Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SERTAI CABARAN DI JELAJAH FIESTA BOLA SEPAK COKE-MCDONALDS, MENANG HADIAH MENARIK!


SEJAK
Temasya Piala Dunia FIFA 2022 edisi ke-22 bermula di Qatar pada 20 November 2022 lalu hingga 18 Disember ini, demam bola sepak terus hangat malah cakap cakap bola menjadi perbualan di bibir bibir peminat bola seluruh dunia.

Pendek kata, tidor bola, makan bola, mandi bola,,, begitu antara konotasi yang sering menjadi kata bual ramai.


Sehubungan itu, merancakkan lagi kehangatannya, minuman popular, Coca-Cola berkolaborasi dengan rangkaian kedai makanan segera yang tidak kurang dikunjungi ramai, McDonalds dalam menganjurkan Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke.



Berlangsung sejak 21 November hingga 4 Disember 2022, jelajah bermula di hadapan Lot 10 Bukit Bintang di mana orang ramai dijemput mencuba nasib menjaringkan gol yang dipertahankan oleh Robot Penjaga Gawang.


Selain daripada menjaringkan gol menentang Robot Penjaga Gawang Fiesta Bola Sepak, pelbagai  aktiviti lain disediakan  dimana banyak hadiah boleh dimenangi.


Sesiapa sahaja layak menyertai cabaran ini dengan menunjukkan resit pembelian Coca-Cola daripada McDonald’s dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti jersi Coca-Cola, topi, dan banyak lagi!.


Peserta cabaran berpeluang menjaringkan gol menentang Robot Penjaga Gawang Fiesta Bola Sepak dengan tiga tahap kesukaran. 


Lagi susah memburu gol, lagi lumayan hadiah-hadiahnya namun peserta perlu menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol untuk memenangi hadiah. 


Selain itu, terdapat Cabaran Menanduk Bola untuk peserta mencabar diri melompat setinggi mungkin sebelum menjaringkan gol mengatasi tandukan berbisa Ronaldo yang dicapai pada ketinggian 2.56 m. 


Sekiranya perserta berjaya berbuat demikian, mereka berpeluang memenangi hadiah yang lebih lumayan. 



Ada juga aktiviti lain yang boleh anda sertai secara percuma, sama ada berlawan bola sepak dengan PS5 atau berseronok dengan berlawan bola sepak meja Coke. 


Peserta dijemput untuk mengajak rakan-rakan bermain bersama atau mencabar pemain lain dalam siri perlawanan pendek. 


Anda perlukan suasana yang menarik untuk disiarkan di media sosial? 


Jangan bimbang, penganjur ada sediakan reruai foto untuk semua hadirin yang datang menangkap momen indah mereka dengan prop yang menghiburkan. 


Siarkan gambar anda di media sosial dan tag @cocacolamy beserta tanda pagar #myCokeFiestaTour untuk dapatkan minuman Coke Zero secara percuma.


Lebih menarik, Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke 2022 dengan dua buah Trak Coke bakal menjelajah ke seluruh Malaysia bermula dari 18 November hingga 11 Disember 2022. 



Selepas di Putrajaya dan Taman Equin, lokasi Trak Coke yang seterusnya adalah di Kajang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di Trak Coke bertempat di restoran McDonald’s Pandu-Lalu yang terpilih dari hari Jumaat sehingga Ahad. 


Sertai peraduan dan cabaran menjaringkan gol melalui sepakan penalti untuk memenangi hadiah yang hebat. 


Pengguna media sosial berpeluang memenangi satu unit PS5 dalam cabaran “Juggle for Glory” Instagram Filter. 


Untuk menambah peluang memenangi PS5, peserta hanya perlu mengimbas kod QR untuk mendapatkan Instagram filter masing-masing. 


Kemudian, dengan menggunakan filter tersebut, peserta perlu merakamkan video sedang menimbang atau menanduk objek yang muncul di atas kepala dan memuat naik video pada suapan (feed) masing-masing dengan hashtag #myCokeFiestaTour dan tanda pagar @cocacolamy. 


Hadiah yang ditawarkan untuk cabaran ini termasuklah 1 unit PS5, Jersi Coke, dan jersi rasmi FIFA.


Peraduan ini berlangsung dari 18 November hingga 19 Disember 2022. 


Layari https://cokefiestatour.com/ untuk mengetahui tentang peraduan ini dengan lebih lanjut atau KLIK SINI



Bukan itu sahaja, terdapat kempen kitar semula yang dijalankan seiring dengan aktiviti dimana hadirin yang datang akan menerima setin air coke apabila mengitar semula 3 tin kosong atau botol plastik. 


Kempen kitar semula ini sedang berlangsung sejajar dengan Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke dan di lokasi Trak Coke di cawangan McDonald’s terpilih.


Kak Fas berpeluang mencuba sepakan bola di Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke 2022 yang   bertempat di McDonalds Taman Equine baru-baru ini.


Walau pun hujan ketika itu tetapi sebaik sahaja reda, ramai anak-anak muda yang mencuba nasib menendang bola ke gawang kotak gol yang disediakan. 


Nampak senang tetapi susah juga nak masuk gol… apa pun selepas beberapa kali mencuba dapat juga Kak Fas menendang bola… Yeah GOL!!!


Belum cuba belum tahu kan? Seronok juga tau… jom cari Trak Coke di restoren McDonalds berdekatan anda!


Ikuti McDonald’s di laman sesawang https://www.facebook.com/My.McDonalds/ untuk mengetahui lokasi Trak Coke yang seterusnya!




#CocaCola #JelajhFiestaBolaSepakCoke #TrakCoke #McDonalds #PialaDuniaFIFA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan