Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUGERAH PODCAST SYOK 2022 RAIKAN PEMENANG LIMA KATEGORI PELBAGAI BAHASA


PENGGIAT podcast di Malaysia semakin berkembang khususnya di kalangan generasi muda.

Sehubungan itu, ramai yang mengambil kesempatan memuat naik pelbagai kisah merangkumi pelbagai bahasa meliputi Bahasa Malaysia, Cina dan Tamil. Antara penggiat tersebut termasuklah artiis popular Amylea Henderson (gambar atas) yang memperoleh tempat ketiga dalam kategori 'Favourite Independent Podcast'.


Dan sebagai mengiktiraf kisah inspirasi mereka, satu anugerah yang dinamakan 'Anugerah Podcast SYOK 2022' dianjurkan bertempat di Simply Live by Tin Box Kuala Lumpur baru-baru ini.


PEMENANG 'SYOK Most Popular Podcast' - Raagavil Marma Desam (Tamil),

Pemenang-pemenang dipilih berdasarkan undian rakyat Malaysia untuk podcast kegemaran mereka menerusi laman rasmi SYOK dari 1 hingga 22 Disember 2022


Calon-calon 'Anugerah Podcast SYOK 2022' dinilai berdasarkan ketulenan, keunikan, penceritaan, jumlah pendengar dan kriteria lain yang ditetapkan semasa proses pencalonan. 


Rakyat Malaysia telah membuang undi untuk kesemua lima kategori, termasuk dua kategori: ‘SYOK Podcast of the Year’ dan ‘Favourite Independent Podcast’ juga menerima penilaian daripada pihak juri-juri profesional. 


PEMENANG 'SYOK Favouriite Podcast Episode - The C World S4E3 (English).


Senarai pemenang adalah seperti berikut:



PEMENANG 'Favourite Radio Podcast' - GOXUAN PICK - (Cina).

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi SYOK atau muat turun aplikasi percuma SYOK. 


Kak Fas: Tahniah rakan wartawan Sudyr (gambar bawah) yang memenangi kategorti SYOK Podcast of the Year dengan karyanya 'Confession Bilik Gelap'... wow tajuk menarik tu...



#AnugerahPodcastSYOK2022 #SYOK #Podcast #SyokPodcastOfTheYear #FIP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan