LEWRE BESPOKE SASAR BUKA 100 KEDAI SELURUH ASIA MENJELANG 2025
JENAMA kasut terkenal tempatan, Lewre sasar menubuhkan lebih 100 kedai di seluruh Asia menjelang tahun 2025 sebagai usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan bertindak sebagai pemangkin dalam mempromosikan sektor runcit Malaysia.
Sasaran itu menjadi fokus pengasas Lewre Bespoke, Datuk Lewre Lew dengan harapan memberi tumpuan khas kepada pasaran mewah.
"Kami membina Lewré Bespoke untuk mempamerkan bahagian runcit yang mewah. Kami mahu pelanggan kami datang ke Lewré Bespoke dan dapat pengalaman yang tiada tandingan di mana-mana sahaja di dunia,” ujar Lewre Lew ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai flagship pertama Lewre Bespoke Galleria, sebuah galeri seluas 3,600 kaki persegi di Jalan Maarof, Bangsar serta merasmikan rangkaian kasut Lewre di bawah koleksi 'The Gardeb of Eden'. baru-baru ini.
DARI Kiri: Adam, Tricia, Lewre, Suriani dan Garry Chua.
Pelancaran disempurnakan oleh Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP). Turut bersama, Adam Ham, Ahli Lembaga FINAS; Tricia Lew, Ketua Pegawai Eksekutif Lewre Bespoke dan Dato Seri Garry Chua, Bekas Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia.
Malah Lewre mempersembahkan penampilan pertama koleksi 'Garden of Eden' di hadapan Sultanah Hajjah Kalsom Binti Abdullah, Mantan Permaisuri Sultanah Pahang & Penaung Lewré Bespoke (gambar atas, tiga dari kanan).
Menurut Lewre, pelancaran kedai menandakan peristiwa penting yang akan terus memacu pihaknya untuk menerajui industri fesyen Malaysia pada skala antarabangsa.
“Kami berharap rancangan kami untuk menubuhkan lebih banyak kedai di negara ini dan di seluruh rantau akan memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat Malaysia dengan minda keusahawanan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mempamerkan bakat, kemahiran, dan dedikasi yang ditawarkan oleh usahawan Malaysia kepada dunia,” tambah Lewre.
Lewré telah lama ditubuhkan dan dikenali sebagai satu jenama yang berjaya, dengan produk yang dijual di kebanyakan pusat membeli-belah dan gedung serbaneka utama di seluruh Malaysia.
Memandangkan Lewré menyasarkan pada pasaran besar-besaran, Lewré Bespoke pula merupakan nama di bawah Lewré yang memberi tumpuan khas kepada pasaran mewah, yang disasarkan untuk pengguna yang menghargai penyesuaian dan eksklusiviti; sejajar dengan slogan kedai utama mereka, 'It’s very personal'.
Dilengkapi dengan pengimbas berteknologi tinggi dan teknologi AI, Lewré Bespoke Galleria mampu mendapatkan ukuran yang tepat untuk setiap pelanggan bagi menghasilkan sepasang kasut yang sempurna, buatan tangan untuk memenuhi setiap keinginan pelanggan.
Pelancaran kedai flagship ini selari dengan ulang tahun ke-25 jenama itu.
Sementara itu, Suriani dalam ucapan ringkasnya berpendapat, menubuhkan 100 kedai di seluruh negara dan rantau ASEAN bukan sahaja akan mempamerkan kecemerlangan jenama Malaysia tetapi juga akan membantu dalam memacu industri fesyen Malaysia ke hadapan; dan mewujudkan permintaan untuk usahawan Malaysia di seluruh dunia.
Selain itu, pelan ini selaras dengan visi Lewré untuk menjadi syarikat pengeluaran kasut bertaraf dunia yang mampu bersaing di antara jenama kelas tinggi pada skala antarabangsa dan menyumbang kepada agenda Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang keusahawanan.
“Saya faham bahawasanya dengan pelancaran kedai flagship ini, Lewré berhasrat untuk memacu lagi industri dengan menubuhkan 100 kedai di seluruh Asia menjelang 2025, yang akan meneroka dari Malaysia ke Australia, China, India, dan sebagainya.
“Ini akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di dalam pelbagai disiplin untuk peminat fesyen menimba pengalaman dan pengetahuan dalam industri, di samping mendorong jenama tempatan lain untuk berusaha dan membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara keusahawanan yang unggul,” ujar Suriani.
Lewré Bespoke mengutamakan peningkatan kemahiran industri fesyen secara keseluruhan, di samping menggalakkan usahawan Malaysia yang sedia ada dan akan datang untuk mencabar diri mereka dan menghasilkan karya yang akhirnya akan menjana permintaan yang luar biasa untuk jenama milik Malaysia di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web rasmi Lewré Bespoke: https://lewrebespoke.com/about-us/ atau KLIK DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan