Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'FANNA' MENCABAR DIRI SHAFIE & FIFI. KENAPA? DI PAWAGAM 28 SEPT!



FILEM ini memang mencabar kerana saya perlu membawa watak yang paling banyak adegan ‘fighting’,” ujar Shafie Naswip sebagai pelakon utama ‘Fanna’, filem pertamanya bergandingan bersama pelakon yang dilihat mempunyai kemahiran melakukan babak aksi, Fifi Azmi ketika ditemui pada majlis Malam Gala Tayangan Perdana Filem ‘Fanna’ di Dadi Cinema, Pavilion  KL baru-baru ini.


Turut hadir bersama Shafie dan Fifi Azmi tentulah pengarahnya, Andy Weng Sum Liew serta barisan pelakon lain seperti Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan  ramai lagi termasuk penerbit David Teo dari Metrowealth (MIG)  yang bertindak sebagai pengedar filem ini.


Fanna’ yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 28 September ini terbitan Jaguar Filem & Production (M) Sdn Bhd bergenre aksi romantis yang berkisar tentang Fanna (lakonan Fifi), seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik, dilakonkan Shafie Naswip.




Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta terhadap Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. 


Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingannya dibunuh sewaktu Shafiq cuba menyelamatkan Fanna yang diculik.


Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna berjaya melarikan diri selepas cedera. 


Pada adegan inilah penghujung cerita ‘Fanna’ berakhir meninggalkan persoalan adakah kedua pasangan kekasih yang sudah berkahwin ini bertahan atau kedua-duanya meninggal dunia dalam 'pelayaran' cinta mereka?


“Dah la banyak adegan berlawan tetapi pada masa sama ada babak yang memerlukan emosi  bagi adegan ‘romantis’, jadi memang mencabar untuk mengimbangi kedua-dua watak ini,” tambah pelakon yang mula Kak Fas kenali sebagai ‘Mukhsin’ dalam filem bertajuk sama arahan Alahyarham Yasmin Ahmad pada tahun 2007 itu.



Sebenarnya, setiap kali melihat kelibat Syafie Naswip pasti mengimbau kenangan semasa pertama kali bertemu Shafie ketika bersama rombongan anjuran FINAS ke Festival Filem Malaysia ke-20 yang berlangsung di Pulau Pinang ketika itu. 


Waktu  itu Shafie baharu berusia 15 tahun tetapi sudah nampak semangat juangnya yang tinggi  apabila hadir keseorangan dalam industri yang ketika itu baru hijau baginya, apatah lagi berada di keliling pelakon-pelakon senior.


Kini, dari Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, anugerah yang pertama kali dimenanginya untuk filem ‘Muchsin’ , Shafie seterusnya menerima beberapa lagi anugerah antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM25)  hingga kepada Pelakon Lelaki Terbaik (Anugerah Skrin ke-11), membuktikan kemampuan Shafie, 31,  dalam bidang lakonan.

Seperti Shafie, gandingannya Fifi Azmi, 33, tidak kurang menyerlah apabila berlakon aksi waima bekas pelakon filem “Wira” ini terus diberikan watak lasak.


Baharu ada sebuah anugerah dalam tangan sebagai Pelakon Wanita Harapan Terbaik (FFM31), Fifi atau nama penuhnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi memberitahu, walau pun pernah berlakon aksi sebelum ini namun ‘Fanna’ ada kelainannya apabila beliau perlu juga membawa watak seorang gadis yang menghidap kanser.


“Ini pertama kali saya berlakon di samping Syafie dan kali pertama juga membawa watak utama dengan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia, “ujar Fifi yang dilihat sering menunjukkan jari tengah difahami sebagai isyarat lucah dalam filem ‘Fanna’.


Berhubung kritikan yang diterima terhadap isu itu, kata Fifi, beliau menurut kehendak pengarah demi watak Fanna.


Dalam filem yang bakal anda tonton, aksi itu bagaimana pun dikaburkan.


“Sebenarnya bila disuruh melakukan aksi itu, saya sendiri pun terkejut tetapi saya faham ia hanya lakonan untuk filem. Cuma jika dah dikaburkan, pendapat saya  lebih baik tak payah ditayangkan. Buang sahaja babak itu jika tidak menganggu perjalanan filem dan editing,” ujar Fifi.


Barangkali dengan isyarat itu, pengarah mahu watak  Fanna lebih agresif atau pun sesuai dengan cerita filem yang memaparkan isu gangsterism?


Apa pun tajuk “Fanna’  ada persamaan pula dengan judul filem Hindi bergenre  ‘romantis thriller’ iaitu “Fanaa’ (hanya berbeza ejaan) pada tahun 2006 dibintangi Aamir Khan dan Kajol.



Bezanya ‘Fanna” mengisahkan hal gangsterism manakala ‘Fanaa’ berkisar tentang terrorism.


Nak tahu apa kisahnya dalam ‘Fanna’ dan ingin menonton bagaimana aksi lasak dari Fifi dan Shafie mahu pun barisan pelakon aksi hebat lain seperti Colleen yang memang seorang  atlet sukan lasak antaranya seni bela diri campuran (MMA) dan atlet Spartan Race?


Jom tonton aksi hebat mereka ini….empat hari je lagi… pada 28 September ini ya..!


Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi filem Fanna di https://fannamovie.com/ 



#Fanna #ShafieNaswip #FifiAzmi #Metrowealth #FilemAksiRomantis #MMA #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan