FUJIFILM LANCAR KAMERA DIGITAL TANPA CERMIN X-S20 & LENSA FUJINON
FUJIFILM Malaysia Sdn Bhd (FUJIFILM) melancarkan dua produk keluaran terbaharunya baru-baru ini meliputi kamera digital tanpa cermin 'FUJIFILM X-S20’ bersama “Lensa FUJINON XF8mmF3.5 R WR” (XF8mmF2.5 R WE).
Kedua-dua produk ini dijangka akan berada di pasaran pada penghujung bulan ini.
"X-S20 menawarkan kualiti imej premium dan mudah alih canggih, memenuhi pelbagai gaya penggambaran daripada potret diri kasual kepada fotografi dan videografi yang lengkap," ujar Pengarah Urusan FUJIFILM, Kensuke Aragane pada majlis pelancaran kedua-dua produk tersebut.
Mendahului penerangannya terhadap kamera X-S20, Aragane memberitahu, X-S20 menawarkan kualiti imej premium dan mudah alih canggih, memenuhi pelbagai gaya penggambaran daripada potret diri kasual kepada fotografi dan videografi yang lengkap.
“X-S20 adalah kamera digital tanpa cermin yang dilengkapi dengan sensor 26.1MP bercahaya belakang 'X-Trans CMOS 4' dan enjin pemprosesan imej berkelajuan tinggi 'X-Processor 5' untuk menghasilkan kualiti imej yang tinggi.
“Ia menampilkan cengkaman besar tandatangan Siri X untuk kestabilan pegangan tangan. Penggunaan bateri berkapasiti tinggi baharu telah menggandakan bilangan bingkai yang dapat diambil, lebih kurang 800 berbanding model sebelumnya.
Badannya yang padat dan ringan, dengan berat hanya 491 gram menjadikannya selesa untuk digunakan walaupun waktu penggambaran yang lama,” tambah Aragane.
X-S20 menyokong rakaman video secara dalaman dan mempunyai bicu mikrofon/fon telinga 3.5mm untuk menyambungkan aksesori luaran untuk menjalankan rakaman video sepenuhnya.
Tambahan pula Vlog Mode baharu memudahkan untu menghasilkan Vlog apabila kamera digabungkaan dengan cengkaman tripod.
Antara ciri-ciri produk:
- Mencapai kualiti imej tinggi dan AF berprestasi tinggi dengan penderia imej 26.1MP dan enjin pemprosesan imej berkelajuan tinggi terkini.
- Menggabungkan bateri berkapasiti tinggi dan mekanisme IBIS berprestasi tinggi ke dalam badan yang padat dan ringan untuk kemudahan dan keselesaan.
- Rakaman video 6.2K/30P dan fungsi video meluas lain.
“Fujifilm akan terus berkomunikasi dan menyebarkan kegembiraaan fotografi melalui kamera tanpa cermin Siri X dengan penderia APS-C, barisan kanta berkualiti premium termasuk FUJINON Lens XF8mmF3.5 R WR dan aplikasi khusus, Fujifilm XApp,” umum Aragane.
Jelasnya, XF8mmF3.5 R WR ialah lensa utama sudut ultra lebar (UWA) dengan panjang fokus 8mm (bersamaan dengan 12mm dalam format filem 35mm), yang terluas antara semua Lensa XF Fujifilm.
Ia mempunyai sudut tontonan 121 darjah menyerong dan 112 darjah mendatar.
Walaupun penglihatan manusia dikatakan mempunyai pandangan sudut lebar, medan visual yang berkesan untuk kawasan yang boleh diperhatikan oleh seseorang dengan jelas adalah terhad pada sekitar 60 darjah (*1). Sudut pandangan untuk Lensa UWA 8mm (bersamaan dengan 12mm dalam format filem 35mm) menangkap maklumat dari kawasan kira-kira dua kali ganda medan visual yang berkesan, di luar apa yang boleh dikenali oleh penglihatan manusia.
Penyampaian visual dari sudut ke sudut yang jelas dapat direalisasikan dengan penggunaan optik unik reka bentuk Fujifilm.
Lensa UWA dipercayai meminggul maklumat yang luas dan terperinci, contoh, dahan dan daun pokok di hutan belantara atau hiasan yang luas butiran di katedral atau kuil yang megah.
Reka bentuk padat lensa memberikan kemudahan, membenarkan pengguna untuk menikmati dunia fotografi UWA secara santai.
Bercakap tentang aspek teknikal produk, Aragane berkata:
“XF8mmF3.5 R WR adalah Lensa UWA yang berprestasi cemerlang, terdiri daripada 12 elemen lensa dalam sembilan kumpulan termasuk tiga unsur asfera dan dua unsur ED. Panjang fokus UWA iaitu 8mm (bersamaan dengan 12mm dalam format filem 35mm) dengan sudut tontonan pepenjuru 121 darjah adalah sesuai untuk menangkap maklumat besar dalam fotografi landskap atau merasakan pengalaman perspektif unik UWA untuk kemasan dramatik. Dengan ini, kita harus mengenali bahawa penangkapan hamparan luas dunia dengan kejelasan sudut ke sudut disumbangkan oleh prestasi penyelesaian imej Fujifilm yang luar biasa.”
Beliau seterusya menghuraikan bahawa XF8mmF3.5 R WR yang berukuran 52.8mm panjang dengan berat 215g mempunyai saiz benang penapis serba boleh sepanjang 62mm walaupun merupakan Lensa UWA.
“Reka bentuk yang padat dan ringan menjadikannya ideal sebagai walkaround lensa dengan pelbagai aplikasi termasuk landskap, seni bina, syot pantas dan fotografi percutian. Di samping itu, saiz benang penapis serba boleh sepanjang 62mm membolehkan fotografi landskap diperkaya, genre popular untuk lensa UWA, dan menampung penggunaan pelbagai penapis dalam syot pantas pendedahan panjang dan fotografi percutian,” tambah Aragane.
Antara ciri-ciri produknya pula:
- Sudut terluas lensa utama yang memanjangkan barisan lensa sudut lebar Fujifilm
- Reka bentuk padat yang membawa dunia UWA untuk digunakan walkaround.
- Tahan habuj dan cuaca serta mampu beroperasi pada suhu serendah - 10℃
Jadi, jika anda seorang jurugambar profesional, bolehlah cuba produk terbaharu keluaran Fujifilm ini agar memperoleh gambar yang lebih cantik dan bernilai tinggi.
Nak tahu lanjut mengenai spesifikasi sepenuhnya atau maklumat lanjut boleh layari www.fujifilmholdings.com.
#FujiFilmMalaysia #XS20 #ExploreTheUnseenWorld #LensaFujinon #Kamera #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan