Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RASAI KEENAKAN KELAINAN AYAM GORENG 'CHIKING' BERPERISA 'FUSION' DIBAWA KHAS DARI DUBAI!


JIKA
disebut jenama makanan seperti KFC, Nandos, Texas Chicken atau McD dan Marrybrown sekali pun, sudah tentu ramai yang maklum mengenai rangkaian restoren ayam goreng terkenal itu.


Bagaimana pula dengan ChicKing? Pernah makan tak di restoren berjenama itu?


Barangkali bagi mereka yang sering ke luar negara khususnya ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu, nama ChicKing tentu tidak asing lagi waima jenama ini ditubuhkan pada 2000 di negara Arab itu oleh pengasasnya, A.K. Mansoor.


Sejak penubuhan itu, jenama tersebut telah berkembang menjadi sangat popular di lebih 35 buah negara dengan lebih daripada 265 cawangan dibangunkan.


Sejujurnya Kak Fas sendiri baharu diperkenalkan dengan ChicKing apabila menerima undangan pembukaan cawangan pertamanya, terletak di Jalan Bukit Bintang baru-baru ini.


“Dengan pembukaan kedai pertama ini kami menawarkan pelabur berpotensi untuk menjadi Francaisi  ChicKing,” ujar Datuk Mohd Ridzuan Abdullah selaku Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia atau ringkasnya IKHLAS merangkap Penasihat Korporat  Malabar Junction Global Resources (MJGR - syarikat pemegang francais ChicKing di Malaysia),  pada pelancaran restoren ChicKing di Jalan Bukit Bintang berkenaan.



Turut hadir Pengerusi dan pengasas ChicKing, Encik A.K Mansoor; Encik Ajman Mohamad, Pengarah Urusan  MJGR; Encik Mujib Rahman, Pengarah Operasi MJGR; Encik Abdul Kader Syed Mohamed,  Pengarah Pemasaran MJGR serta ahli-ahli Lembaga Pengarahnya, Encik Abdul Nasser,  Encik Mohammad Badushah dan Encik Mujib Rahman.


Dari kiri: Nasser, Ajman, Abdul Kader, Ridzuan, Mansoor, Mohammad Badushah dan Mujib Rahman.


Berkongsi lanjut, Mohd Ridzuan memberitahu, permohonan untuk menjadi pelabur ChicKing dengan bantuan modal permulaan dan latihan diberikan kepada sesiapa yang berminat di mana ChicKing sasar membuka 10 cawangan di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini namun tumpuan akan terlebih dahulu diberikan kepada kawasan Lembah Klang.


“Untuk cawangan yang dibuka di Bukit Bintang ini menelan pelaburan sebanyak RM600,000 namun  kos ini tidak sama kerana ia bergantung pada lokasi ChicKing itu beroperasi kelak” sambung Abdul Kader menjawab pertanyaan media seterusnya.


Menurut beliau, pada keseluruhannya ChicKing mensasarkan pembukaan 100 cawangan di  seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.


Ditanya kelainannya ChicKing berbanding ayam goreng sedia ada, Abdul Kader memberitahu, resepi yang diterapkan pada masakan diperbuat khas menggunakan herba dan rempah ratus berkualiti terbaik.



“Ia satu resepi ‘fusion’ yang menggabungkan rasa Arab dan Oriental sesuai dengan selera masyarakat setempat,” tambah beliau.


Sementara itu, sebagai pengasasnya, A.K. Mansoor berharap ‘ChicKing’ mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejajar dengan objektifnya menjadi jenama restoran perkhidmatan pantas antarabangsa Halal (QSR) sepenuhnya yang pertama. 


“Terkini, kami melayani lebih daripada 20,00,000 pelanggan yang benar-benar setia dan yakin setiap bulan secara global,” ujar Mansoor sambil memberitahu, konsep Chicking® direka bentuk untuk mudah disesuaikan dengan pelbagai ruang runcit dan boleh digunakan dengan sempurna dalam kebanyakan tetapan seperti medan selera, restoran makan di dalam, kiosk, kemudahan kendiri atau pandu lalu.


Menu ChicKing menampilkan pelbagai jenis seperti ‘signature dish' nya iaitu  Ayam Original (tidak pedas), Ayam Goreng (Pedas) dan  Ayam Bakar.


Selain itu, disempurnakan dengan Nasi Briyani, Chicken Strips.  Mexita, Crunchy Supreme Burgers, Royal Wraps, Taco Wrap dan Chicken Bites termasuk Fries berperisa  Tandoori, Pinoy BBQ, Hot Wings, Double Crunchy, Soho Rice dan Chicking Peri-peri dihidangkan Separuh/Penuh dengan 4 Sos istimewa antaranya sos bawang putih yang memang lazat Kak Fas rasa.


“Walaupun rangkaian itu menyediakan pelbagai produk selain daripada ayam goreng, termasuk ayam panggang, ayam peri-peri, burger, bungkus, piza, pencuci mulut dan banyak lagi, Chicking memastikan pematuhan kepada pelbagai garis panduan halal setiap wilayah di mana ia beroperasi. Ini adalah kelebihan yang kami ada berbanding pesaing kami," jelas Mansoor.


Dengan pembukaan cawangan pertamanya di Malaysia, Chicking kini berada dalam peringkat pengembangan global dengan harapan lebih banyak negara dan benua dapat diterokai.


“Sebagai sebahagian daripada rancangan itu, kami menumpukan pada segmen francais. Bahagian pengurusan francais global kami dicipta semata-mata untuk mengurus agenda global Chicking. Kami menawarkan kos pelaburan yang rendah kepada bakal pemegang francais dan ROI yang tinggi dan telus,” akhiri Mansoor.


Untuk rekod, terkini, francais itu terdiri daripada lebih 150 cawangan, tersebar di lebih 17 negara, termasuk Arab Saudi, Oman, Maghribi, Afghanistan, Indonesia, Maldives, India dan Malaysia.


Ia juga telah dibuka di Australia dan New Zealand, malah pada masa hadapan ia berharap untuk membangunkan kehadiran yang lebih kukuh di benua Eropah dan Afrika.



Jadi jika anda nak merasai keenakan ‘ChicKing - Its My Choice’, segera ke cawangan pertamanya yang kini telah dibuka beralamat di No, 87 Jalan Bukit Bintang. Ia mampu memuatkan kira-kira 54 orang pelanggan dalam satu-satu masa sekali gus dan dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 2 pagi.


Buat permulaan, ada lebih kurang 20 pilihan menu yang boleh dipilih termasuk minuman pada harga mampu milik malah ada juga menu 'Rahmah' pada harga serendah RM5.



Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi talian restorannya - 016-235 4263. 



#ChicKing #MakananSegera #ItsMyChoice #ArabSaudi #BukitBintang #Fusion #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan