Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TV ALHIJRAH SEDIAKAN PROGRAM MENARIK SAMBUT AIDILADHA DENGAN SLOGAN "JEMPUTAN HAJI"



TANGGAL 29 Jun 2023 ini  umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Aidiladha atau lebih mesra disebut Hari Raya Haji waima ibadah haji difardukan oleh Allah SWT ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W.


Dan sempena sambutan bulan Zulhijah yang penuh barkah ini di mana terhimpun kelebihan, fadhilat dan keistimewaannya tersendiri, stesen televisyen TV AlHijrah menyediakan 9 program menarik untuk ditontoni sepanjang kempen bertemakan slogan ‘Jemputan Haji’ tahun ini.


“Sempena kedatangan musim haji 1444H, memposisikan keberadaan sebagai media Islam yang senantiasa memperjuangkan Islam, mendokong aspirasi mewujudkan Malaysia Madani dan menjayakan Gagasan Al-Falah, TV AlHijrah berasa terpanggil untuk mengekalkan tradisi sebagai sebuah stesen televisyen utama di Malaysta yang meraikan hari kebesaran Islam yang penuh falsafah kehidupan untuk dihayati,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris ketika ditemui pada majlis dan sidang media kempen ‘Aidiladha Jemputan Haji’ yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


TVAlhijrah kini beralih kepada promosi melalui sosial media seperti TikTok sebagai usaha mengikut trend selera penonton sekarang. Memperkenalkan robot dalam pelancaran gimik kempen "AidilAdha Jemputan Haji'.



Turut hadir Exco TV AlHijrah, Haji Suffian Yahya dan Nadzariah Mohamed; Zulkarnaen Mokhtar, Pengurus Penjenamaan & Kajian Penonton TV AlHijrah serta rakan Sinergi Korporat.


Menurut Namanzee seterusnya, dorongan untuk menjadi masyarakat yang beradab, berperikemanusiaan dan berkeadilan sebagaimana digariskan oleh matlamat mewujudkan Malaysia Madani ini telah lama dijelmakan melalui falsafah haji yang sentasa mempromosikan sikap toleransi, sabar, hormat-menghormati, kasih-sayang dan pelbagai nilai murni dalam hubungan horizontal. 


“Berlandaskan slogan  menarik seperti ‘Jemputan Haji’, TV AlHijrah istiqamah meneruskan agenda dakwahnya melalui beberapa program dirangka khas untuk mencetuskan rasa syukur jemaah atas takdir terpilih ke tanah suci, rasa pengharapan kepada undangan Allah kepada mereka yang belum berkesempatan menjadi tetamu-Nya dan mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah apabila berkemampuan,” tambah beliau panjang lebar.


Pelbagai rancangan istimewa untuk kempen haji 2023 disediakan  antaranya seperti ‘Cinta Ilmu Aidiladha’ melalui tiga (3) segmen Islam, Iman dan Ihsan yang akan ke udara pada Isnin hingga Rabu, pukul 7.30 malam



Selain itu, program bual bicara ‘Labbaikallah’ dikekalkan bagi mengundang nostalgia mereka yang pernah menunaikan ibadah haji mahupun mereka yang baru menerima jemputan pada tahun ini agar dapat mengubat nndu terhadap Baitullah serta mengimbau detik indah ketka melakukan persediaan awal hinggalah Hari Tasyrik. 


Mulai bersiaran setiap hari bermula 18 Jun hingga 2 Julai  pada pukul 9 malam, program 'Labbaikallah' kali ini  mengundang barisan ustaz jemputan iaitu Ustaz Jafri, Ustaz Rozi, Ustaz Zarifi, Ustaz Zul Raml, Ustaz Hanafiah, Ustazah Muzayyanah dan Ustazah Fatah Syarha manakala Ustaz Fazrul sebagai pentadabbur serta qari Ustaz Tarmizi dan Tiimiz Fahmi.



Peristwa Haji yang bakal disiarkan pada malam raya pukul 10.30 malam pula bertujuan mengajak penonton, mengimbas kembali peristiwa-peristiwa di sebalik Ibadah Haji untuk diekstrak iktibar darinya sebagai panduan kehidupan, diteruskan pada tahun ini atas permintaan penonton,” sambung Namanzee sambil berharap program tersebut  dapat melorongkan masyarakat kepada hasil didikan ibadah hidup bersatu dalam harmoni. 


Di samping itu Namanzee memberitahu, kempen Haji tahun ini juga diimarahkan dengan program Siaran Langsung Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 yang telah bermula dan 11 Jun 2023 hingga 16 Jun 2023 ini di mana Pulau Pinang menjadi tuan rumah. 



Program Munayat Arafah berdurasi dua (2) jam pula akan disiarkan pada 28 Jun, pukul 12.30 tengah han hingga 7.00 malam di mana penonton akan dibawa bermunajat kepada Allah SWTdan mempenngati kelebihan Hari Arafah,” ujar Namanzee.



Program-program menarik lain yang turut disusun khas meliputi ‘Hijrah Berselawat Istimewa Aidiladha’, ‘Gema Haflah Istimewa Aidiladha’, ‘Barakah’, program ‘Rehlah Ibrahim’ dan ‘Seikhias Hati’.


Untuk mengetahui lanjut sila tonton treler di bawah ini:




#TVAlHijrah #AidilAdhaJemputanHaji #Labbaikallah #ProgramAidiladha #Hijrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan