Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM! BERCUTI KE TAIWAN BERSAMA AYDA JEBAT SAMBIL SERTAI KARNIVAL 'WATSONS GET ACTIVE'


ANDA
pernah ke Taiwan


Kak Fas pernah sekali ketika mengikuti delegasi artis-artis Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke 51 (2006) yang berlangsung di ibu negerinya, Taipei.


Tetapi itu kira-kira 17 tahun lalu. 


Dah lama tu… Taiwan kini dah pesat membangun malah dah ada pakej ‘Salam Taiwan’ khusus untuk pelancong beragama Islam. Dah tidak sukar mencari restoran-restoran halal waima dahulu tidak banyak restoren halal yang tersedia.


Jadi jika diberi peluang tentulah Kak Fas mahu sekali lagi ke Taiwan dan kali ini nak melihat pusat-pusat pelancongannya yang indah sebagaimana digambarkan oleh duta Watsons, Ayda Jebat dalam videonya.


Dan jika anda teringin nak ke Taiwan… percuma pulak tu dan ditemani artis popular lagi… apa kata membeli-belah di Watsons sahaja.


Jenama kesihatan dan kecantikan No.1, Watsons Malaysia kini tengah mempromosikan ganjaran kepada ahli-ahlinya dengan peluang kemenangan percutian 5 hari 4 malam ke Taiwan.


Bersama siapa?


Tentulah bersama Ayda Jebat.


Bagaimana pula cara penyertaannya?


“Ahli Kelab Watsons boleh menyertai peraduan ini di mana 10 pasangan pemenang akan memenangi lawatan ke Salam Taiwan bersama Ayda Jebat,” ujar Caryn Loh,

Pengarah Urusan Watsons Malaysia pada majlis pelancaran  kempen ‘Watsons Get Active Carnival’ yang berlangsung di ibu pejabat Watsons di Bangunan Tun Razak Exchange baru-baru ini.


Turut hadir Pengarah, Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur, Abe Chou Shih Pi (tiga dari kanan) Pengurus Besar Pemasaran & Pertumbuhan Pelanggan di Watsons Malaysia, Danny Hoh (dua dari kiri) serta  Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir (kanan).



Menurut Caryn (tiga dari kiri) ahli-ahli Watsons dikehendaki membuat pembelian RM80 dan ke atas daripada mana-mana jenama yang mengambil bahagian dalam satu transaksi tunggal, sama ada di dalam kedai atau dalam talian.


“Mereka hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan untuk menyertai peraduan. Ahli Kelab Watsons akan menerima 1 penyertaan, manakala ahli Elit akan menerima dua penyertaan apabila berbelanja dengan Watsons,” tambah Caryn sambil memberitahu ganjaran yang disediakan adalah bersempena karnival ‘Watsons Get Active’ yang bakal diadakan bermula 23 hingga 24 September depan.


‘Watsons Get Active Carnival’ merupakan acara senaman kekal sihat terbesar di Malaysia dan akan diadakan di Depoh Sentul, menghimpunkan 20 tenaga pengajar pakar dengan iringan muzik dan kecergasan selama 90 minit.


“Matlamat kami bertujuan menggalakkan kehidupan kekal sihat melalui pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang didedikasikan kepada pelanggan dan ahli sekali gus mahu menyampaikan mesej agar kekal sihat bersama Watsons, di samping mempromosikan Taiwan sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim,” ujar Caryn Loh.



Sambung Caryn, Watsons sentiasa berada di barisan hadapan bagi tunggak kesihatan, dan tahun ini berasa teruja untuk membuat impak yang lebih besar dengan kembalinya karnival Watsons Get Active kali ke-9.


Bagi yang berminat sertai karnival, Watsons menyediakan harga ‘early bird’  bagi 1,000 peserta pertama yang mendaftar awal pada harga RM60 daripada harga biasa RM75.


Setiap peserta akan menerima t-shirt acara, bandana, dan baucar kesihatan & kecantikan bernilai lebih RM300


Pada acara senaman itu kelak, peserta mempunyai mempunyai pilihan untuk memilih antara senaman secara Zumba, Tabata atau senaman aktif lain, yang dijalankan serentak.


Selain itu, peserta juga boleh mengunjungi pelbagai gerai kecantikan, trak makanan dan bengkel menarik sepanjang dua hari acara berlangsung.


Jika berminat dan mahu mengetahui lanjut boleh layari laman rasminya di: 

https://www.watsons.com.my/get-active  atau KLIK DI SINI.


Nabil turut berkongsi pengalaman bersama Ayda di Taiwan.


Sementara itu,  berkongsi pengalamannya bercuti ke Taiwan melalui pakej ‘Salam Taiwan’ Ayda Jebat berkata, "Ini akan menjadi lawatan kedua saya ke Taiwan tetapi kali ini bersama 10 pemenang ahli-ahli Watsons yang bertuah. Sudah tentu ia akan menjadi satu percutian yang lebih menakjubkan. Saya tidak sabar untuk mencipta kenangan terindah itu nanti.” 



Sehubungan itu juga, Abe Chou Shih Pi  (bawah, tiga dari kanan) meluahkan ucapan terima kasihnya kepada Watsons Malaysia atas kerjasama melaksanakan program bermanfaat seperti ‘Salam Taiwan’.



“Kami tidak sabar untuk menonjolkan keindahan Taiwan. Sambil kami mempromosikan Taiwan sebagai destinasi mesra Muslim, kami menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman Taiwan,” akhirinya.



#WatsonsMalaysia #SalamTaiwan #AydaJebat #KarnivalWatsonsGetActive #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan