Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON PILIH LAPAN JENAMA TEMPATAN REBUT PENGIKTIRAFAN 'REAL BEAUTY'


LAPAN
(8) jenama tempatan di satukan di bawah satu bumbung AEON bersaing  dalam usaha memartabatkan produk keluaran mereka bagi merebut pengiktirafan setem atau chop berprestij ‘Real Beauty’.

Jenama-jenama yang terlibat meliputi Alluskin diasaskan oleh Dr Nurul A’in Sa’ari; Alnefre oleh Rana Cosmetics diasaskan oleh Rana; Claire Organics diasaskan oleh Louise Chu; Null Factory | Hillton diasaskan oleh Roger Beh, IL Fragrance diasaskan oleh Tang Han Tiong, Reneuf diasaskan oleh Nicholas Hys, Sugarbelle diasaskan oleh Sheila Samsudin dan Zagara diasaskan oleh Jasmel Singh


Tetapi apa itu ‘Real Beauty’?


‘Real Beauty’ atau ‘Kecantikan Sebenar’ ialah setem kelulusan AEON untuk jenama yang berkaitan dengan kecantikan daripada penjagaan kulit, badan dan rambut kepada kosmetik dan wangian. 


‘Kecantikan Sebenar’ mewakili pemilihan dari pakar subjek industri berkaitan dan yang paling penting, suara pelanggan - apa yang dikehendaki pelanggan, mewakili kecemerlangan produk kecantikan.


"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, trend mengenai tunas indie jenama kecantikan dibangunkan atas keghairahan, cinta dan keperluan. Banyak yang berkualiti tinggi menggunakan bahan semulajadi dan organik. Walaupun jenama ini mendapat pengikut yang kuat, platform seperti AEON boleh menjadi apa yang mereka perlukan untuk langkah seterusnya ke arah pertumbuhan dan pengembangan jenama. Daripada menjadi platform pengalaman yang menghubungkan dan melibatkan pelanggan dan profesional, sehinggalah kepada strategi pengedaran dan pemasaran,” ujar Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON Malaysia.


Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan program pencarian ‘Real Beauty’, sebuah program realiti menampilkan 8 jenama kecantikan berkaitan di AEON Alpha Angle baru-baru ini.



Sehubungan itu, dalam program yang bakal disiarkan di laman YouTube AEON tidak lama lagi  ia akan memaparkan hosnya, Nana Mahazan bersama lapan pengasas jenama terbabit didokumentasikan perjalanan mereka tentang dunia peruncitan, berinteraksi dengan pakar-pakar kecantikan serta peluang untuk menjual produk masing-masing di rangkaian AEON seluruh negara.



Menyertai Nana Mahazan yang juga pengasas Nana Mahazan Beauty terdiri daripada blogger dan influencer kecantikan terkenal, Sunshine Kelly (kanan) serta Nana Ghazali (kiri), selaku seorang usahawan dan Pengasas Bersama merangkap Editor sebuah  portal kecantikan yang bertindak sebagai jurulatih dan pengadil untuk memilih seorang pemenang ‘Real Beauty’.



Kesemua lapan jenama yang mengambil bahagian akan diberi sepuluh (10) cabaran jangkauan intensif untuk membawa jenama mereka ke peringkat seterusnya. 


"Kami pastinya berharap melalui REAL BEAUTY, jenama yang serius diberi peluang untuk membina rekod prestasi baharu bagi merealisasikan potensi maksimum jenama mereka. Selain itu, REAL BEAUTY juga akan menjadi jawapan untuk menyokong jenama dengan kemungkinan pelaburan dan sokongan kewangan," sambung Low Ngai Yuen.


Menjelang Oktober 2022, sekurang-kurangnya satu daripada jenama akan menerima hak untuk menggunakan setem REAL- BEAUTY-with-AEON untuk mengesahkan produk mereka serta kontrak jualan selama 2 tahun di pusat beli-belah AEON di seluruh negara.


Jika anda pengunjung AEON barangkali sudah pun mendekati lapan jenama yang dimaksudkan di mana kesemuanya kelihatan cantik dalam pembungkusan yang menarik mengalahkan produk terkenal antarabangsa.


Mana satu agaknya pilihan hati? 


Nak tahu lanjut apa kata Kak Fas perkenalkan secara ringkas satu persatu 8 jenama yang berjaya menewaskan lebih kurang 300 jenama yang menghantarkan pencalonan mereka untuk ‘Real Beauty’.

  1. ALLUSKIN

Diasaskan oleh Dr Nurul A’in Sa’ari,  Alluskin merupakan sebuah syarikat dengan matlamat untuk menetapkan piawaian baharu bagi produk penjagaan kulit tempatan dengan menghasilkan produk yang bukan sahaja selamat dan berkesan, malahan lembut untuk kulit yang kering dan sensitif. 



Dengan slogan ‘Jadikan Kulit Anda Bercahaya’, jenama ini dikatakan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit bermasalah. Pengggunaannya menjanjikan kulit berseri dan lembut malah sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif,

kualiti.


2. ALNEFRE By RANA



Cetusan idea Rana untuk ibu tersayang. Kisah disebalik produk maskara ini amat menyentuh hati sesiapa yang mendengar keluhan pengasasnya. Rana dibesarkan oleh ibu tunggalnya yang memang suka menggunakan maskara sehingga bulu mata yang panjang dan lentik semakan gugur. 



Tidak mahu isu itu terus berpanjangan, Rana mencipta maskara kalis air yang sesuai untuk ibunya malah keunikannya maskara tersebut ia mempunyai dua jenis berus dalam satu batang pada harga mampu milik, RM39 sahaja.


3. CLAIRE ORGANICS



Jika Rana mencipta produk untuk ibunya, pengasas Clair, Louise Chu pula menghasilkan Clair Organics buat anak tersayang, Seperti kata Sunshine Kelly, produk yang sudah lama berada dalam pasaran ini sesuai untuk semua golongan dari bayi hingga dewasa. 



Diperbuat berasaskan tumbuhan tulen, Claire Organics dicetuskan dengan konsep ‘Kind Beauty’ di mana jenama ini dihasilkan berpandu daripada ramuan asli semula jadi berasaskan tumbuhan untuk manfaat planet agar sentiasa sihat.


4. NULL KILANG | HILLTON


Nama syarikat ini agak unik tetapi jenamanya ‘Hillton’ sudah tentu menarik. Teringat hotel Hilton pula haha…



Pengasasnya, Roger Beh mengekalkan konsep sifar sisa yang mampan pada pembuatan produknya agar kekal berkualiti. Melihat pada rekaan botolnya yang cantik ia boleh dikitar semula untuk menjadi sebuah hiasan pasu bunga yang menarik.


5. IL FRAGRANCE



Pewangi yang ditubuhkan oleh Tang Han Tiong pada tahun 2003 ini dikenali sebagai Innovation) Lifestyle Corp (M) tetapi dijenakan semula sebagai IL Fragrance Batik Series. 



Pembungkusannya yang bercorak batik memang cantik malah jika dijual di luar negara ia sekali gus melambangkan budaya Malaysia sekali gus memperkenalkan batik pada mata dunia. Haruman mewahnya sesuai untuk wanita mahu pun lelaki dengan pelbagai gaya hidup.


6. RENEUF



Jenama yang diperbuat sejak 2018 dengan pensijilan Halal oleh Nicholas Hys ini antara masker mula terlaris. Mengandungi arang Bintochan yang berkesan menyerap kotoran dan minyak dari kulit muka mampu mengembalikan kecerahan dan seri pada wajah. Ia topeng muka yang menghidrat kulit agar sentiasa segar.   


7. SUGARBELLE



Seperti kata Nana Mahazan, pengasasnya, Sheila Samsudin seorang yang energetik dan sentiasa bersemangat. Penampilannya yang bergaya sesuai jenama produk kosmetika yang dibawa ‘Sugarbelle’ amat menarik perhatian.



Gincu bibirnya nampak sangat cantik dan inovatif sehingga ada yang warna emas di luar tetapi merah di tengah. Sebuah produk mewah tetapi mampu milik ini dicipta untuk semua golongan wanita dan tona kulit.



8. ZAGARA


Produk wangian diasaskan Jasmel Singh di bawah syarikat I-Scent Group  sejak 2009 ini tidak kurang menariknya, Dalam botol rona hijau, harumannya segar menepati cita rasa rakyat Malaysia. Zagara turut mempunyai rangkaian produk kecantikan.



Jadi sempena bulan Kemerdekaan negara tahun ini, apa yang diketengahkan oleh AEON sesuatu yang cukup bermakna apatah lagi dalam menyokong produk tempatan untuk berdaya saing dan mampu terkenal di pasaran antarabangsa.


Jika anda semua ingin mencuba dan beralih kepada produk tempatan yang lebih murah daripada produk buatan luar negara boleh la ke cawangan AEON berikut:


1. AEON Taman Maluri Shopping Centre, Kuala Lumpur
2. AEON Mall Tebrau City, Johor
3. AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan 

4. AEON Mall Kinta City, Perak
5. AEON Mall Queensbay, Penang
6. AEON Mall Kuching Central, Sarawak 7. AEON Ipoh Falim, Perak
8. AEON Alpha Angle, Wangsa Maju
9. AEON Mall Bandar Dato Onn, Johor 



Selain menjimatkan perbelanjaan anda membantu meningkatkan pasaran produk tempatan ke tahap yang mampu setanding dengan produk antarabangsa,

Info lanjut boleh layari dan menonton teaser ‘Real Beauty’ di https://www.youtube.com/aeonretailmalaysia/.



#RealBeauty #AEON #NanaMahzan #ProdukKecantikan #Wangian #ProgramRealiti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan