Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PRECIOUS OF MALAYSIA' MULAI 10 OKT, RAI HARI TANJAK MALAYSIA


KEMBALI
menyemarakkan budaya, warisan dan fesyen Malaysia, pesta ‘Precious of Malaysia’ sekali lagi tampil dengan lebih menarik bertemakan ‘Revolusi Kebudayaan- Sesungguhnya Malaysia’ apabila julung kalinya diperkenalkan lagu temanya dinyanyikan penyanyi baharu, Danish Aiman.


Anjuran Kumpulan FM diterajui pereka fesyen terkenal, Farel Mikhail dan Jonathan Kok, pesta berkenaan bakal dipentaskan di Mirage By Pak Abu, Zebra Square Kuala Lumpur dari 10 hingga 15 Oktober 2023 yang turut disokong Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC) serta Jabatan Warisan Negara.



“Pesta ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan membantu kerajaan memperkasa, memulihara dan memelihara, warisan negara, budaya, sejarah, seni, fesyen, pelancongan dan gaya hidup Malaysia yang unik untuk generasi akan datang,” ujar Farel Mikhail pada majlis pelancaran ‘Precious of Malaysia’ yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan, Khairul Firdaus Akhbar Khan di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut menyerikan majlis ialah Penaung Precious of Malaysia Tengku Dato' Dr Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj; Penasihat-penasihat Precious of Malaysia, Puan Sri Akmal Abdul Salam, Dato' Kevin Lee dan Dato' Nurzarina serta Pengarah Bahagian  Warisan Tak Ketara, Jabatan Warisan Negara, Dr. Eyo Leng.



Para majlis pelancaran tetamu yang hadir berpeluang menyaksikan terlebih dahulu  pratonton pameran fesyen Precious of Malaysia yang menyaksikan fesyen rekaan pereka ternama seperti Jonathan Kok (cheongsam), Farel Mikhail (Melayu manis), Kenny Low (kebaya nyonya), Qif Alvarez (pakaian lelaki songket); Putra Wakalam (pakaian pahlawan), Harry Putraa (songket kurung); Armnabil (pakaian malam songket) dan Zhu Said, mempamerkan rekaan unik dan tidak kurang menariknya.


FAREL Mikhail bersama model menggayakan koleksi fesyen kebayanya..


Kempen tahun ini dijangka memberi tumpuan kepada empat komponen utama - Minggu Fesyen Budaya, Pameran Tanjak & Tengkolok Di Raja, Malam Gala Kebudayaan dan Hari Tanjak Malaysia.


Minggu Fesyen Kebudayaan  dengan tumpuan kepada rekaan klasik dan kontemporari akan diadakan pada 14 dan 15 Oktober di mana 10 pereka fesyen dari Konfederasi Pereka Fesyen Asean, 8 daripada pelajar tahun 2 & 3 dalam Sarjana Muda Teknologi Reka Bentuk Fesyen (Kepujian) di Taylor's University, dan pelajar dari UiTM dan Kolej Komuniti Selayang, telah diberi keistimewaan untuk mempersembahkan rekaan mereka semasa pameran itu.



Selain itu, antara pengisian menariknya akan diadakan meliputi persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan, penyampaian anugerah untuk pereka fesyen dan model.


“Persembahan fesyen pastinya menumpu pada memacu industri ke hadapan dengan memperkenalkan pelbagai elemen budaya & warisan ke dalam aliran arus perdana fesyen di Malaysia hari ini,” ujar Farel Mikhail sambil berharap koleksi yang dipamerkan akan menyerlahkan kreativiti besar pereka fesyen tempatan terbabit.


Dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang disediakan acara kemuncak utama terlumpu pada Pameran Tanjak & Tengkolok DiRaja yang akan diadakan sepanjang 5 hari festival berlangsung iaitu sempena meraikan Hari Tanjak Malaysia pada 15 Oktober 2023.


Rasanya semua sudah maklum, tanjak atau tengkolok adalah sejenis ‘gear kepala’ yang dipakai secara tradisi dalam kalangan masyarakat Melayu, kebanyakannya di kalangan lelaki, tetapi ada juga wanita yang memakainya. 


Kak Fas yang turut diberikan tanjak dengan lipatan tajam ke atas, tidak segan untuk mengenakannyya walau pun ia sebenarnya untuk lelaki, jadi selepas bergambar Kak Fas bertemu dengan pereka tanjak yang hadir untuk menukarkan gayanya kepada yang sesuai dipakai golongan wanita.


Apa macam… menarik tak almaklum tak pernah pakai tanjak jadi teruja jugalah untuk bergambar dengan tanjak hihi….



Apa pun, apa yang diperoleh ini adalah dalam fabrik serba hitam sahaja. Lazimnyya Ia diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat dan diikat dengan pelbagai gaya. 


Lipatan fabrik ini telah berkembang mengikut peredaran zaman, diperhalusi dan diubah suai mengikut kemahiran si pemakai.


Dalam pada itu lebih menariknya, acara festival ditamatkan dengan Malam Gala Kebudayaan di mana pelbagai aktiviti disediakan antaranya seperti perarakan inspirasi orang dalam pakaian tradisional, bersama-sama dengan pertandingan pakaian tradisional terbaik; pertandingan Silat (silat Melayu) dan pertandingan Silat Perkusi Tradisional.



Malam Gala Kebudayaan akan menyaksikan sambutan rasmi Precious of Malaysia oleh Raja Muda Perlis.Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil


Acara permaidani merah berprestij itu juga akan menyaksikan kehadiran pelbagai orang kenamaan, selebriti VIP dan personaliti terkenal dalam industri fesyen.


Antara sorotan utama Malam Gala Kebudayaan ialah Pameran Fesyen Budaya Malaysia, persembahan tradisional dan persembahan artis serta pelancaran lagu tema rasmi Precious of Malaysia dan penyampaian Anugerah Precious Of Malaysia.



#PreciousOfMalaysia #KumpulanFM #PertunjukanFesyeen #MalamGalaKebudayaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan