Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PENYANYI RAIN KEMBALI KE PENTAS AXIATA SELEPAS 5 TAHUN, 27 OGOS INI


SEMENJAK
pintu sempadan dibuka,  Malaysia menjadi salah satu tempat pilihan untuk artis luar negara datang membuat persembahan dan terkini, superstar Korea terkenal, Rain akan datang ke Malaysia untuk mengadakan persembahan bersama artis tempatan Andrew Tan dan Jess Lee sempena “Betadia Night” pada 27 Ogos 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Lapan hari je lagi menjelang konsert, tentu peminatnya dah tak sabar ni.


iya, Rain atau nama sebenarnya, Jung Ji-Hoon, 40,  superstar  yang cukup dikenali sebagai seorang penyanyi, penari, pelakon dan juga pengacara pelbagai rancangan dijemput ke Malaysia untuk mengadakan persembahan sejak penampilannya yang terakhir di pentas konsert di Malaysia 5 tahun yang lepas.


Kak Fas masih ingat pernah tonton konsert Rain, memang hebat dan terbaik waima Stadium Axiata 'full house' malah paling menarik perhatian bukan sahaja persembahan Rain tetapi 'lighting' dan visual di pentas amat kreatif dan inovatif.


Kali ini, selain pelakon drama 'Full House' Rain, turut diundang dua penyanyi tempatan Andrew Tan dan Jess Lee yang bakal menghiburkan pemnat masing-masing pada “Betadia Night”


Andrew Tan, merupakan penyanyi Mandapop yang sudah lama menceburi bidang nyanyian sejak tahun 2006 selepas memenangi pertandingan ‘Astro Talent Quest’ di Malaysia dan "TVB International Chinese New Talent Singing Championship” di Hong Kong. 


Pada tahun 2010, Andrew Tan mula menjadi perhatian selepas lagunya ‘Tian Hou’ mula mendapat tempat di industri muzik Taiwan dan bermula disitu, dia terus mengembangkan bakatnya di bidang lakonan. 


Jess Lee memulakan kariernya sebagai penyanyi setelah menjadi juara dalam pertandingan nyanyian televisyen popular “One Million Star (Musim ke-7)” dan berjaya mengumpulkan markah tertinggi dan memecah rekod pada pusingan akhir. 


Kini, dia menetap di Taiwan bagi mengukuhkan lagi bakatnya.



Ketiga-tiga artis – Rain, Andrew Tan dan Jess Lee akan tampil dengan persembahan  beberapa lagu di “Betadia Night” pada 27 Ogos 2022, jam 8 malam di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 


“Betadia Night” merupakan malam persembahan istimewa dari bintang artis terkenal yang turut dilancar oleh hos Betadia Malaysia.


Apa yang lebih mengembirakan bagi peminat Rain, Andrew Tan dan Jess Lee,Betadia Night”   membuka peluang kepada orang awam untuk menyertai peraduan bagi mendapatkan tiket di talian secara percuma. 



Bagaimana caranya?


Untuk mendapatkan tiket percuma menonton persembahan Rain, Andrew Tan dan Jess Lee, peminat perlu mengikuti langkah-langkah pendaftaran di dalam talian.


Untuk maklumat lanjut tentang program “Betadia Night” dan cara mendaftar untuk melihat persembahan secara langsung tiga artis kesayangan anda terbabit boleh ikuti laman Facebook Betadia Malaysia di https://www.facebook.com/betadiamy/ dan http://www.betadia.asia/  atau lebih mudah KLIK DI SINI  untuk rebut tiket di dalam talian sekarang.


Good luck!


Kak Fas: Jika di undang pasti tidak akan lepaskan peluang menyaksikan Rain sekali lagi selepas 5 tahun pada usia 40 tahun kini. Agak2 ada ke Azizee? Suka lagunya dalam drama 'Full House'.




#Rain #Korea #FullHouse #BetadiaNight #StadiumAxiata #JessLee #AndrewTan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan