Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'JUANG' KEMBALIKAN NOSTALGIA PAHIT GETIR PANDEMIK COVID-19


MENEPATI tajuknya, ‘Juang’ mencipta sejarah tersendiri apabila perjuangan yang ditampilkan menerusi karya 5 sutradara dibantu 165 tenaga kerja dengan lebih 500 karyawan terlibat diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai filem yang mencipta rekod karyawan paling ramai dalam satu naskhah.

Dan layak juga sebagaimana judulnya ‘Juang’,  perjuangan produksi, para kru dan pelaku seni cukup berdedikasi untuk memastikan naskhah bersejarah yang penuh duka saat COVID-19 membadai dunia dan negara ini tetap berjaya dilaksanakan walaupun penggambaran dilangsungkan dalam suasana pandemik.


JUANG dilahirkan dari isi hati dan perspektif lima (5) sutradara prolifik negara iaitu Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia serta Osman Ali sebagai penghormatan dan apresiasi yang tiada galang ganti kepada para frontliners di Malaysia.



Idea dan kritisnya pandangan mereka mengenai situasi COVID-19 direalisasikan hasil kolaborasi oleh Founder dan Lead Director, Matt Lai dari Asia Tropical Films Sdn. Bhd., serta Jack Lim dari The Film Engine selaku Penerbit Eksekutif.


“Kolaborasi antara Asia Tropical Films Sdn Bhd bersama The Engine Sdn. Bhd. ini berjaya menerima pengiktirafan dari MBR apabila produksi ini membabitkan 335 pelakon dengan 100 adalah aktor dan aktres utama manakala 235 dijayakan bersama pelakon tambahan.


"Lima (5) pengarah hebat dibantu 165 tenaga di sebalik tabir yang cukup komited juga telah menjadikan 'JUANG' sebagai sebuah naskhah yang meninggalkan sejarah tersendiri,” ujar Matt Lai selesai majlis tayangan perdana ‘Juang’ baru-baru ini.



Meski pun  semuanya siap untuk dipersembahkan kepada penonton, namun kekangan pandemik membuatkan 'JUANG' perlu ‘bersabar’ untuk memperlihatkan pengisian naskhahnya.



Kini, pada saat yang sangat tepat dan fasa endemik, 'JUANG' akan menakluk pawagam di seluruh negara bermula 8 September 2022.


Ya, tarikh itu bakal mengembalikan nostalgia pahit manis dirasai rakyat Malaysia yang berdepan situasa ‘lockdown’ dan fasa pandemik selama dua tahun,


Menerusi ‘Juang’ pasti ada yang akan menitiskan air mata mengenang orang tersayang yang telah pergi hanya gara-gara kuman pembawa maut - Koronovirus COVID-19.


“Saya menyifatkan 'JUANG' ditayangkan pada waktu yang tepat untuk memberikan momen peribadi atau mengenang semula perjuangan, keperitan, kesedihan atau sejarah yang telah merubah dunia secara am dan kehidupan setiap daripada kita berbanding dahulu.


“Di dalamnya, kita misalnya punya kisah tentang bagaimana seseorang kehilangan pekerjaan dalam sekelip mata, keluarga berantakan dan paling penting adalah pengorbanan besar yang telah dilakukan setiap individu yang kita gelar mereka sebagai adiwira iaitu para frontliners,” sambung Jack Lim pula.


'JUANG' yang dibarisi aktor dan aktres handalan berbilang kaum termasuk Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Sangeeta, Chew Kin Wah, Angelin Tan, Steve Yap serta penampilan Allahyarham Adibah Noor ini akan memaparkan perit getir yang diinspirasikan sepanjang dua tahun negara berdepan pandemik yang cukup meninggalkan kesan mendalam ini.



Filem ini diperkuat dengan lagu tema 'Wira Hatikudendangan Datuk Sheila Majid bersama iringan muzik terbaik dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)


Turut menambahkan keistimewaan 'JUANG' apabila pesohor nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terlibat mendendangkan lagu tema berjudul 'Sama Sama'.




Sementara itu, syarikat media digital WebTVAsia yang juga penerbit eksekutif bersama mengumumkan keluaran khas NFT (Non-Fungible Token) filem amal (charity film NFT) yang pertama dalam industri filem Malaysia, menerusi pelancaran laman rasmi https://nft.juangthemovie.com atau KLIK SINI.


Sebanyak 450 NFT edisi eksklusif rekabentuk unik NFT pelakon 'JUANG' termasuk Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy dan Haoren sudah mula dijual kepada awam. 


Kesemua kutipan akan didermakan kepada pertubuhan amal “Thrive Well” dan “The Hope Branch'.


Untuk memperingati jasa serta pembabitan Allahyarham Adibah Noor di dalam 'JUANG', satu rekabentuk unik NFT edisi eksklusif buat Allahyarham dilelong semasa Malam Gala Karpet Merah 'JUANG'. 



Hasil sumbangan disalurkan kepada keluarga Allahyarham.


“Kami berharap dengan inisiatif digital NFT ini dapat menaik-taraf industri kandungan kreatif negara khususnya dalam menawarkan peluang komersial serta bentuk promosi jenama baharu kepada para penggiat seni.”  ujar Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia, Fred Chong.



Info lanjut boleh layari platform sosial media ‘Juang’ melalui:


FACEBOOK RASMIhttps://www.facebook.com/juangthemovie

INSTAGRAM RASMIhttps://www.instagram.com/juangthemovie/

TWITTER RASMIhttps://twitter.com/JUANGTheMovie

TIKTOK RASMI: https://www.tiktok.com/@juangthemovie



#JUANG #COVID-19 #NFT #MalaysiaBookOfRecords #ZulAriffin #JanaNick #GSC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan