Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AL IKHSAN TAWAR DISKAUN SEHINGGA 80% BAGI PEMBELIAN 10,000 KASUT LARIAN JENAMA ASICS & NEW BALANCE

 


SIAPA bercadang nak beli kasut sukan atau kasut larian menggantikan kasut lama yang dah lama lusuh khususnya bagi pencinta jenama ASICS dan New Balance?


Jika itulah perancangan anda sebelum berakhirnya tahun ini, barangkali singgah di The Paddock, Petaling Jaya mampu memukau pandangan mata sehingga tidak tahu pula mana satu kasut yang berkenan di hati.


Dua tahun lalu sebelum negara diserang 'COVID-19', Kak Fas pernah ke Jualan Harga Borong seperti yang kini sedang berlangsung dari 12 Disember sehingga 18 Disember 2022. Memang pinau mata nak memilih huhu...

Jika anda nak beli elok lah cepat sebab dah tak lama lagi tu... hari Ahad ni terakhir. Jadi apa kata jom ramai-ramai ke The Paddock.


Selain daripada beberapa tawaran hebat yang sedia ada, 50 pencinta sukan terawal  menerima baucer bernilai RM50 dari Al-Ikhsan Sports pada hari pelancaran jualan pada 12 Disember lalu. 


Jualan Harga Borong pada tahun ini membawakan banyak pilihan kasut larian untuk pelanggan daripada dua jenama yang terkenal iaitu ASICS dan New Balance. 


“Al-Ikhsan Sports mengalu-alukan pelanggan kami ke The Paddock untuk pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan diskaun sehingga 80% untuk lebih 10,000 barangan daripada dua jenama terkenal iaitu ASICS dan New Balance," ujar Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports pada majlis pelancaran 'Jualan Harga Borong' berkenaan baru-baru ini. Turut hadir antaranya pelakon Adeline Tsen (gambar atas, tiga dari kiri).


Menurutnya, sebagai peruncit sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports sentiasa memastikan pelanggannya menikmati harga yang terbaik. 



"Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan kasut larian kegemaran anda dengan harga lebih dari RM700-800 di tempat lain tetapi di Al-Ikhsan Sports, anda boleh dapatkannya dengan harga kurang dari RM200! Inilah kelebihan yang kami tawarkan kepada setiap pencinta sukan di Malaysia sejak 30 tahun yang lalu," tambah Vach Piluttla (kiri).

  

Sementara itu, beliau memberitabu, Al-Ikhsan Sports bakal membuka lagi cawangan baru di beberapa lokasi terpilih untuk memberi kesenangan kepada semua dalam mendapatkan produk barangan sukan dengan lebih mudah. 


Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 170 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. 


Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com atau kliDI SINI,


ORANG Ramai terpaksa 'queue' di luar menunggu gilaran masuk dewan jualan.


#AlIkhsan #JualanHargaBorong #ThePaddock #ACIS #NewBalance #KasutLarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan