Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DR MAHATHIR KETUAI SENARAI PENERIMA ANUGERAH WITA 2023!



BEKAS
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  mengetuai senarai penerima 55 Anugerah  Pelancongan Islam Sedunia  atau ‘World Islamic Tourism Award’ (WITA) yang julung kalinya diadakan bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur sehari sebelum Hari Malaysia yang jatuh pada 
16 September 2023 lalu.


Dr. Mahathir menerima Anugerah Pemimpin Islam Global pada malam

kemuncak WITA 2023 itu yang diadakan sempena Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam (AITEX 2023), berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 September lalu.



Anjuran Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dengan kerjasama rakan strategiknya, Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) dan Pertubuhan Pelancongan Islam Global serta Santai Travel, malam anugerah WITA 2023 dihadiri  Dr. Mahathir sendiri yang menerima anugerah sebelum majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah pelbagai kategori lain.


Anugerah kepada Dr. Mahathir disampaikan oleh Presiden MATA, Datuk Dr. Mohd Khalid Harun yang turut diiringi Pengerusi Penganjur AITEX 2023, Presiden MiTDA, Datuk Noor Zaleha Baharuddin.



Turut diumumkan antaranya, bekas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato' Sri Nancy Shukri (kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) menerima anugerah ‘Best Tourism Recovery Initiative' namun beliau tidak hadir.

ST TOURISM RECOVERY INITIATI

Anugerah Pelancongan Islam Sedunia (WITA) 2023 adalah anugerah pertama dan yang paling berprestij dalam Pelancongan Islam sempena Persidangan dan Pameran Pelancongan Haji, Umrah & Islam Asia (AITEX 2023). 



Objektifnya bertujuan  untuk mengiktiraf, meraikan produk dan perkhidmatan kecemerlangan yang diberikan oleh Wira Pelancongan Islam, merentasi semua sektor pelancongan dan hospitaliti pelancongan.


“Penerima anugerah ini telah dipilih dengan teliti dengan mematuhi pematuhan standard yang ditetapkan oleh panel pemilih WITA yang masing-masing mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri pelancongan,” kata Noor Zaleha Baharudin.


GAMBAR atas: Dato Seri Mirza Mohamad penerima anugerah 'Best Tourism Personality' sementara foto bawah -Datuk Azlie Halim, menerima  Best Muslim Friendly Magazine -Santai Travel.


Menurut beliau, amat bertepatan WITA dianjurkan di Malaysia waima negara ini diiktiraf sebagai "Top Spot As The Preferred Halal Tourist Destination" oleh Master Card-Cresent Rating Global Muslim Index (GMTI) 2022.



“WITA pertama ini pastinya akan memberi inspirasi kepada peserta pelancongan Islam global untuk bekerja lebih keras agar usaha mereka akan mendapat pengiktirafan tinggi pada WITA tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya,” tambah Noor Zaleha sambil mengucapkan tahniah kepada Wira Pelancongan Islam yang diberi penghormatan menerima anugerah paling berprestij ini.


Malam WITA2023 diserikan dengan pelbagai persembahan seperti pertunjukan fesyen dibawa oleh pereka fesyen Ridzwan Bohari, nyanyian dari Ana Rafali serta qasidah dari Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah.



#WITA2023 #AITEX2023 #PelanconganMuslimMesra #DrMahathirMohamad #fyp



Tiada ulasan: