar yang ringan tetapi sangat kuat, setaraf dengan yang digunakan oleh jenama-jenama supercar dunia,  mempunyai tujuh beg udara dan ‘head rest’ jenis re-aktif.


Selain  dilengkapi transmisi 8 kelajuan automatik, Bufori Geneva memperkenalkan sistem brek canggih dan mampu melakukan pecutan dari 0 ke 100 kmsj ialah dalam 5.4 saat!


Wow! Hebat ke tidak? 


Siapa sangka Kepong sebenarnya adalah pusat  untuk kereta buatan tempatan paling mahal di dalam negara malah diiktiraf oleh negara-negara maju serta pengkritik-pengkritik automatif termasyur.


Dan kerana  ia dibina di kilang tempatan, pemiliknya bukan sahaja mendapat insentif cukai yang banyak tetapi boleh melawat ke kilang untuk melihat pembuatan Geneva atau model-model baharu idaman mereka yang sedang dibina.


Terdahulu, Bufori model coupe La Joya (gambar atas) telah menjadi kenderaan rasmi membawa bintang-bintang ternama tanah air seperti Dato Sheila Majid, Joe Flizzow serta ramai lagi ke acara Karpet Biru pada majlis malam Anugerah Industri Muzik Malaysia  ke 16  pada tahun 2009.


Sejarah menceritakan nama BUFORI diperoleh selepas pengasasnya, tiga beradik keturunan Lubnan dari Australia iaitu Anthony, Gerry dan Gerry Khouri bertanyakan pendapat orang ramai mengenai pandangan  mereka ketika melihat kereta pertama Bufori.


Dari maklum balas yang diterima mereka  menjadikan  abjad  pertama daripada 6 perkataan yang terbaik diperoleh kepada akronim  BUFORI iaitu ‘Beautifu’ (Cantik), Unique (Unik),  Fantastic (Hebat); Original (Asli); Romantic (romantis) dan Irrestible (Sangat Menarik).


Bagaimana? Minat tak? 


Kalau berduit apa salahnya kan cuma beringat dahulu dan ukur baju di badan sendiri agar jangan terperangkap dengan peribahasa, ‘biar papa asalkan bergaya’ sudah lah ya. 

Nak dapatkan maklumat lanjut model apa yang terbaharu dari Bufori  boleh layari bufori.com. 



#BUFORI #Kepong #Geneva #LaJoya #AIM16 #Khouri #LIMA #MahathirMohamad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan