Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAGGI PERKENAL PERISA BAHARU 'MI GORENG LAKSA WARISAN'


SEBUT
sahaja jenama makanan segera MAGGI, siapa tak kenal kan? Ia jenama global yang telah menjadi nama popular di Malaysia.


Budak kecil pun dah tahu apa itu Maggi rasanya...


Antara pek perisa Maggi yang Kak Fas suka adalah Maggi Tom Yam dan yang sering digunakan ketika masak sudah tentu Maggi Cukup Rasa serta pelbagai pes dan rempah ratus buatan Maggi.


Sebagai jenama pilihan, sudah tentulah apabila mendapat undangan untuk hadir ke majlis apa jua yang berkaitan Maggi, Kak Fas tidak akan menolak walau pun tanpa bayaran... kalau bayar lagi lah bagus kan huhu!


Apa pun terbaharu, Kak Fas hadir pada majlis pelancaran memperkenalkan perisa Maggi Mi Goreng Laksa yang diadakan di sebuah rumah agam, The Agam di Sungei Penchala, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Memang meriah dan sesuailah acara tersebut dianjurkan di rumah vintaj sebagai memberi penghormatan kepada hidangan warisan klasik Malaysia,  iaitu LAKSA.


Tetapi kelainannya ia bukan seperti laksa biasa yang berkuah tau... ia Maggi Mi Goreng Laksa yang serba baharu dengan rasa asli dan aroma tersendiri.


 “Sebagai jenama yang mempunyai sejarah lebih 50 tahun dan ruang yang bermakna di hati Rakyat Malaysia, MAGGI terus berbangga meraikan warisan kami dalam semua tawaran kami. Hari ini, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan Laksa Malaysia yang meriah sambil mempersembahkan inovasi produk terbaharu kami yang memberi penghormatan kepada warisan masakan negara kita yang pelbagai dan tersendiri - MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan serba baharu kami,” ujar Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad pada majlis pelancaran tersebut bersama Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestle (Malaysia) Berhad, Ivy Tan.


Turut hadir dua personaliti makanan terkenal Malaysia - Chef Selebriti, Anis Nabilah dan Profesor Dr. Shahrim Karim, Profesor Makanan dan Budaya Warisan Malaysia di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) – yang mempamerkan seni kulinari dan kepakaran mereka dalam menyediakan hidangan laksa yang lazat sambil berkongsi sejarah dan evolusinya yang kaya.


Dengan aroma nostalgia serta rasa dan teksturnya yang kaya, tidak hairanlah laksa menjadi ikon tradisi masakan Malaysia.


Menelusuri asal usulnya, 'Laksa' merupakan hidangan yang berakar umbi dalam komuniti Peranakan, diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara. 


Menurut Dr. Shahrim Karim, (gambar bawah) laksa benar-benar hidangan ikonik Malaysia yang melangkaui budaya dan wilayah – berkembang menjadi pelbagai variasi yang kita ketahui dan nikmati hari ini – daripada Laksa Kari yang paling biasa kepada tawaran yang lebih inovatif seperti Assam Laksa, Laksa Sarawak,  Laksa Nyonyadan Laksa Johor.



"Laksa yang sempurna dan enak adalah apabila ramuannya diadun berterusan hingga 'pecah minyak' baharulah ia benar-benar bangkitkan aroma rasa kesedapan," tambah Anis Nabilah (kanan) sambil memasak.


Pendek kata, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengguna sentiasa mencari cara baharu untuk menikmati hidangan popular ini bersama keluarga dan rakan-rakan, dengan peningkatan trend penyediaan laksa dengan cara “Goreng”. 


Mengambil inspirasi daripada trend berkenaan, terciptanya MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan serba baharu, sentuhan kreatif kepada tradisi Laksa Malaysia.


 “Sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, MAGGI berhasrat untuk menyampaikan penawaran produk yang merangkumi citarasa Malaysia sebenar. Terima kasih kepada dedikasi berterusan dan kepakaran masakan Chef MAGGI kami, kami telah memberikan sentuhan moden kepada Laksa semasa kami memperkenalkan inovasi terbaru MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan kami," sambung Ivy Tan.


Tambahnya,  rahsia membuat laksa yang baik terletak pada asasnya waima Maggi mencipta perisa baharunya dengan teliti dengan adunan bahan-bahan aromatik utama seperti bunga kantan, daun kesum, lengkuas, bersama bahan-bahan segar meliputi bawang besar, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia.



"Adunan ini dimasak perlahan-lahan hingga 'pecah minyak. ' untuk menyampaikan rasa tersendiri hidangan ikonik Laksa sambil mengekalkan resipi aslinya. Kami menerima hidangan warisan ini, dengan membolehkan anda menikmati Laksa Goreng yang lazat – pada bila-bila masa, di mana sahaja." jelas Ivy.


Selaras dengan janji jenama MAGGI  membantu rakyat Malaysia memasak MAGGI® terus menyampaikan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang mencari hidangan yang mudah disediakan dan sedap. 


Mi MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan dibuat dengan 100% gandum Australia, yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik. 


"Daripada mendapatkan bahan-bahan berkualiti tinggi kepada kawalan kualiti yang ketat, adalah komitmen MAGGI® untuk memberikan yang terbaik daripada dapurnya kepada pengguna," akhiri Ivy.


Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan, boleh layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-mi-goreng-laksa-warisan/ atau KLIK DI SINI.


NADHIR Nazar antara artis yang hadir...


#MaggiMiGorengLaksa #NestleMalaysiaBerhad #LaksaWarisan #GandumAustralia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan