Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

INNERCASUAL, JENAMA JEPUN SERAP PELUH MAMPU MILIK, HANYA DI AEON


MEMINJAM kata-kata peninju lagenda terhebat dunia, Allahyarham Muhammad Ali,Float like a butterfly, sting like a bee..’ (terapung seperti rama-rama, menyengat seperti lebah), begitulah yang Kak Fas teringat kembali apabila menyertai sesi ‘shadow boxing’ yang berlangsung di pekarangan ruang jualan produk Innercasual atau iC di AEON 1Utama baru-baru ini.


Sesi berkenaan merupakan pengisian majlis memperkenalkan penjualan produk iC dengan kerjasama gim butik komuniti, TRIBE Boxing Studio di mana pada hari tersebut sahaja  (13 Ogos) ditawarkan diskaun sehingga 50% bagi jenama dari pereka dan aktivis ikonik British, Katherine Hamnett bertemakan "Saving The Planet’' (menyelamatkan planet).



Selama lebih kurang sejam, bloggers dan orang ramai menyertai sesi ‘shadow boxing’ bersama seorang jurulatih wanita dari Tribe Studio Boxing, Intan namanya,  dan memang terpesona melihat aksi  lincahnya walau pun bertubuh ‘cili padi’  - kecil tapi molek kata orang.


Berpeluh jugalah dibuatnya waima separuh jalan sekali pun  menyertainya apabila telinga berbisik ‘masa dah time’ menandakan kena berhenti haha…


Memandangkan program yang dihadiri merupakan promosi produk iC, Kak Fas tidak ketinggalan memakai baju t iC bagi sesi tersebut dan terbukti fabrik daripada jenama buatan Jepun ini menyerap peluh. 


Tidak terasa melekit di badan pun.



Selain diperbuat daripada bahan yang ringan serta mudah lentur (stretchable) sehingga mampu menyokong pergerakan, iC juga direka anti-bau, anti-bakteria dengan perlindungan UV.


Serius… jika korang berhajat nak bersukan atau melakukan latihan di gim, memang sesuai menggunakan jenama iC kerana setiap helaian dalam koleksi komited kepada fabrik mesra alam, kapas organik – ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia sebagaimana koleksi Katherine Hamnett.



Selain itu, 4 jenama utama iC meliputi gaya Peace Fit, Active Wear, Mirai Beauty dan Organic Cotton yang memberi fokus terhadap keselesaan pemakaian harian khususnya waktu bersenam atau beriadah menjelang petang.



'Saving The Planet' tertera di kebanyakan jenama Innercasual berfungsi memelihara dan memulihara alam sekitar dan bumi. 


Ia tahan dipakai untuk jangka masa yang panjang apatah lagi ia serap peluh dan kering dengan cepat memberikan rasa nyaman sepanjang masa.


Pendek kata, iC sesuai digayakan semua lapisan masyarakat samada untuk aktiviti lasak mahu pun kasual memandangkan jenama ini diperbuat dengan empat fungsi rekaannya iaitu -  ‘functionality, aesthetic, sustainability & affordability’.


Memang benar meneliti setiap rak untuk lelaki mahu pun wanita, iC tergolong dalam harga mampu milik dan dengan kualiti bermutu tinggi sesungguhnya iC boleh dikatakan pembelian berbaloi bagi wang yang dibelanjakan.


Lebih menarik apabila pembeli yang membuat pembelian lebih daripada RM150 berpeluang melakukan ‘spend, spin & win’ untuk memenangi hadiah misteri mahu pun yang paling 'best' jika putaran anda berhenti pada ruang 'innercasual' di mana ana berpeluang memperoleh apa sahaja produk iC di bawah RM100 secara percuma. 


Kak Fas: Turut tergoda dengan pembelian sehingga RM185 termasuk kolekwi Katherine Hamnett yang dijual pada harga 50% hanya pada satu hari sahaja. 




Artikel berkaitan klik DI SINI,

#Innercasual #iC #AEON #BuatanJepun #TRIBE #PeaceFit #ActiveWear #Produk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan