Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WALL'S MALAYSIA BAWA 'CARTE D'OR' PENUHI KERINDUAN KE PERANCIS


JIKA anda pernah ke Perancis, khususnya bandar romantis Paris dan meminati ais krim yang dinamakan Carte D’Or yang terkenal di situ sudah pasti anda merindui untuk menikmatinya apatah lagi dengan pandemik COVID-19 melanda dunia, menghalang perancangan anda untuk ke sana.


Tetapi usah khuatir kerana kelazatan yang mengasyikan dalam setiap suapan Carte D’Or kini sudah boleh dirasai apabila Wall’s Malaysia memperkenalkannya ke  pasaran tempatan mulai Ogos ini.


Ditubuhkan pada 1978, Carte D'Or merupakan jenama manisan yang menawarkan pengalaman menikmati manisan yang “cair-di-dalam-mulut”. 


Malah ais krim berkualiti dari Paris ini diperbuat dengan warisan kemarihan profesional turun menurun serta dihasilkan daripada pelbagai bahan asli yang dipilih dengan teliti dari seluruh dunia, menjadikan ia cukup istimewa dan lazat.


Rangkaian aiskrim Carte D'Or mempunyai empat perisa istimewa iaitu Dark Chocolate Truffles, diperbuat menggunakan coklat Itali premium, French Vanilla Crème Glace, diperbuat menggunakan vanila Madagascar, Caramel Glace with Almond Tarte Crumbles, diperbuat menggunakan badam Australia dan Glace à La Strawberry, diperbuat menggunakan potongan strawberi.



Pendekata, dengan sedikit kuasa imaginasi, kesedapan Coklat Itali yang sangat memikat deria rasa ini mampu membawa anda ke Itali malah terus ke negara tropika Madagascar apabila merasai keunikan vanila Madagascar gitu.


“Keletihan dalam mengharungi pandemik pada masa kini menyebabkan ikatan perhubungan semakin renggang dan interaksi sesama kita kian berkurangan serta menjauh. Oleh itu, rangkaian aiskrim Carte D’Or ini diharap dapat menjadi penghubung silaturahim, menerusi keenakan rasanya yang sungguh menakjubkan,” ujar Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal.


Menurutnya, seleksi aiskrim premium ini juga dihasilkan sebagai pelengkap yang cukup sempurna untuk makan malam dan majlis keraian yang mana kita boleh menikmati aiskrim ini dengan begitu sahaja atau menyuntik kreativiti spontan dengan mempelbagaikannya dalam hidangan manisan.


Iya, bemula Ogos ini aiskrim Carte D’Or boleh didapati secara eksklusif di Jaya Grocer, Lazada, Shopee, GrabFood dan Foodpanda, kedai e-dagang dan rakan penghantaran makanan, serta bakal memasuki pasar raya dan pasar raya besar yang terdekat dengan anda di seluruh negara.


“Harga jualan yang disyorkan untuk satu pain (pint) adalah RM20 sahaja,” tambah Sahgal.


Sementara itu, katanya, Carte D’Or juga menjalin kerjasama dengan kafe manisan ternama, Xiao By Crustz, untuk memperkenalkan manisan edisi terhad menggunakan aiskrim Carte D’Or yang mewah. 



Terdapat empat manisan istimewa yang dihasilkan daripada empat perisa aiskrim Carte D’Or yang berbeza iaitu Chocolate Ice Cream Macaroon, Vanilla Mango Ice Cream Dome, Caramel Ice Cream Choux dan Strawberry Ice Cream Pistachio Cake.


Manisan edisi terhad ini hadir dalam set dua dan empat, dan pelanggan boleh melakukan pembelian terus di kafe cawangan Happy Mansion atau secara dalam talian melalui  laman web Xiao By Crustz.


Selain itu, untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian aiskrim Carte D’Or boleh juga layari laman web rasmi Carte D’Or Malaysia dan halaman Faceboook rasmi Wall’s Malaysia di https://www.facebook.com/wallsmalaysia/


Siapa pernah merasainya? Mesti tak sabar ya nak menikmatinya semula malah bagi yang belum pernah merasainya, inilah peluangnya. Tak perlu lagi terbang jauh, di sini pun dah ada ya. Kita tunggu Ogos nanti tau!



#Wall'sMalaysia #AisKrim #CarteD'Or #Perancis #XiaoByCrustz #GayaGrocer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan