Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PEDULI INSAN BANTU RAKYAT MALAYSIA LAKSANA IBADAH KORBAN SERENDAH RM800, SEDEKAH RM30!


TIDAK 
 lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Haji atau pun Aidil Adha di mana umat Islam seluruh dunia yang berkemampuan akan mengerjakan rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan Haji.


Apakah tahun ini anda berhajat untuk melaksanakan ibadah korban tetapi bimbang jika kewangan tidak mengizinkan?


Jangan khuatir seperti nama pertubuhannya, Peduli Insan Malaysia sentiasa mengambil peduli segala keluhan dan hasrat golongan yang kurang berkemampuan tetapi ingin melaksanakan ibadah korban.




Melalui Kempen Qurban4Ummah, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia membuka peluang untuk orang Malaysia yang ingin melaksanakan ibadah korban di 4 negara berbeza dengan harga serendah RM800 sahaja


Negara yang terlibat meliputi Syria, Palestin, Yaman dan tanah air tercinta,  Malaysia.



“Selain dari pakej korban serendah RM800 yang akan dilaksanakan di luar negara, Peduli Insan juga amat menghargai semua pihak yang ingin berkongsi rezeki sempena Hari Raya Aidiladha ini. Justeru itu, inisiatif Sedekah Adha juga turut dilancarkan di bawah kempen ini untuk rakyat Malaysia yang ingin menyumbang serendah RM30 sahaja,” ujar Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan.


Menurut beliau, Kempen Qurban4Ummah tahun ini mensasarkan bantuan utama berbentuk makanan sama ada daging segar mentah atau makanan siap hidang yang akan diagihkan kepada anak-anak yatim, balu, orang-orang tua, orang kurang upaya yang kehilangan anggota badan akibat peperangan serta fakir miskin.


Mungkin ada yang akan bertanya apa keistimewaannya melaksanakan badah korban melalui Kempen Qurban4Ummah Peduli Insan pada musim ke-empat kali ini?


“Setiap peserta akan menerima gambar dan video sembelihan haiwan korban mereka yang akan dikongsikan secara digital serta sijil penyertaan korban sebagai bukti ibadah korban anda semua dilaksanakan dengan telus,” jawab Mohd Luqmanulhakim.


LUQMANULHAKIM (kanan) menerima sumbangan daripada Kumpulan InTeam pada Disember tahun lalu.



Selain itu tambahnya, Peduli Insan berharap para peminat serta rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa Ikon Kemanusiaan Muhibbah mereka - Inteam, UNIC dan Ustaz Dr Zamri Mantop dapat memberi sokongan dan kebersamaan kepada golongan kurang bernasib baik di negara-negara terbabit termasuk Malaysia sendiri  dengan mendaftar pakej korban ataupun melalui sumbangan Sedekah Adha.


Jadi, bagi mereka yang berhajat untuk mendaftar korban boleh klik LINK INI manakala bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan Sedekah Adha boleh berkongsi rezeki melalui akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor 0704 3011 0620 82.




#PeduliInsan #SedekahAdha #Qurban4Ummah #UNIC #Inteam #AidilAdha #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan