Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LIFEBOUY MULTIVITAMINS+ BERI 10 X KEKUATAN PERLINDUNGAN KUMAN


JENAMA Lifebuoy
sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi waima ia sudah pun berada di pasaran sejak tahun 1894 lagi sebagai antara sabun perlindungan kuman yang paling laris di dunia.


Sepanjang 110 tahun sejarahnya. sabun antibakteria ini telah memberi kepercyaan kepada seisi keluarga dengan keupayaannya membersihkan kulit agar sentiasa memberi perlindungan daripada ancaman kuman.


Semua maklum, bahawa kulit merupakan benteng pertahanan pertama badan terhadap jangkitan kuman dalam persekitaran kita. 


Fungsi antimikrob kulit yang menghalang kemasukan kuman disokong oleh bekalan mikronutrien yang secukupnya, termasuk vitamin


Sesetengah vitamin boleh diserap oleh kulit, sebab itulah banyak produk penjagaan kulit mengandungi vitamin sebagai ramuan tambahan. 


Jika dahulu, sabun mandian sering dianggap hanya sebagai produk kebersihan asas seperti juga pencuci tangan dalam amalan penjagaan kebersihan harian kita, kini anggapan itu dijangka berubah dengan kewujudan gelombang pertama produk Lifebuoy Multivitamins+ yang kini sudah pun melanda pasaran di Malaysia.


Diperkenalkan oleh Unilever Malaysia, sabun mandian badan dan pencuci tangan  Lifebuoy Multivitamins+ dengan formula antibakteria serba baharu, membawakan kemajuan terkini dalam penjagaan kebersihan seharian dan memberikan tahap perlindungan kuman yang tiada tandingan untuk seisi keluarga. 


“Berbekalkan komitmen yang kukuh untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan berjuta-juta rakyat Malaysia, kami sentiasa menambah baik formula dan meningkatkan kualiti untuk mendorong gaya hidup lebih sihat kerana ini merupakan satu perjalanan yang berterusan. 


“Dengan perubahan terakhir yang diumumkan lima tahun lepas pada 2018, pelancaran hari ini membawa Lifebuoy ke era baharu kebersihan dan perlindungan kuman. Tentunya misi kami ialah memastikan tiada kehilangan nyawa berlaku akibat jangkitan yang boleh dicegah,”  ujar Lenny Chuah, Ketua Negara, Unilever Malaysia dan Ketua Unit Perniagaan Negara bagi Bahagian Penjagaan Peribadi di Malaysia, Singapura dan Thailand pada majlis pelancaran Lifebuoy Multivitamins+ baru-baru ini.


Turut hadir bersama melancarkannya pada majlis yang berlangsung di Sunway Pyramid itu adalah Caryn Loh, Pengarah Urusan, Watsons Malaysia dan Maggie Tay selaku Ketua Pembangunan Perniagaan Pelanggan Malaysia-Singapura, Unilever Malaysia.


MAJLIS pelancaran disempurnakan (dari kiri), Caryn, Lenny dan Maggie.


Selain mereka turut dilihat kehadiran pakar Kesihatan,  Dr. Malar Santhi; MY-SG Skin Cleansing Lead, Unilever Malaysia, Siti Suhaila serta dua pempengaruh keibubapaan media sosial, Maryam Younarae dan Joe Chang.



Menurut Lenny seterusnya, sejak 1894, misi Lifebuoy memang jelas: untuk menjadi pasanagan pelengkap rakyat dan keluarga dalam kesihatan dan menjadikan kebersihan sebagai sebahagian daripada rutin harian. 


Berlandaskan kajian, pengalaman dan warisan selama berdekad, Lifebuoy merupakan jenama seisi rumah yang dipilih dan dikehendaki oleh keluarga.. 


Sementara itu, sebagai rakan kerjasama rasmi pelancaran, Caryn Loh berkata:


“Kami sentiasa berusaha menyediakan pilihan luas produk penjagaan peribadi yang boleh dipercayai pelanggan dan keluarga di seluruh Malaysia. Sesungguhnya majlis ini amat bermakna bagi kami, ia bukan sahaja memulakan kerjasama jangka panjang dengan Lifebuoy tetapi juga memperlihatkan usaha bersama kami ke arah membina komuniti yang lebih sihat.” 


Mengulas lanjut, memandangkan produk kebersihan seperti sabun mandian badan dan pencuci tangan berinteraksi dengan kulit beberapa kali sehari, Dr. Malar berpendapat adalah menjadi satu keperluan untuk menggunakan sabun yang mengandungi vitamin yang boleh memberi sokongan tambahan untuk menentang kuman.


Bagaimana kandungan multivitamin boleh membantu kita menentang jangkitan? 


"Kulit kita menghasilkan peptida antomikrob (AMP) secara semula jadi dalam peluh dan sebum. Peptida ini berfungsi seperti askar halus yang dihantar oleh badan untuk melawan kuman berbahaya yang cuba memasuki kulit kita. Dengan bertindak sebagai antioksidan, vitamin B3, C, dan E melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menjejaskan penghasilan AMP.,” jelas Dr. Malar (gambar bawah, tengah).



Tambahan lagi,  katanya, vitamin C dan B3 juga diketahui menggalakkan pembentukan benteng pertahanan kulit. 


Apabila dicampurkan dengan ramuan lain yang menyihatkan kulit, vitamin-vitamin ini menyokong pertahanan semula jadi badan daripada bahan perengsa dan kuman, membuka potensi besar dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan dan memerangi penyakit yang boleh dicegah. 


Lifebuoy Multivitamins+ terbukti secara saintifik memberikan 10 kali kekuatan perlindungan kuman berbanding formula sabun tanpa ramuan antibakteria aktif, dengan membunuh 99.9% daripada kuman.” tambah Dr. Malar sambil menambahkata, produk Lifebuoy Multivitamins+ ini juga telah melalui ujian dermatologi untuk memastikan keserasian kulit dan terbukti secara klinikal sesuai untuk kegunaan harian, agar kulit rasa bersih dan sihat selepas setiap kali penggunaannya.



Diperkaya dengan vitamin B3, C, dan E, formula baharu ini mempunyai dwifungsi iaitu mengukuhkan benteng pertahanan semula jadi kulit bagi menentang bakteria dengan meningkatkan perlindungan dan kesihatan kulit, di samping membasmi kuman, ia lantas mengubah sama sekali cara pembersihan kita.


Lifebuoy Multivitamins+ Baharu disediakan dalam enam pilihan sabun mandian badanTotal 10, Gentle Skin Care, Lemon Fresh, Cool Fresh, Vita Protect, dan Moisture Plus; serta empat pilihan sabun pencuci tangan – Total Protect, Activ Fresh, Gentle Skin Care, dan Lemon Fresh yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas. 


Semua produk boleh didapati di semua saluran runcit di seluruh negara.  


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lifebuoy, inisiatif tanggungjawab korporat Unilever Malaysia dan warisan kecemerlangannya, boleh layari laman www.unilever.com ATAU www.facebook.com/LifebuoyMalaysia.



#LifebouyMultivitamins+ #SabunMandianPencuciTangan #Kesihata #Bersih #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan