'CHICKEN RICE PLACE' SEDIAKAN NASI AYAM HAINAN EMPAT JENIS, TEH TARIK 'SPECIAL'
"
Ayam bermacam ayam
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam Siam
Ayam Turki, ayam Belanda
Macam macam perihal ayam...
Foto: Zharif (Jejakakaula.com). |
Begitu antara lirik lagu ‘Ayam’ nyayian penyanyi veteran, Jalil Hamid yang bermain di minda dan menjadi siulan di telinga apabila melangkah masuk ke restoran “Chicken Rice Place’ yang baharu di buka di kawasan Platinum Walk, Setapak pada semalam, 20 Ogos 2022.
Bukan bermakna lagu itu diguna sebagai ‘jingle’ ke apa cuma secara metaforanya bila bercakap mengenai nasi ayam seperti bermacam hidangan yang ada begitu jugalah banyakmya restoran yang berniaga nasi ayam.
Tak perlu lah Kak Fas nak nyatalkan satu persatu jenama Nasi Ayam yang popular di pasaran sebab penggemar nasi ayam sudah tentu arif restoran mana pilihan nasi ayam mereka.
Tetapi jika mereka mahu mengubah selera dan nak cuba yang lain barangkali berkunjung ke Chicken Rice Place di Setapak boleh disyorkan.
Apa istimewanya nasi ayam di sini? Itu mungkin persoalannya yang anda mahu ketahui betul tak?
Restoran pertama milik Chicken Rice Place Sdn Bhd (CRP) yang diasaskan oleh Datuk Dr. Hassan Saad selaku pemilik bersama rakan kongsinya, A. Rahman Siddique (gambar atas, dua dari kanan) dan Nabyil (gambar bawah, dua dari kiri) menghidangkan nasi ayam khas citarasa Hainan dengan empat jenis pilihan masakan seperti kukus atau stim, panggang atau roasted, bijan dan madu.
DR. Hassan memotong seekor ayam sebagai gimik pra pelancaran pembukaan restoren Chicken Rice Place di Platinum Walk, Setapak semalam. Foto: Ony (nokomen.com) |
“Namun kelainannya nasi kami dimasak dengan pilihan beras terbaik dicampur beras pulut dan dihidangkam bersama sup beraroma yang akan membangkitkan kepuasan selera kepada pelanggan,” ujar perunding CRP yang mahu dikenali sebagai Uncle J (bawah, kiri) sahaja ketika ditemui pada majlis pra pelancaran restoran yang disempurnakan oleh Dr. Hassan bersama team pengurusan CRP dan kakitangan seramai lebih kurang 12 orang kesemuanya.
Berkongsi lanjut, Nabyll (kanan) memberitahu selain set nasi ayam Hainan yang berharga di antara RM10.90 hingga RM13.90, restoran juga menyediakan hidangan sampingan sebagai pembuka selera seperti kerabu mangga, sayur tauge serta sos cili dan kicap yang dimasak cukup dengan adunan asli Hainan.
“Turut tersedia hidangan mee wantan kering bagi mereka yang ingin makanan yang tidak berat sebagai menu tambahan malah dari masa ke semasa kami akan memperkenalkan beberapa menu baharu,” tambah Nabyll sambil memberitahu seluruh kakitangan pengurusan CRP telah lengkap dilatih serta bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi bagi memberi kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan.
Dengan pembukaan restoran pertama ini, CRP juga merancang untuk pelan perniagaan jangka masa panjang dengan sasaran membuka lebih kurang 100 cawangan seluruh Malaysia menjelang tahun 2025.
“Namun buat permulaan barangkali lima lagi cawangan dapat dibuka dalam masa terdekat bermula dengan Bandar Baru Bangi sebagai pilihan cawangan kedua yang dijangka pada bulan Disember 2022, “ sambung Dr. Hassan.
Sehubungan itu, CRP memperuntukkan lebih kurang RM1 juta bagi pelaksanaan perniagaan untuk tempoh setahun sekali gus diharap dapat memberikan lebih peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
“Sebagai sebuah restoran baharu di dalam pasaran, kami di CRP amat mengalu-alukan maklum balas dari pelanggan bagi menjadikan kami lebih baik di dalam sektor bidang makanan khasnya.
“Kami berharap Keluarga Malaysia dapat menyokong usaha kami sebagai antara pilihan restoran hidangan nasi ayam citarasa Hainan terbaik,” tambah beliau sekali gus mewar-warkan antara minuman yang tidak harus dilupa untuk memesan adalah tea tariknya yang formulanya didatangkan khas dari negreri Cik Mek Molek, Kelantan.
SUP Wantan dan Teh Tarik 'Special'. |
Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh menghubungi talian 603 4131 3631 atau +6019-629 9913.
Kak Fas: Belum puas menikmati setiap satu set nasi ayam yang ditawarkan. Apa pun hidangan sayur tauge nya memang sedap.
#ChickenRicePlace #NasiAyamHainan #TehTarik #PlatinumWalkSetapak #CRP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan