Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ARTIS LAGENDA GEGAR MITC MELAKA HIBURKAN RAKYAT 3 SEPT 2022


AYUH
ke 'Konsert Rakyat Melaka' dijadualkan bakal berlangsung pada 3 September 2022 depan.

Buat peminat-peminat artis lagenda jangan lepaskan peluang mendekati dan memeriahkan tapak karnival sambil menemui artis kesayangan anda di Melaka International Trade Centre (MITC). 


Konsert yang bakal menggegarkan Pusat Bandaraya Bersejarah Melaka berjaya menggabungkan beberapa artis terkenal seperti Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 

Datuk Ramli Sarip, Ratu Rock Ella, Datuk DJ. Dave, kumpulan Allieycats yang diketui oleh David Arumugam, Jaclyn Victor, Syamel & Ernie Zakri dan kumpulan rock retro kugiran Masdo



Konsert sempena ulang tahun Yang DiPertua Negeri, Tun Seri Setia, Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam ke-73 anjuran Jojo Event ini bakal bersiaran lebih enam jam bermula dari 6 petang hingga 12 malam. 


Pelbagai program dan aktiviti telah diadakan antaranya pengunjung boleh berjalan-jalan ke tapak bazar disamping program pentas yang telah diatur berselang dengan pelbagai acara  bagi memeriahkan suasana konsert.


Sebahagiannya ada yang akan menyampaikan persembahan dalam suasana okestra diiringi 13 buah okestra dari didatangkan khas dari Institut Warisan Melaka


Menurut pemilik Jojo Events, Tan Sri Mohd Yusof dalam sidang media yg diadakan di Hard Rock Cafe baru-baru ini, konsert ini adalah pertama kali dianjurkan di negeri Melaka, sebelum ini di Selangor pada tahun 2011. 


Diharap dengan kehadiran artis ternama seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Ramli Sarip, Datuk DJ Dave dan ramai lagi, akan dapat memberi hiburan terbaik kepada peminat yang rindukan suara artis kesayangan mereka. 


Dan dengan kemuculan beberapa artis baru dan lama lainnya, diharap juga dapat menarik perhatian ramai pengunjung yang mengikuti pelbagai arus muzik mengikut genre muzik artis terbabit.



Menurut Syed Mohd Yusof lagi, konsert yang dijangka bakal dihadiri oleh lebih 10 ribu pengunjung itu nanti akan melakar sejarah baru di bandaraya Melaka buat julung kalinya membawakan barisan penghibur terkenal tanah air yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur. 


Ini sekaligus mendorong beliau untuk menjadikan is sebagai salah satu acara tahunan yang bakal ditunggu dalam kalender pelancongan Negeri Melaka. 


Tiket konsert berharga Antara RM50, dan RM100 sudah mula dijual pada 10 Ogos lslu menerusi Redtix. 


Info lanjut boleh lawati media sosial dan laman Tiktok, Instagram atau Facebook @jojoevents.my - SITI DIMIATI.


#KonsertRakyatMelaka #JojoEvents #MelakaBandarayaBersejarah #ArtisLagenda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan