Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TASNEEM MARKETPLACE SASAR 10,000 USAHAWAN BERJAYA JANA PENDAPATAN TANPA MODAL


TASNEEM MarketPlace (TMP) sebuah platform yang mengumpulkan produk-produk di bawah niche keluarga, kanak-kanak dan bayi mensasarkan kelahiran seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan lumayan menjelang Disember 2022.



Sasaran itu diyakini mampu dicapai apabila syarikat pengendalinya, Tasneem Business Legacy  mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo.


Melalui penyatuan  dan usahasama di bawah platform Tasneem Marketplace itu diharap mampu membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.


Dari kiri: Pengasas Aqiqah Centre, Abdul Halim; Ahmad Rafizal, Ketua Pegawai Eksekutif Tasneem MarketPlace ITMP); Haridah Sahri, Ketua Pegawai Operasi TMP; Nor Husna. Pengasas Eyyo Kids; Fanessa, wakil Tanamera dan Arif Fadzil selaku wakil daripada Pustaka Darul Iman.



Seperti ramai yang sedia maklum, Tasneem Business Legacy, terkenal sebagai sebuah syarikat yang membawa nama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berrasaskan bahan semula jadi.


Dengan pelancaran Tasneem MarketPlace baru-baru ini, ia selaras dengan objektifnya untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang.



Sehubungan itu, mana-mana individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP mengalu-alukan mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma.




Untuk maklumat lanjut mengenai insentif dan sebagainya boleh layari https://tasneemmarketplace.com atau lebih mudah KLIK DI SINI.



#TasneemMarketPlace #Tanamera #AqiqahCentre #PDI #Eyyoo #UsahasamaTMP

Tiada ulasan: