Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG TONTON FILEM THAI PERCUMA PADA FESTIVAL FILEM THAILAND MULAI 14 JULAI!


SAWADIKAP
!


Selepas hampir tiga tahun tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, Festival Filrm Thailand di Malaysia kembali dengan lima buah filem terbaik negara ‘gajah putih’ itu pada bulan Julai depan.


Lima filem yang terpilih untuk ditayangkan percuma di empat pawagam GSC di Kuala Lumpur dari 14 hingga 16 Julai menampilkan filem pelbagai genre seperti  ‘Faces of Anne’ (sebuah thriller psikologi), ‘Love Destiny the Movie’ (sebuah romantic komedi), ‘Fast and Feel Love’ (sebuah filem komedi unik), ‘Haunted Universities Semester 2’ (filem seram), dan ‘Friend Zone’ (rom-com).


“Bertemakan ‘Bridging Thainess to International Audience’, Festival Filem Thailand ini diteruskan susulan kejayaan dua festival sama sebelumnya sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2017 dan kemudian pada tahun 2019,” ujar Duta Thailand ke Malaysia, Lada Phumas pada sidang media Festival Filem Thailand 2023 yang berlangsung di Kedutaan DiRaja Thailand, Jalan Ampang, baru-baru ini.


Majlis turut menyaksikan acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kedutaan DiRaja Thailand dengan syarikat pengedar filem tempatan, Suraya Filem & Distribution (SFD) bagi mengukuhkan kerjasama membabitkan filem, kandungan dan produksi Thai antara dua negara.


MoU disempurnakan bersama oleh oleh Pengarah Urusan SFD,  Shures Ratnakrishnan (kiri) dan Lada Phumas.



Turut hadir mantan Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia (2009-2013), Datuk Kohilan Pillay (kanan) sebagai Penasihat Suraya Filem.


Menurut  Lada Phumas seterusnya, dengan kembalinya Festival Filem Thailand di Malaysia ia memberi peluang kepada peminat filem Thai untuk mengenali negara itu dengan lebih dekat dari segi budaya, sosial dan kesenian rakyatnya.


“Bagi memeriahkan lagi festival, tiga pelakon dari dua buah filem yang terpilih akan diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk bertemu peminat pada majlis Tayangan Khas filem “Faces of Anne” yang akan berlangsung pada 13 Julai di pawagam GSC Mid Valley,” tambah Lada Phumas.


FOTO: Ruffey Dean (wajibtonton).


Tiga pelakon terbabit adalah pelakon lelaki dari filem ‘Love Destiny The Movie’, Paris Intarakomalyasut bersama dua pelakon wanita filem ‘Faces of Anne’ iaitu  Praewa Suthampong dan  Jennis Oprasert.



Jelas Lada lagi, pada hari berkenaan, sebagai tanda penghargaan kepada Kelab Peminat Thai di Malaysia, mereka diberi peluang mendekati tiga pelakon berkenaan secara dekat dalam sesi  eksklusif ‘Meet & Greet’.


Bagaimana pun, pendaftaran awal untuk sesi berkenaan perlu ditempah terlebih dahulu memandangkan ia terhad kepada 80 orang sahaja di mana mereka turut berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti disediakan termasuk bergambar bersama artis kesayangan masing-masing.



Untuk pendaftaran, mereka perlu mengemukakan nama dan maklumat peribadi kepada borang yang disediakan di https://forms.gle/TvsfBEJv5FTreriG6  pada 5 Julai 2023. Lebih mudah klik DI SINI.


Lapan puluh pendaftaran pertama sahaja akan diumumkan layak menerima undangan dan mereka akan dimaklumkan melalui emel atau periksa nama masing-masing yang akan disernaraikan  dalam laman facebook Royal Thai Embassy pada 7 Julai 2023.


Jadi siapa cepat, dia dapat ya! 


KOKPUNKAP!



Kak Fas: Harus tonton, suka filem-filem dan drama Thai waima menantu lak orang Chiangmai gitu.


#FestivalFilemThai #KedutaanDiRajaThai #PawagamGSC #FacesOfAnne #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan