Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KEM BADMINTON ASTRO KASIH KINI TERBUKA. ANAK-ANAK 10 HINGGA 12 TAHUN BOLEH MEMOHON!


ADAKAH
anda seorang pemain badminton profesional, amatur atau pun sekadar hobi dan suka-suka sahaja disebabkan oleh minat.


Dalam apa kategori sekali pun, jika ada mempunyai anak-anak berusia antara 10 hingga 12 tahun  yang minat dengan sukan badminton, tentu suka apabila mendapat peluang berlatih di bawah pemain kebangsaan kan?

Kini peluang itu terbuka apabila Astro Kasih meneruskan komitmennya ke arah memperjuangkan sukan tempatan dengan kembalinya Astro Kem Badminton 2023 (AKB 2023).

Iya, AKB 2023 dianjurkan bertujuan memberi peluang keemasan kepada pemain muda masa depan untuk ditemui, dilatih dan diasuh oleh pemain kebangsaan Malaysia sendiri yang menjadi jurulatih profesional.

AKB 2023 terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 10 hingga 12 tahun (lahir antara 1 Januari 2013 dan 31 Disember 2011, kedua-duanya termasuk tarikh) pada 2023. 

Kem Pemilihan diadakan di lima negeri, iaitu di Sarawak, Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula dari 17 Jun 2023 ini.

Terbaik kan peluang itu? 

Jadi jika tak nak terlepas apa kata pradaftar sekarang untuk peluang anda dilatih oleh jurulatih profesional dan bertemu legenda negara. 

Jangan risau jika slot dah penuh anda boleh sahaja ‘walk-in’ pada setiap tempat yang berdekatan bermula jam 8 pagi dan seterusnya. 

Cepat…Daftar percuma sekarang di https://www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau lebih mudah KLIK SINI.

Bila dah pandai main nanti baharulah orang kata 'bapa borek, anak rintik' atau 'ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi' ya tak?



#AstroKemBadminton2023 #AKB2023 #Berlatih #PemainBadmintonProfesional 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan