MARIGOLD SUSU UHT, SUN LIFE MALAYSIA UMUM 23 PEMENANG BERTUAH HADIAH BERNILAI RM100K
SIAPA sangka niatnya membeli susu Marigold UHT sebagai gantian untuk anaknya minum susu dalam cawan membawa tuah apabila berjaya memenangi hadiah pertama berupa wang tunai RM20,000.
“Saya memang sering membeli susu Marigold sebab nak bagi anak minum dalam cawan memandangkan kalau minum susu tepong dia nak minum dalam botol,” ujar Nor Farahanom Nasil, 30, ketika ditemui selepas menerima mock up cek bernilai RM20,000 sebagai pemenang pertama Peraduan “Sahut Cabaran, Realisasi Impian” anjuran MARIGOLD Susu UHT dan Sun Life Malaysia yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Bandar Utama, Kuala Lumpur petang tadi.
Menurutnya, beliau menerima berita kemenangannya pada hari pertama tiba di Medinah untuk menunaikan umrah.
“Pada hari pertama saya kat Medinah, saya terima mesej mengatakan saya memenangi peraduan tersebut, Memang terkejut dan tak sangka sebab saya cuba je hantar penyertaan sebanyak tiga kali sahaja. Anak saya memang suka minum susu Marigold,” tambah pemenang bertuah berasal dari Kedah ini.
Nor Farahanom antara 23 pemenag bertuah peraduan tersebut yang menerima sambutan hangat dengan lebih 15,000 penyertaan dari seluruh negara sejak dianjurkan antara 1 September sehingga 31 Oktober 2022.
“Wang ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan perbelanjaan harian keluarga kami dan semestinya sebahagian besar akan diperuntukkan ke tabung pendidikan untuk anak-anak. Kami mengucapkan terima kasih kepada MARIGOLD dan Sun Life Malaysia atas sikap dermawan memberikan ganjaran ini,” tambah Nor Farahanom.
NOR Farahanom menerima hadiahnya dari Poh Eng Lip. |
Menerusi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM100,000, peraduan itu menyaksikan dua (2) pemenang utamanya, masing-masing membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM20,000 dan RM10,000.
Manakala enam (6) pemenang lain memenangi hadiah wang tunai RM5,000; dan 15 pemenang saguhati menerima peranti tablet iPad Air bernilai RM2,899 setiap satu.
Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung meriah dihadiri bersama oleh Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn Bhd, Poh Eng Lip; Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden/Ketua Negara, Sun Life Malaysia, Raymond Lew dan
Yap Jay Queen selaku Ketua Pemasaran Cotra Enterprises.
Terdahulu, pemenang diumumkan menerusi siaran langsung di platform Facebook dan Instagram ‘MARIGOLD UHT Milk’ pada 26 November 2022 sebelum penyampaian hadiah berlangsung.
Selain Nor Farahanom, pemenang hadiah kedua, Hillay Mohd Saad (gambar atas), dari Putrajaya menerima wang tunai RM10,000 manakala Kategori Hadiah Ketiga yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 dimenangi enam (6) pemenang bertuah:
- Wan Nasuha binti Wan Abdul Razak, Terengganu
- Mohamad Ikhmal bin Mohd Yassin, Negeri Sembilan
- Zarina binti Hamid, Kuantan
- Mohd Azharrudin bin Mohd Amin, Selangor
- Mohd Zulkhairi bin Abdullah, Sabah
- Ethan Ng Khai Yew, Selangor
WAN Nasuha, pemenang ketiga. |
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil MARIGOLD dan Sun Life Malaysia menerusi penyerahan replika cek kepada lapan (8) pemenang hadiah wang tunai.
Hadir sama, ahli keluarga dan rakan pemenang yang turut sama meraikan detik istimewa pada majlis tersebut.
“Kami memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang sentiasa menitikberatkan kesihatan dan pendidikan anak-anak mereka. Akses kepada nutrisi yang baik dan pendidikan berkualiti adalah jaminan kepada kemakmuran negara kita,” ujar Poh Eng Lip sambil memberitahu, peraduan dirangka khas sebagai platform menggalakkan ibu bapa menyedari potensi sebenar anak-anak mereka.
Sementara itu, Raymond Lew (gambar atas) dalam ucapan penghargaannya kepada pemenang berkata:
“Sebagai rakan kongsi insurans hayat dan takaful yang dipercayai, misi kami bukan hanya untuk membantu orang ramai mencapai sekuriti kewangan seumur hidup dan gaya hidup sihat.
“Kami juga komited membina negara yang lebih berdaya tahan. Kerana itu, kami percaya wujud keperluan untuk kita sama-sama menyokong generasi muda dengan sumber dan peluang yang betul supaya mereka menyedari potensi sebenar mereka. Kami berharap hadiah yang dimenangi hari ini akan menyediakan asas kukuh untuk mereka membina masa depan yang lebih baik.”
Majlis turut diserikan dengan penyerahan tanda penghargaan bertukar tangan bagi kedua-dua pihak Poh dan Lew sebagai tanda kejayaan kerjasama antara MARIGOLD dan Sun Life Malaysia dalam mempromosikan kemampanan komuniti untuk generasi muda masa depan.
Dalam pada itu, pemenang hadiah saguhati, Lai Kee Ming, 47, dari Sarawak mengakui cukup mudah untuk menyertai peraduan terbabit.
Katanya; “Keluarga saya memang penggemar Susu UHT MARIGOLD, maka, saya hanya perlu membeli lebih dari kebiasaan untuk menyertai peraduan ini supaya peluang untuk menang adalah lebih tinggi.”
Terbukti, usaha Lai berhasil apabila beliau terpilih antara 15 pemenang kategori saguhati yang membawa pulang peranti idaman Tablet iPad Air.
Berkongsi lanjut, Yap Jay Queen (kiri) meluahkan penghargaannya kepada semua rakyat Malaysia di setiap pelusuk negara kerana kesediaan mereka menyertai dan memberikan sokongan berterusan.
‘Menerusi kerjasama dengan Sun Life Malaysia, kami komited memberi ganjaran kepada pelanggan setia disamping mengharapkan peraduan ini dapat menggalakkan pengambilan susu setiap hari.
“Bagi menarik lebih banyak penyertaan, kami mempermudahkan syarat penyertaan yang mana peserta hanya perlu membeli mana-mana produk Susu UHT MARIGOLD: 1-Liter (1 pek), 200ml x 6 pek (1 set) atau 200ml x 3 pek (2 set), hantar resit rasmi pembelian mereka menerusi WhatsApp dan menjawab satu (1) soalan mudah.
Itu je, memang mudah kan? Bertuah mereka yang menang. Tahniah!
#SusuMarigoldUHT #SunLifeMalaysia #SahutCabaranRealisasiImpian #Peraduan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan