Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DUA LELAKI ANTARA FINALIS 'THE FACE OF HEALTHY BEAUTY' ZON WILAYAH TENGAH


SEJAK
mula diperkenalkan pada tahun 2019 dan terhenti seketika disebabkan pandemik COVID-19, pencarian ‘The Face of Healthy Beauty’ (TFHB)  anjuran Guardian kembali pada tahun 2023 ini di mana buat pertama kalinya, dua lelaki berjaya dipilih untuk menyertai ‘Grand Final’ yang bakal diadakan di Pusat Beli-belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya menjelang 21 Oktober 2023 nanti.


Kedua-dua lelaki bertuah tersebut terdiri daripada pencipta kandungan media sosial popular, Mohd Nurfaiz Abdul Rahim dan Kevin Lee Guan Mou.



Mereka antara lapan pemenang peringkat zon Wilayah Tengah yang berjaya ke peringkat akhir  bersama  Aqila Afindi; Chan Ching Yee;  Kay Yap Yen Yin; Nur Izzatul Aqma; Palvinder Kaur  dan  Rachel Chan Tze Yan


Lapan pemenang terbabit menewaskan 31 peserta separuh akhir lainnya  bagi Wilayah Tengah yang diadakan di Pusat Membeli-belah MyTown Cheras baru-baru ini.


Selama lebih kurang tiga jam 39 peserta keseluruhannya diberikan beberapa tugasan untuk mencari 8 yang terbaik antaranya termasuklah sesi mempromosikan produk kegemara masing-masing secara ‘live’ dalam platform ‘Tik Tok’ selama satu minit di hadapan barisan juri.


Mengulas kemenangannya memasuki peringkat akhir, kata Nurfaiz atau lebih mesra disapa ‘Faiz’ di kalangan rakan-rakan blogger,"Saya rasa sangat teruja apabila berjaya dipilih dan berharap pemilihan saya ini akan membuka jalan kepada lebih ramai lelaki untuk mengambil bahagian dalam peraduan seperti ini kerana lelaki juga boleh memiliki kehidupan yang sihat dan cantik."


Dengan berakhirya pemilihan peserta dari zon Wilayah Tengah, pencarian TFHB akan diteruskan ke Johor Bahru untuk memilih finalis dari wilayah Selatan sebelum ke Sarawak


Terdahulu pemilihan finalis dari zon Utara telah dilaksanakan di Plaza Gurney, Pulau Pinang pada 26, 27 Ogos lalu manakala di Paradigm Mall, Johor Bahru akan diadakan pada 9 dan 10 September 2023 disusuli dengan pencarian di Vivacity Mall, Kuching, Sarawak bermula 16 hingga 17 September 2023.


Untuk rekod, pencarian ‘Guardian's The Face of Healthy BeautyBUKAN pertandingan kecantikan kerana kempen ini meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan semua orang untuk menerima keunikan mereka dalam dan luar, kecantikan fizikal dalaman dan luaran mereka. 



The Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lembut tetapi bersemangat, menyeronokkan, gembira, penyayang dan memberi inspirasi dengan keyakinan yang dibina daripada perasaan baik tentang diri mereka secara holistik. 


Mereka berupaya memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah, melakukan perkara yang membuatkan mereka berasa gembira dan memuaskan.


Digembar-gemburkan sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha seluruh negara untuk mencari EMPAT individu, yang paling sesuai menepati kehendak 'The Face of Healthy Beauty' untuk menjadi duta kecantikan sihatnya.



Empat (4) pemenang dari Grand Final kelak akan menerima: 


  • Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian 
  • Menjadi Muka Halaman Depan Katalog Guardian & bahan jualan lain 
  • Wang Tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000 
  • Produk daripada penaja yang mengambil bahagian dan 
  • Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 kepada pertubuhan amal pilihan pemenang

Menjelang pertandingan akhir, pelanggan Guardian juga boleh mengundi, dari 18 September – 8 Oktober 2023 di laman mikro, untuk menentukan finalis kegemaran mereka menang memandangkan undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang kepada 40% daripada jumlah markah di Grand Final.


Butiran lanjut tentang carian, dan terma dan syarat penuh untuk penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.



#GuardianMalaysia #TheFaceOfHealthyBeauty #Peraduan #KecantikanSihat #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan