Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TONTON PEMAIN BOLA SEPAK MUDA HARUNGI CABARAN DEMI KEMENANGAN DALAM 'ANAK RIMAU THE MOVIE' 1 SEPT.


ANAK RIMAU THE MOVIE’ satu nama yang menarik bagi sebuah filem yang bukan sekadar berlatarkan sukan bola sepak, malah, mengangkat semangat dan perjuangan generasi baharu dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak.



Tidak hairanlah Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker memberi sokongan atas usaha penghasilan filem 'Anak Rimau The Movie' yang menjalani penggambaran dalam tempoh mencabar pada era pandemik. 


Semua pun maklum, kita telah melalui penularan pandemik COVID-19 selama dua tahun hingga menjejaskan dan menangguhkan banyak aktiviti serta program yang dirancang.


Filem 'Anak Rimau The Movie' yang mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi tidak terkecuali di mana sepatutnya ia ditayangkan pada 2020 namun  terpaksa ditangguhkan.


Filem ini turut dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS)


“Ini satu cabaran hebat bagi pelakon dan kru 'Anak Rimau The Movie' yang dapat menghabiskan penggambaran filem, meskipun diuji dengan pandemik. Proses penggambaran filem dijayakan dengan dedikasi dan memiliki sifat kepimpinan tinggi. Aspek ini juga ditanam dalam mesej utama filem ini iaitu memberi inspirasi kepada anak muda mencapai cita-cita sebagai pemain bola sepak demi Malaysia,” ujar Ti Lian Ker memuji pasukan produksi Anak Rimau atas kecekalan menerbitkan filem ini ketika hadir pada Malam Gala Filem 'Anak Rimau The Movie' di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut hadir antaranya Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Dato’ Hishamuddin Zaizi bin Tengku Azman Shah Al-haj; Encik Syirfan Indra Mitra Suryabin Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mewakili Professor Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS; Farah Ann, bekas Olimpian gimnastik negara; bekas pemain lagenda bola sepak Malaysia, Datuk Santokh Singh Gurdial Singh dan Datuk N. Thanabalan A/L Nadarajah serta Dato’ Zainal Abidin Hassan yang juga jurulatih Penang Football Club Sdn. Bhd.



Sementara itu, penerbitnya, Fadzil Manap percaya filemnya itu mampu memberi impak, pengaruh dan gaya pemikiran masyarakat sekali gus memainkan peranan penting sebagai medium komunikasi kepada anak muda untuk melakukan perubahan dalam hidup.


“Tujuan pembikinan filem bukan sahaja memberi semangat kepada anak muda, tetapi bertindak sebagai medium pendidikan, informasi dan hiburan bagi membantu membina asas kukuh untuk transformasi Malaysia,” katanya.

 


Menelan belanja RM5.5 juta ‘Anak Rimau The Movie’ mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy di samping aktor terkenal Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Adam Corrie



Turut membintangi, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD iaitu Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady


Tidak ketinggalan, penampilan anak saudara Sultan Pahang, iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam


Disifatkan satu kisah menyentuh hati yang mengetengahkan nilai kekeluargaan, keputusan sukar, integriti dan persahabatan, majlis pelancaran filem 'Anak Rimau The Movie' turut selari dengan Bulan Kemerdekaan, sekali gus menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat serta kejohanan Piala Dunia 2022 yang akan melabuh tirai, tidak lama lagi. 



'Anak Rimau The Movie' memaparkan kisah sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). 


Mereka mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak. 



Pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan pasukan, sebelum berfikir mengenai kemenangan. Keazaman dan ketabahan pemain diuji menerusi kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik demi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN


Selain itu, filem ini juga menekankan kebaikan akan sentiasa datang kepada mereka beriman dan berani berpegang kepada kebaikan dalam diri dan orang lain seperti slogan Anak Rimau The Movie - ‘bola itu bulat’. 


Bakal ditayangkan pada 1 September 2022 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan serta Kejohanan Piala Dunia 2022 ia turut diserikan dengan lagu tema rasmi dan muzik video bertajuk ‘Pentas Dunia’.




Selain itu  penonton boleh menyimpan kenangan dengan mendapatkan merchandise eksklusif 'Anak Rimau' yang khas direka oleh Al-Ikhsan Sports menerusi laman web rasmi www.al-ikhsan.com dan www.alsports.com.my bermula dengan harga serendah RM19.90 sehingga RM99.00.


Lebih mudah mencari KLIK DI SINI,


Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman rasmi Instagram: anakrimau.my, #AnakRimau 



Kak Fas: 'Anak Rimau The Movie' sebuah filem ringan yang boleh ditonton satu keluarga dan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda yang berminat dengan sukan bola sepak. Semoga akan lahirnya lagi seorang bintang sebesar nama Mokhtar Dahari atau pun terkenal seperti pemain bola sepak veteran, Pele.

Lakonan Beto Kusyairy seperti kebiasaannya tidak menghampakan, tetap mantap dan terbaik dengan ekspresi yang akan membuatkan penonton turut merasai kehampaan yang dipancarkan pada wajah seorang jurulatih yang profesional, berpegang teguh pada prinsip dan tidak gentar menentang kehendak orang atasannya demi maruah diri dan sukan yang dibimbingnya.



#AnakRimauTheMovie #BolaSepak #BetoKusyairy #PentasDunia #AlIkhsan #Filem


Tiada ulasan:

Catat Ulasan