Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JKKN SEMARAKKAN SENI TARI DI FESTIVAL TARI KANAK-KANAK MALAYSIA 2022


“ALERT”: 
 JKKN terus menyemarakkan seni tari melalui Festival Tari Malaysia dan Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 dengan penglibatan hampir 300 peserta di seluruh Malaysia. 


JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Istana Budaya mengadakan Festival Tari Malaysia & Kejuaraan Tari Kanak-kanak Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 pukul 8.30 malam bertempat di Istana Budaya Kuala Lumpur baru-baru ini. 


Persembahan yang berlangsung pada 17 & 18 Disember 2022 itu mengumpulkan seramai 300 orang peserta yang berbakat dalam seni tari. 


Festival Tari Malaysia merupakan kesinambungan Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri dan sebanyak 8 kumpulan terbaik mewakili negeri dan zon telah berjaya ke Festival Tari Malaysia dengan mempertandingkan 2 ketegori tarian iaitu Kategori Tarian Etnik Kreatif dan Kategori Tarian Rampaian Tradisional Malaysia



Program ini bertujuan memberi peluang kepada koreografer dan penari mempelajari, berkarya dan mempamerkan persembahan berkualiti dan bermutu tinggi serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab untuk memelihara dan memperkembangkan warisan budaya bangsa. 


Berkonsepkan pertandingan, Johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.00, Naib Johan RM10,000.00 dan Tempat Ketiga RM8,000.00, 


Koreografer Terbaik dan Busana Terbaik bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00. Pemenang turut membawa pulang piala dan sijil penyertaan. 



Program Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 merupakan satu program pencungkilan bakat kecemerlangan pelajar dalam bidang tari dibawah seliaan JKKN Negeri. 


Sebanyak 8 buah Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) terbaik mewakili negeri yang melibatkan seramai 120 orang peserta telah dinilai sepanjang Kejuaraan Tari Kanak-kanak Malaysia (KTKKM) peringkat negeri. 


8 negeri yang berjaya ke peringkat kebangsaan ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak



Program ini bertujuan mengenalpasti kumpulan, peserta dan jurulatih dikalangan Artis Budaya JKKN Negeri dan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) yang cemerlang sekali gus melahirkan generasi pelapis dalam bidang seni tari. 


Disamping itu, program ini bertujuan untuk menghasilkan modul Kreasi Baru bagi tujuan pembelajaran pelajar-pelajar sekolah dan KBSC. 


Juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,000.00, Naib Juara RM3,000.00 dan tempat ketiga RM2,000.00


Program ini juga turut mempertandingkan empat (4) anugerah iaitu Anugerah Khas Juri, Anugerah Kostum Terbaik, Anugerah Susunan Muzik Terbaik dan Anugerah Koreografer Terbaik masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM500.00



Penonton yang hadir bukan sahaja dipersembahkan dengan kepelbagaian seni tari, tetapi turut dihiburkan oleh artis popular Malaysia, Bob Yusof dan Erni Zakri serta gandingan pengacara hebat Izzue Islam dan Fiza Saad



“JKKN terus komited dalam memelihara warisan budaya bangsa dalam pelbagai cabang seni terutamanya seni tari. Selain itu juga, ia dapat mendidik masyarakat masa kini untuk lebih menghargai dan mencintai seni budaya negara melalui penganjuran festival sebegini,”. kata Haji Mesran bin Mohd Yusop, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). 

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya atau  KLIK DI SINI.

Senarai pemenang Festival Tari Malaysia: 


1- Johan - Pratama Legacy, Sabah


2- Naib Johan- Nyala Dance Theathre, Kuala Lumpur


3- Ketiga- Akar Seni Malaysia, Zon Pantai Timur


4- Koreografer terbaik bagi Kategori Tarian Rampaian Tradisional - Akar Seni Malaysia, Zon Pantai Timur


5- Koreografer terbaik bagi Kategori Tarian Etnik Kreatif- Pratama Legasy, Sabah


6- Busana Terbaik bagi Kategori Tarian rampaian Tradisional - Akar Seni Malaysia, Zon Pantai Timur


7- Busana Terbaik bagi Kategori Tarian Etnik Kreatif - Nyala Dance Theathre Kuala Lumpur.



Senarai pemenang Kejuaraan Tari Kanak-Kanak:


1- Johan - Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Sabah 


2- Naib Johan - Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Pahang


3- Ketiga - Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Pulau Pinang


4- Anugerah Khas Juri - Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Melaka


5- Anugerah Kostum Terbaik-Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Melaka


6 - Anugerah Koreografer Terbaik- Puan Soffina Binti Ahmad Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Sarawak


7-Anugerah Susunan Muzik Terbaik- Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Perlis.


#FestivalTariMalaysia #KreasiBaru #IstanaBudaya #JKKN #KejuaraanTariKanak2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan