Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AWESOME TV RANGKUL ANUGERAH 'BEST IN CONSUMER SATISFACTION'


BAHARU
 dua tahun beroperasi, stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV berjaya meletakkan tanda aras baharu sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan sebagai destinasi utama pilihan rakyat Malaysia apabila merangkul anugerah Best In Consumer Satisfaction’ bagi kategori televisyen percuma MCMC Star Rating Awards 2021.

Anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diadakan secara tertutup pada 21 Disember lalu, anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital;Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital; Datuk Seri Mohammad Mentek serta Ketua Pegawai Operasi SKMM; Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus kepada Awesome TV sebagai pengiktirafan terhadap kepuasan pengguna untuk perkhidmatan cemerlang yang ditawarkan oleh Awesome TV kepada rakyat Malaysia.



Mengulas  mengenai anugerah yang diterima, Dato’ Adam Ilyas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV berkata:


Sebagai pembekal kandungan hiburan tanah air, kami amat gembira dengan pengiktirafan cemerlang yang diberikan oleh pihak SKMM dan menyifatkan ia sebagai sebuah penghormatan yang cukup membanggakan. 

"Dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ bagi kategori televisyen percuma sekaligus membuktikan segala usaha keras dan komitmen berterusan Awesome TV selama ini berjaya memberi kepuasan kepada segenap lapisan masyarakat terhadap perkhidmatan dan kandungan berkualiti yang ditawarkan oleh kami".


Awesome TV mengucapkan syabas kepada pihak SKMM di atas penganjuran majlis penganugerahan seumpama ini kerana ia dapat menyemai budaya persaingan yang sihat dalam kalangan pemain industri.

"Pengiktirafan yang diberikan pastinya berfungsi sebagai faktor pendorong yang dapat menyuntik semangat kepada stesen televisyen seperti Awesome TV untuk terus memberikan perkhidmatan yang produktif dan inovatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat," tambah Johan.


Beliau turut mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka yang tidak pernah berbelah bahagi kepada Awesome TV selama ini kerana tanpa sokongan mereka, kejayaan tersebut pastinya tidak tercapai.


Untuk rekod, majlis penganugerahan MCMC Star Rating Awardsmula dianjurkan pada 2016 untuk mengiktiraf perkhidmatan cemerlang industri. 


Pemilihan pemenang adalah berdasarkan peranan penting yang diketengahkan oleh pemain-pemain industri dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang menerusi tiga sektor utama iaitu industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier.


Untuk rekod juga, Awesome TV telah berjaya mencatatkan jumlah tontonan terkumpul yang melonjak sehingga 2.6 bilion sejak stesen ini mula beroperasi pada tahun 2020 sehingga kini. 


Ini adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan, pengguna dan media, Nielsen Malaysia.


Statistik tersebut membuktikan program-program terbitan Awesome TV berjaya membekaskan impak di hati rakyat Malaysia sekaligus menjadikan stesen ini sebagai destinasi utama untuk menikmati program-program hiburan berkualiti di Malaysia. 


"Teruskan menonton variasi program-program hebat Awesome TV di saluran Astro (123) dan MyTV (112)," akhiri Johan.


SITKOM 'Kampung SenaRiuh' akan membuka tirai program terbaharu 2023 di Awesome TV.

#AwesomeTV #MCMCStarRatingAwards

Tiada ulasan:

Catat Ulasan