Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PJ LOVE U' - MBPJ SAMBUT ULANG TAHUN KE-17 PENUH GILANG GEMILANG SELARAS IMEJ 'KOTA SENI'


PJ LOVE U” … begitu bunyinya tema bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-17 Petaling Jaya sebagai bandar raya yang disytiharkan pada 20 Jun 2006.


Sehubungan itu, perasmian sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-17 dianjurkan penuh meriah dengan lokasi berlangsungnya majlis di Laman MBPJ, di hadapan Ibu Pejabat MBPJ di Jalan Yong Shook Lin serta persekitarannya bermandikan cahaya kerlipan lampu hiasan menarik.


Sejujurnya ini pertama kali Kak Fas berpeluang bersama meraikan sambutan ulang tahun Petaling Jaya  atau lazim disebut ‘PJ’ sahaja, waima sudah lama dan jarang Kak Fas sempat menjejakkan kaki lama sekitar PJ jika tiada hal.



Jadi, apabila menerima undangan untuk ke sambutan ulang tahun PJ ke-17, tergerak pula hati nak melihat pembangunan PJ apatah lagi dengan komitmen Kerajaan Selangor untuk terus membangunkan PJ sebagai ‘Kota Seni’ bagi meningkatkan penglibatan sektor ekonom kreatif tempatan ke peringkat lebih tinggi.


“Pemilihan lokasi ini selaras dengan hasrat Majlis menghidupkan persekitaran Pusat Bandar Seksyen 52 dan seterusnya mempergiatkan usaha mempromosi Bandar Raya Petaling Jaya sebagai Kota Seni,” ujar Exco Pelancongan & Alam Sekitar Negeri Selagor, Hee Loy Sian dalam ucapan perasmianya pada majlis sambutan ulang tahun ke-17 Petaling Jaya baru-baru ini.



Turut hadir Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir; Yang DiPetua Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abdul Hamid Hussin; Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid dan ramai lagi.


‘Pada tahun ini Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan jumlah peningkatan pelancong melebihi 3.5 juta berbanding 3.3 juta tahun lalu dengan kenaikan sebanyak 5%,” tambah Loy Sian.


Jelasnya lagi, pada masa sama Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan aplikasi ‘Go Selangor’ yang telah menerima seramai 1,947 pengguna yang memuat turun aplikasi ‘Go Selangor’ dengan jumlah akses sebanyak 6,820.



Sementara itu, Mohamad Azhan dalam ucapan aluannya menyambut ulang tahun Petaling Jaya buat kali kedua, mengimpikan bandar raya terkemuka Selangor ini akan dikenali bukan saja di Malaysia, malah luar negara. 


“Selain mengimpikan Petaling Jaya dikenali sebagai Kota Seni yang penuh dengan aktiviti kebudayaan dan pelancongan, saya berharap MBPJ menjadi Pihak Berkuasa Tempatan yang memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Petaling Jaya dan menjadi contoh atau model kepada agensi kerajaan, mahu pun swasta. 


“Kenalilah Petaling Jaya ini sebagai satu bandar raya yang maju, pintar, mampan dan berdaya tahan menjelang 2030 nanti,  selaras pelan ‘blue print’ 'Petaling Jaya Smart, Sustainable and Resilent’ 2030 (PJSSR2030),”  katanya, seraya mengalu-alukan kehadiran pengunjung dalam dan luar negara, selain penduduk dan komuniti Petaling Jaya. 



Untuk rekod bandar raya PJ telah diiktiraf sebagai 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2022 dan dinobatkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik di Malaysia bagi sistem Penaragan Bintang pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2022.


“Malah MBPB sekali lagi telah berjaya mengekalkan staus 5 bintang dengan markah tertinggi 98.32% di kalangan 155 PBT di Malaysia dan memperoleh peniliaan tertinggi bagi 3 kriteria melibatkan perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan penduduk/pandangan penduduk,” jelas Mohamad Azhan.



Terdahulu pada tahun 2019, MBPJ telah mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai sepuluh pemenang Anugerah Bandar Pembelajaran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam bidang Pendidikan Sains dan Kebudayaan bersama-sama sembilan bandar raya lain dari seluruh dunia.


Mohamad  Azhan memberitahu,  sambutan tahun ini meliputi pelbagai program berbentuk jualan dan pameran, pertandingan dan kejohanan, sumbangan, dan perkhidmatan percuma yang dirangka Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi mendekatkan diri dengan komuniti setempat. 



Kemuncak sambutannya  pada majlis perasmian menyaksikan persembahan istimewa oleh dua penyanyi Indonesia, Firman dan Nabila Maharani serta diserikan lagi dengan penyanyi tempatan iaiitu Aliff Aziz, Neeta Manis dan Sarah Suhairi termasuk Mr 5k.



Dan sebagai simbolik hari pengisytiharaan rasmi Petaling Jaya sebagai bandar raya, MBPJ memberi penawaran percuma bagi penggunaan tempat letak kereta, kolam renang, gelanggang badminton dan tenis, selain 300 pendaftaran perpustakaan dan pemberian 1,000 anak pokok. 



Buat julung kalinya juga pada malam perasmian diadakan pertandingan bagi acara perarakan, membabitkan kategori Agensi/ Badan Kerajaan, Badan Korporat, Majlis Perwakilan Penduduk/ Persatuan dan Pusat Pengajian Tinggi (Universiti/ Kolej) yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,500, selain sijil dan hadiah iringan. 


Seramai  18 pasukan menyertai perbarisan dengan mempersembahkan kreativiti masing-masing di mana Pemenang Keseluruhan Terbaik menerima hadiah wang tunai RM3,000, manakala pemenang tempat pertama diperuntukkan RM1,500, diikuti kedua  RM1,000 dan ketiga, RM500



Pelaksanaan program juga, menurut Mohamad Azhan tertumpu di Taman Bandaran Kelana Jaya, The Spine, Dewan D’Kelana, selain lokasi utama di Laman MBPJ, Dataran Boulevard dan Pusat Bandar Seksyen 52


Memang happening habis pada malam tersebut sehingga Kak Fas pun sanggup tunggu sehingga acara selesai sehingga dihangatkan lagi dengan kemunculan Nabila dan Firhan mengakhiri malam penuh gemilang ulang tahun MBPJ ke-17 itu.


Selamat Ulang Tahun MBPJ!



#MBPJ  #NabilaMaharani #Firnan #AlifAziz #Indonesia #KotaSeni #UNESCO #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan