Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'WONDER SUIT BY JOVIAN' MAMPU KECILKAN PINGGANG KEMPISKAN PERUT WANITA, LELAKI


JOVIAN meniunjukkan beliau juga guna Wonder Suit, jadi lelaki pun boleh guna untuk sokong postur badan.

NAK pinggang ramping macam Che Ta, 51, atau Ning Baizura, 47, mahu pun Ifa Raziah, 46, walau pun usia kian meningkat?


“Produk ni memang hebat, perut kami dah kempis dan pinggang kami pun dah 25 inci malah bila pakai wondersuit ini ia juga jaga postur kita, tak terbongkok-bongkok, Memang sedap memakainya,” ujar Rozita Che Wan yang suka dengan fabriknya yang tidak gatal mahu pun panas.


“Selepas setiap hari memakainya dalam tempoh empat bulan berat badan saya turun daripada 72kg kepada 61 kg,” kata Ning Baizura sambil mendedahkan pinggangnya  berjaya dikecilkan dari  31 inci kepada 25 inci, sama macam Che Ta, katanya disusuli ketawa ramai.


“Bagi saya pula selepas memakainya pinggang saya bertambah kecil daripada 27 inci kepada 25 inci,” jelas  pula Ifa Raziah.



Wow! 


Malah lebih mengujakan apabila melihat. pengacara dan pelakon popular Sherry Al Hadad pun mampu menggunakan Wonder Suit saiz XL walau pun berbadan besar.


“Untuk orang curvy-curvy macam saya, Wonder Suit ini bukan sahaja mampu menutup segalanya tetapi memberikan saya konfiden dan nampak tetap anggun di pentas. Itulah rahsia saya,” akui Sherry.



Pendek kata, ‘Wonder Suit’ bukan sahaja dicipta untuk  orang berbadan besar malah bertubuh kecil seperti anggota kumpulan Dolla, Tabby serta rakan-rakanya yang berpendapat ia mampu mengekalkan postur badan mereka malah fabrik nya yang lembut tidak menyukarkan untuk  bergerak apatah lagi perlu menari ketika membuat persembahan.



Rata-rata selebriti  yang dipilih pengasasnya Datuk Jovian Mandagie, sebagai duta merangkap rakan niaga 'Wonder Suit by Jovian' melahirkan rasa puas hati  dengan produk tersebut.


“Saya sendiri melakukan R&D selama enam bulan dan melalui pelbagai proses untuk menghasilkan produk ini malah menjadikan diri saya sebagai testimoni terhadap keberkesanannya pada badan,” ujar Jovian  ketika ditemui pada majlis pelancaran Wonder Suit by Jovian di Tropicana Golf & Country Resort pada pagi Rabu, 17 Ogos lalu.


Sebagai jenama yang sentiasa berkembang, Jovian kali ini meraikan keajaiban kewanitaan dengan memberi tumpuan terhadap pakaian dalam melalui produk sulongnya di bawah label ‘Wonder Suit’, iaitu korset yang direka untuk meningkatkan bentuk badan malah bukan sahaja mampu mengempiskan perut dan mencipta siluet, tetapi juga menawarkan keselesaan dan sokongan untuk pemakaian sepanjang hari!


“Saya selalu berpeluang mendengar rintihan wanita yang mahu mengekalkan bentuk badan mereka agar sentiasa langsing. Sehubungan itu tercetusnya idea melahirkan Wonder Suit agar wanita dapat susut kan badan mereka,” tambah Jovian penuh semangat.



Diperbuat daripada bahan berkualiti premium yang menyejukkan, ia mempunyai 3 baris cangkuk boleh laras untuk muat ultra yang selamat dan 6 panel tulang fleksibel dalam ikat pinggang yang membantu untuk mencapai postur yang lebih baik malah lebih mudah ia membolehkan anda mempunyai kebebasan maksimum untuk bergerak.



Waima, untuk bentuk badan yang lebih diingini, korset wanita ini juga dilengkapi dengan tali pinggang boleh tanggal yang mencengkam bahagian pinggang bagi membantu menghasilkan bentuk badan yang ideal bagaikan pinggang ‘Saloma’ gitu.


Daripada demonstrasi yang ditunjuk ke atas beberapa model. jelas tali pinggang tersebut mampu mengecilkan  pinggang dengan segera sehingga 2 hingga 4 inci bergantung kepada saiz badan pemakainya.


Tersedia dalam warna “Beige”, Jovian memberitahu ‘Wonder Suit’ bukan sahaja untuk golongan wanita malah lelaki juga boleh menggunakannya untuk menjaga bentuk badan.


“Saya pernah memakai korset satu ketika dahulu disebabkan mengalami slip disc tetapi terasa amat seksa sebab fabrik korset berkenaan tidak memberikan keselesaan, terasa panas dan gatal malah mudah luntur. Tetapi sekarang dengan Wonder Suit saya rasa lebih yakin waima fabriknya lembut, ringan dan selesa dipakai walau pun selama 8 jam,” cerita Jovian panjang lebar.



Disebabkan wanita dan lelaki berada pada pelbagai saiz. ‘Wonder Suit’ didatangkan dalam saiz S hingga 3XL.


‘Jika ada permintaan untuk saiz lebih besar saya akan pertimbangkan,” tambah Jovian sambil mempelawa orang ramai menjadi ejen jualannya.


Menurut Jovian, setekat ini sudah ada lebih kurang 2,500 ejen tetap dan akan bertambah apabila barisan artis yang dilantik mempunyai peminat mereka sendiri yang pasti akan menjadi ejen.


Apa pun, dengan harga  RM149, 'Wonder Suit by Jovian' kini boleh dibeli melalui platform Instagram selebriti-selebriti terbabit  mahu pun daripada instagram Official Jovian atau hubungi talian 017 245 4323.


Dan menjelang 1 September 2022 ia boleh didapati di semua JStores, Jovian Pop Up Booth dan Shopee.



Ditanya berapa sasaran jualan?


“Sasaran tidak terletak pada angka jualan tetapi  kepada harapan agar ramai menggunakan Wonder Suit untuk kecantikan dan sekali gus menjaga kesihatan agar badan sentiasa kekal sihat,” jawab Jovian.


Benar. seperti kata Ning Baizura ketika ditemui, ‘usia bukan penghalang untuk kekal cantik tetapi kita harus terus yakinkan diri agar sentiasa mempunyai tubuh badan yang langsing di samping kesihatan yang baik kerana korset ini mampu bentuk postur agar tidak cepat bongkok bila di jamah usia.


‘Saya bersyukur dapat diperkenalkan dengan produk sebegini apatah lagi saya memang pengguna setia korset bila nak nyanyi. Baharulah boleh kawal suara soprano tu,” akhiri Ning disusuli ketawa dan tepukan ramai ketika melontarkan sedikit vokal nyanyiannya pada lagunya, 'Awan Terpilu'.



#WonderSuitByJovian #Korset #NingBaizura #CheTa #IfaRaziah #Tabby #Jovian

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan