Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

UMRAH MUKIM 80 HARI PILIHAN AARON AZIZ, PELUANG BERADA DI BUMI MEKAH LAMA SAMBIL TAMBAH ILMU


BAYANGKAN
dengan harga serendah RM19,980, anda berpeluang mengerjakan umrah selama 80 hari di tanah suci Mekah. Siapa tidak mahu kan?


Barangkali ini hadiah terbaik dapat diberikan oleh anak-anak atau kaum keluarga mahu pun diri sendiri yang berhajat menunaikan umrah pada empat bulan utama bermula bulan Rejab, Syaaban, Ramadan dan Syawal.


“Sesiapa yang menempah pakej Umrah Mukim 80 Hari (UM80) yang dilaksanakan oleh Persada Global Holidays (PGH) ini pasti akan puas hati dan menjadi kenangan terindah seumur hidup,” ujar pelakon prolifik kelahiran Singapura, Dato Aaron Aziz ketika ditemui pada majlis pelancaran Pakej Umrah Mukim 80 Hari sekali gus acara  menandatangi Memorandum Kerjasama dengan MH Amal dan Klinik As-Salam, bertempat di Hotel TH, Kelana Jaya baru-baru ini.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Persada Global Holidays, Hj Muhammad Shahir; Ketua Pegawai Eksekutif "Salam Alliance" (Klinik As Salam), Dr Azfar Husin;  Pendakwah Imam Muda Hassan dan Dr Abdul Razak Mutalib  selaku Juru Latihan Profesional.



Menurut Aaron yang pernah membawa keluarga tunaikan umrah di bawah syarikat PGH, jemaah akan merasa puas dapat beribadah di tanah suci sepanjang 80 hari tersebut.


“Memang satu pengalaman yang sukar digambarkan. Dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh PGH pun memuaskan dan sebab itu kenapa saya selalu merujuk pada PGH setiap kali nak ke Tanah Suci,” tambah Aaron sambil memberitahu jemaah akan turut dibawa ziarah ke tempat menarik seperti Taif, Badar dan juga Al Ula.


Mungkin anda akan tertanya-tanya jika sampai 80 hari apa itenerarynya? Padat ke? Pergi ke mana lagi? Ada ziarah ke?


“Selain ibadah umrah wajib sebanyak tiga kali, jemaah turut berpeluang mengikuti program pengajian bermodul seperti daurah (kelas) tafsir, hadis, sirah, program iktikaf ramadhan dan pelbagai lagi, bagi memberi nilai tambah dari aspek kerohanian kepada setiap peserta,” ujar Hj Mohammad Shahir,


Bahkan katanya, pakej UM80 membuka ruang kepada rakyat Malaysia bukan sahaja dapat menetap lebih lama di Arab Saudi, malah berpeluang mendalami ilmu agama dibarisi tenaga pengajar berpengalaman yang dibawakan khas. 


“Pakej istimewa ini merupakan kesinambungan dan penambahbaikan daripada Pakej Umrah Iktikaf Ramadhan yang merupakan program umrah tahunan dan sentiasa mendapat sambutan yang memberansangkan anjuran PGH,” tambah Mohammad Shahir sambil memberitahu tempoh panjang itu juga memberikan jemaah peluang merai serta mengimarahkan Ramadan.



Disasarkan untuk mereka yang sentiasa mencari peluang mendalami ilmu agama, golongan pesara atau yang mempunyai kelapangan masa selain mempunyai keinginan untuk menelusuri budaya dan sejarah orang Arab di sana, pakej UM80 menyediakan perkhidmatan tambahan seperti pasukan medik dan bantuan perubatan khas bagi memastikan soal kesihatan dan keselesaan para jemaah terjaga.


Bersempena dengan pelancaran UM80, majlis turut menjalinkan hubungan bersama Klinik As Salam selaku penasihat perubatan rasmi dengan menandatangani memorandum kerjasama bagi musim umrah 1445H (2023/2024). 



Dan sebelum berakhir, tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari  Ikhwan Fattana.


Untuk rekod, selaku sebuah syarikat pengendali umrah yang berpengalaman lebih 10 tahun, PGH sentiasa berusaha sebaik mungkin bukan sahaja untuk memberikan perkhidmatan terbaik, malah turut menitikberatkan pengalaman perjalanan umrah yang bermakna dengan pengisian ilmiah yang meransang pembentukan rohani para jemaah. 


Maklumat lanjut berhubung tarikh perjalanan serta pakej lain yang di bawah PGH boleh diperoleh melalui laman web rasminya di  www.persadaglobal.my atau laman sosial rasmi Persada Global Holidays di Facebook, Instagram, Tiktok, serta Youtube. 



#PakejUmrahMukim80Hari #AaronAziz #DutaPersadaGlobalHolidays  #Umrah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan