Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT LAGENDA ROCK VOL 1 GABUNGKAN 4 ROCKERS - MAY, RUSTY BLADE, XPDC & BABYLON BERKONGSI PENTAS 16 JULAI!


GENRE
muzik kegemaran Kak Fas lebih kepada balada, rock sentimental atau r&b mahu pun ‘jazzy’.


Dan apabila sebut muzik ‘rock kapak’ yang terkenal dengan ungkapan  dalam bahasa Inggeris  seperti ‘We Rock You’ atau ‘Lets Rock The World’ serta beberapa lagi frasa lain, Kak Fas secara jujurnya akui ia bukanlah muzik kegemaran diri ini yang berhati sedikit ‘jiwang’.


Pun begitu tidak bermakna Kak Fas tidak mengenali atau peka dengan nama-nama band rock terkenal seperti Kumpulan May, XPDC, Rusty Blade mahu pun Babylon yang terkenal pada era 80-an dan awal 90-an.


Malah,  tidak dinafikan sehingga kini dengan lahirnya pelbagai lagi genre muzik, ROCK ternyata tidak pernah tenggelam waima kumpulan-kumpulan rock terawal sudah boleh bergelar lagenda sama seperti penyanyi-penyanyi solo era sama.


Menghidupkan kembali muzik ‘rock’ agar terus menghangatkan industri muzik perdana, empat rockers lagenda yang Kak Fas sebutkan pada perenggan atas tadi akan berkongsi satu pentas pada konsert yang dinamakan ‘Konsert Lagenda Rock Vol. 1’.


Anjuran Mutiara Optimum Sdn Bhd, konsert julung kali menggabungkan empat lagenda rock itu akan berlangsung di Megastar Arena Sg Wang, Kuala Lumpur, pada 16 Julai 2023 nanti.


"Kami di Mutiara Optimum Sdn Bhd., sangat berbesar hati dan bangga untuk membawakan Konsert Lagenda Rock Vol. 1 apatah lagi ini adalah ‘perkahwinan’ pertama kali keempat-empat kumpulan rock legenda yang cukup berpengaruh ini akan bermain di atas satu panggung. Saya sangat bersyukur apabila XPDC, Rusty Blade, May, Babylon member persetujuan untuk konsert in dilaksanakan,” ujar  Nurul Amira (gambar bawah, tengah) mewakili Pengarah Urusan Mutiara Optimum Sdn Bhd, Mohd Izwan Shah Sahrom pada sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Yakin akan mendapat sambutan hangat dari peminat rockers yang rindukan lagu-lagu popular keempat-empat kumpulan rock terbabit, Nurul memberitahu, pembelian tiket berdasarkan ‘early bird’ berpeluang memperoleh diskaun sebanyak 15 peratus daripada harga asal RM288.


Konsert Lagenda Rock Vol. 1 kelak akan menjadi pentas pertama buat XPDC beraksi dalam skala besar selepas vokalis mereka, Mael, meninggal dunia pada 27 April 2023 lalu.


Meskipun allahyarham  tidak bersama XPDC, perjuangan serta empayar kugiran akan diteruskan namun repoiture lagu seperti 'Titian Perjalanan' dan 'Aku Masih Di Sini', 'Apa Nak Dikata' dan 'Semangat Yang Hilang' pasti akan membangkit nostalgia buat arwah,” ujar penyanyi XPDC, Ali (gambar bawah, dua dari kanan) sambil berpendapat apalah ertinya rock atau metal dan sebuah konsert tanpa kugiran berprolifik seperti XPDC.



Itulah juga jelas Ali, antara fakta yang membuatkan XPDC perlu teruskan perjuangan dan menerima undangan untuk tampil pada Konsert Lagenda Rock Vol. 1 berkenaan.


Sementara itu, kumpulan Rusty Blade yang mempunyai vokalis yang tidak kurang hebat vokalnya, Yantzen, turut yakin kemunculan mereka kelak akan mengubati rindu peminat mereka.


Rusty Blade masih lagi mengekalkan anggota asal kecuali tempat Man Karen yang kini di ganti oleh orang lain, dimana peminat pun ramai yang mengetahui bahawa Man Karen kini kurang sihat, namun begitu ia tidak sedikit pun mematahkan semangat kami”, ujar pemain dram kumpulan Rusty Blade, Azizan Abu Bakar (gambar bawah, kiri) sambil memberitahu vokalisnya, Yantzen tidak dapat hadir pada sidang media.



Bersama XPDC dan Rusty Blade, kumpulan May serta Babylon juga melahirkan rasa teruja untuk beraksi khas buat peminat mereka.


Pada sidang media tersebut, kumpulan May turut memperkenalkan penyanyi utama mereka, menggantikan Muss selepas pengundurannya pada 2020 lalu, iaitu Kelvin Thein, 29 tahun (gambar bawah, dua dari kanan).


Jejaka berketurunan peranakan Baba Nyonya berasal Melaka itu Kak Fas lihat persis ‘Melayu’ malah jika tidak diperkenalkan sebagai Kelvin sudah tentu ramai fikir beliau anak Melayu. 



Dengan rambut gaya ala Beatles, lurus tetapi sedikit panjang, Kelvin diyakini kumpulan May dapat mencipta keserasian waima bakat luar biasa dimilikinya menjadi antara fakta pemilihannya diterima sebagai vokalis baharu May.


"Kelvin  boleh membawa lagu-lagu May mengikut kemampuannya dan dengan cara tersendiri,” ujar pemain bass May, Yus atau nama sebenarnya, Mohd Mohtar Mohd Madin (gambar atas, kanan).


Bagi kumpulan rock ‘heavy metal’ Melayu, Babylon yang mencetuskan fenomena menyanyikan lagu berbahasa Inggeris pertama di Malaysia pada tahun 1990 tidak ketinggalan mahu mengembalikan kenangan lagu-lagu popular mereka antaranya ‘Api Cinta’, ‘Metal Fire’ dan ‘Haruman Berbisa’.



“Kita akan buat yang termampu di pentas. Selagi kita boleh ‘deliver’ kita ‘deliver’ do or die lah. Sama-sama kena bangkit dan tolong menolong, Inilah peluang kita dapat, kita akan buat yang terbaik,” akhiri Hassan (gambar atas, dua dari kiri) selaku pemain gitar Babylon


Jadi apa tunggu lagi, jika nakkan diskaun, tempah tiket awal-awal melalui laman web www. MyTicket.asia ya dan bersama-sama ‘rock the night’ dengan empat rockers lagenda tanah air kita tu- Rusty Blade, May, Babylon dan XPDC secara ‘live’!


Kak Fas: Bila sebut Babylon terngiang-ngiang pula di minda lagu inggeris nyanyian Boney M, 'Rivers of Babylon' dan lawatan Kak Fas ke bandar bersejarah Babylon di Baghdad, Iraq, ketika mewakili Persatuan Wartawan Melayu  (selaku Setiausaha) ke konvensyen wanita Iraq pada era bekas Presidennya, Saddam Hussein dulu. Memang cantik walau pun sebahagian daripada 'Taman Babylon' yang kita baca dalam buku sejarah di sekolah, dah roboh.



#KonsertRockLagendaVol1 #Babylon  #May #RustyBlade #XPDC #HeavyMetal #fyp

Tiada ulasan: