Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'CERIA POPSTAR XTRA' NOBATKAN DINDA DAMIA SEBAGAI JUARA, BAWA PULANG RM20K



SEMUA dah pun maklumkan siapa yang menjuarai 'Ceria Popstar Xtra’ yang telah melabuhkan tirainya pada 17 Ogos 2022 lalu menerusi saluran Astro Ceria (611) setelah bersiaran selama selama lapan minggu pada setiap hari Rabu mulai 29 Jun 2022.



Iya, gadis berusia 17 tahun, Dinda Dania yang telah mendapat empat kali standing ovation daripada para juri dan dua anugerah MVP sepanjang bergelar peserta ‘Ceria Popstar Xtra’ dinobatkan Juara Ceria Postar Xtra menundukkan  3 finalis iaitu Iqmal Romi, 17, Damia, 16 dan Amani 12 tahun.


Dinda membawa pulang membawa pulang hadiah wang tunai utama sebanyak RM20,000 beserta trofi malah dia juga menerima ‘Star Award’, iaitu finalis yang telah mengumpul jumlah bintang paling banyak sepanjang program berlangsung. 


Menariknya, sebelum konsert akhir ditayangkan, para media terlebih dahulu sudah tahu senarai pemenang apabila disajikan dengan rakaman konsert terbabit pada pra tonton istimewa yang diadakan di TGV 1 Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.



Rancangan yang mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan kanak-kanak dan remaja ini memaparkan konsep serta elemen baharu berbanding dengan musim-musim terdahulu berjaya melakarkan kejayaan gemilang sepanjang penyiaran program realiti popular ini.


Peserta-peserta musim ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang  berjaya menunjukkan kemampuan mereka dalam memberikan persembahan mantap setiap minggu hingga ke kemuncak pertandingan ini.


Peserta-peserta musim ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang  berjaya menunjukkan kemampuan mereka dalam memberikan persembahan mantap setiap minggu hingga ke kemuncak pertandingan ini.



Naib Juara, Iqmal merupakan satu-satunya peserta lelaki yang mara ke pusingan akhir telah juga mendapat anugerah MVP dan lima kali standing ovation daripada para juri dalam program pertandingan nyanyian ini. 


Iqmal memperoleh wang tunai RM10,000 besert trofi.


Manakala Damia yang berumur 16 tahun bangkit setelah tersingkir menerusi slot ‘Rematch’ pada minggu keenam pertandingan tersebut. 


Dia turut meraih anugerah MVP dalam program ini serta mendapat dua kali standing ovation daripada para juri dengan persembahannya, seterusnya menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM5,000 serta trofi.


Sementara, Amani yang mendapat anugerah MVP sebanyak tiga kali sepanjang bertanding dan juga  mendapat standing ovation daripada para juri serta penonton sebanyak tujuh kali dengan persembahannya yang menarik menduduki tempat terakhir dengan membawa pulang RN3,000 dan trofi.


Peringkat akhir menyaksikan empat juri sebagai pengadil iaitu Johan, Mas Idayu dan juri jemputan Mira Filzah bersama juri C-X yang telah pun dibongkarkan identitinya pada minggu ketujuh iaitu Haqiem Rusli.



Kejayaan-kejayaan yang dikecapi para finalis menerusi program ini memberi peluang kepada mereka untuk membina keyakinan diri sendiri dalam menggilap bakat masing-masing untuk masa hadapan mereka khususnya dalam industri seni pada usia muda. 


Malah, inilah misi utama Astro iaitu mengetengahkan bakat-bakat anak muda yang mampu memperkasakan industri muzik tempatan sebagai golongan pelapis. 

Antara keunikan minggu akhir ‘Ceria Popstar Xtra’ adalah persembahan istimewa daripada Misha Omar dan Ziana Zain yang berganding buat kali pertama. 



Apa pun, terdahulu, dengan bertemakan Final Round, pihak media yang menghadiri pra tonton turut menyaksikan persembahan akhir daripada finalis-finalis yang dipilih melalui lagu-lagu popular tanah air seperti ‘Gundah’  oleh Dinda, nyanyian Ernie Zakri, ‘Malam Ini Kita Punya’ dari Iqmal, nyanyian Bunkface, ‘Sumpah’  oleh Damia dari lagu Aina Abdul dan juga ‘Paku’ nyanyian Ara Johari dinyanyikan oleh Armani. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan