Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ACA CHAMPIONSHIP MALAYSIA 2021 PERKENAL 'ANUGERAH PERDANA' PILIHAN TUN DR. MAHATHIR


MENYEDARI kes bunuh diri semakin meningkat di Malaysia yang mana laporan memperlihatkan angka peningkatan adalah sebanyak 20%, iaitu daripada 188 kes pada 2019 kepada 226 kes dilaporkan setakat Oktober tahun lalu, usaha perlu dilakukan bagi membantu golongan terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.


Sehubungqn itu, langkah Creative Cloud Community (CCC) bersana Befrienders KL (NGO), benefisiari Adobe Certified Associate (ACA) Championship Malaysia 2021 memilih tema ‘Where There’s Life. There’s Hope’ untuk pertandingan tahun ini amatlah bertetapan bagi meningkat kesedaran mengenai pencegahan bunuh diri terutama di kalangan generasi muda.


Menurut Befrienders KL, panggilan yang diterima hampir dua kali ganda dalam masa negara berdepan wabak COVID-19 dan kerana itu tema yang diketengahkan bagi pertandingan ACA tahun ini dipilih bagi mendidik orang ramai supaya menjaga orang yang disayangi. 


Dengan norma baharu dan pelaksanaan PKP penuh, ACA tahun ini turut berdepan langkah baharu di mana pertandingan diadakan sepenuhnya melalui kaedah digital.


Sebelum ini, pertandiingan biasanya mewajibkan semua peserta berkumpul di dewan untuk menyediakan reka bentuk mereka dalam jangka masa 8 jam.


Namun kali ini, ia dilaksanakan melalui platform perbualan digital di mana Pemeriksa ACA dapat mengawasi semua peserta melalui 'Livestream'. 


Lebih istimewanya, tahun ini, Adobe Certified Associate (ACA) Championship Malaysia 2021  memperkenalkan anugerah tambahan baharu - Anugerah Perdana, di mana bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi penghormatan memilih karya seni kegemarannya dari pertandingan tersebut untuk menerima anugerah berprestij itu.


“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kadar pekerjaan di Malaysia dengan meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan untuk semua calon kami, terutama pada masa yang sukar ini,” kata Natalie Sit, Pengasas CCC pada majlis Grand Final ACA Championship Malaysia ke-6 yang diadakan secara virtual baru-baru ini.


Hadir untuk memberi sokongan di Grand Finale tersebut adalah Badan Kerajaan - Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) & Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); dan juga penaja - Hewlett-Packard (HP) & Lemonsky. 


Menurut Natalie, sudah lama ACA Championship bertujuan mendorong generasi muda berkembang dan untuk itu diperkenalkan anugerah tambahan iaitu ‘Anugerah Perdana’ bagi memotivasi dan mendorong para peserta untuk bertanding dengan sepenuh hati.


Imran Syafiq (kanan) ketika diwawancara oleh pengacara Jorji Yeoh manakala foto bawah rekaan Imran yang membawa kemenangan Anugerah Perdana kepadanya.



Anugerah Perdana menyaksikan ke semua reka bentuk grafik daripada senarai 30 peserta terbaik akan dipilih oleh Tun Dr. Mahathir sendiri di mana karya seni Imran Syafiq Bin Mohd Zain (Universiti Teknologi MARA - Puncak Alam) berjaya dinobatkan sebagai pemenangnya.


Menurut Tun keputusannya itu dibuat berdasarkan kepada reka bentuk Imran yang didapati menggambarkan tema pertandingan dan mesej pencegahan bunuh diri dengan jelas.


Berdasarkan kepada senarai 30 peserta terbaik yang dikemukakan karya Imran menduduki tangga ke empat keseluruhannya.



Pun begitu, beliau tewas untuk memegang gelaran Juara yang dimenangi pelajar daripada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Teo Sze Ting (gambar atas, kanan).


Teo Sze Ting bakal mewakili negara ke peringkat ACA Worle Championship di Amerika Syariikat kelak.



Tempat kedua dan ketiga diperoleh Tan Jia Yi (Universiti Malaya) (gambar atas, bawah kanan)  dan Nur Nadirah Razali dari Swinburne University of Technology.



“Tahniah kepada 3 pemenang teratas, saya amat kagum atas hasil kerja anda yang amat luar biasa. Saya juga amat gembira kerana dapat memainkan peranan saya dalam membolehkan bakat-bakat muda ini mendedahkan diri mereka di peringkat antarabangsa. Pensijilan ACA adalah kelayakan yang diiktiraf di seluruh dunia dan memberikan pemegang kelebihan dalam temu ramah pekerjaan,” tambah Natalie.


Sementara itu, Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya secara virtual turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang menjemput beliau untuk berkongsi pendapat dan menyampaikan Anugerah Perdana.



“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua peserta. Tugas untuk memilih satu daripada semua penyerahan amat sukar kerana semuanya sangat mengagumkan dan menangkap tema kempen, 'Where There Life, There's Hope'. 


“Kepada generasi muda di Malaysia, saya ingin mengingatkan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Peganglah pada nilai-nilai murni dan sentiasa ingat - anda adalah harapan kami untuk masa hadapan,” ujar Tun Dr. Mahathir ringkas.


Tahniah kepada kesemua pemenang!



#ACAChampionshipMalaysia2021 #TunDrMahathir #WhereThere'sLifeThere'sHope

Tiada ulasan:

Catat Ulasan