RAIKAN HARI KEBANGSAAN KE-65 BERSAMA 'GO SHOP', PEROLEH BAUCER DISKAUN HINGGA RM112
MERDEKA! Merdeka! Merdeka!
Hari Kebangsaan ke-65 dah nak tiba, apa perancangan anda?
Nak 'Go Cuti' ke?
Jika nak bercuti apa kata layari platform e-dagang popular GO SHOP sebab kat situ ada maklumat yang pasti anda teruja apatah lagi jika rancang nak makan angin ke Genting Highlands, Cameron Highlands, Melaka atau pun Port Dickson.
Raikan Hari Kebangsaan bersama Go Shop dengan baucar diskaun sehingga RM112 melalui ‘Go Gemilang Sale’ dari 8 Ogos hingga 18 September 2022.
Pelanggan boleh menggunakan kod GEM16, GEM31 dan GEM65 untuk mendapatkan potongan sebanyak RM16, RM31 dan RM65 untuk setiap kod.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tanpa sebarang perbelanjaan minimum bermula 31 Ogos hingga 4 September dan 16 September hingga 18 September.
Pada tahun ini, Go Shop akan berkongsi barangan kegemaran serta produk-produk yang harus dimiliki rakyat Malaysia kepada para pelanggan melalui program TV yang disusun khas untuk mereka.
Ini termasuk ‘Kak Joy & The Geng’, ‘Inspirasi Malaysia’, ‘Keluarga Mahabbah’, ‘Go Cuti!’ dan ‘Rencah Go Shop’. Pelanggan boleh menikmati program-program hiburan bermaklumat berikut di TV, laman sesawang dan aplikasi mudah alih:
- Go Cuti! mempromosikan pakej pelancongan untuk percutian tempatan di Genting Highlands, Melaka, Port Dickson dan Cameron Highlands. | Setiap Selasa jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (Astro CH118)
- Kak Joy & The Geng menampilkan produk makanan dan kesihatan terbaik daripada jenama seperti FG Walet, Munif Hijjaz, Aik Cheong dan Kinohimitsu. | Setiap Isnin jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (Astro CH118)
- Inspirasi Malaysia mempamerkan jenama yang terkenal di peringkat tempatan dan global – Primada, Ogawa dan Chriszen. | Setiap Rabu dan Jumaat jam 11 pagi di Go Shop GAAYA (Astro CH120)
- Keluarga Mahabbah memperkenalkan produk fesyen Muslimah, pendidikan dan gaya hidup Islam daripada jenama seperti Leanen, Zahraa dan Najjah. | Setiap Jumaat jam 9 pagi di Go Shop GAAYA (Astro CH120)
- Rencah Go Shop menampilkan chef Malaysia, Chef Sabri dan Chef Kamarul yang akan berkongsi hidangan dan resipi terbaik Malaysia, sambil memperkenalkan jenama alat memasak popular seperti La Gourmet, Aurasia dan Shogun. | Setiap Khamis jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (Astro CH118) dari 18 September hingga 6 Oktober
Ketahui tentang lebih banyak tawaran yang menarik melalui Go Shop di Astro - Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120), Go Shop BAARU (CH111) dalam Bahasa Malaysia dan CH303 dalam Bahasa Mandarin.
Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store. Lebih mudah KLIK SINI,
* Gunakan kod GEM16 untuk mendapatkan potongan RM16 dengan perbelanjaan minimum RM160. Gunakan kod GEM31 untuk mendapatkan potongan RM31 dengan perbelanjaan minimum RM300. Gunakan kod GEM65 untuk mendapatkan potongan RM65 dengan perbelanjaan minimum RM570.
#GoShop #HariKebangsaan65 #BaucerDiskaun #GoCuti #InspirasiMalaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan