Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOPSTAR- KL CITY ART GALERI PERKENAL PIANO 'P. RAMLEE'!


SEBUAH piano bagi setiap rumah’ begitu harapan yang diletakkan oleh Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad atau ringkasnya KOPSTAR apabila memperkenalkan pianoP.Ramlee’ buat julung kalinya dengan sasaran jualan 100 unit bagi menambah dana Tabung Cahaya Kopstar dan Tabung Wild Life kelolaan KL City Art Gallery.


“Di Sabah jenama piano ‘P.Ramlee’ ini sudah terkenal lama dan ini pertama kali kami membawanya ke Kuala Lumpur di mana menariknya piano pintar ‘P.Ramlee’ ini anda boleh belajar bermain piano dalam masa tiga minit sahaja,” ujar Pengerusi Kopstar, penyanyi Dtk Royce Saayan pada majlis memperkenalkan piano ‘P. Ramlee’ sekali gus meraikan Hari Malaysia dengan minum petang bersama beliau di KL City Art Gallery pada 16 September 2023 lalu.


Majlis turut menyaksikan Memorandum Persefahaman antara Kopstar dan KL Ciry Art Gallery ditandatangani bersama oleh Royce dan Maizul Omar selaku Pengarah Galeri.



Melalui kerjasama itu, sebuah piano pintar “P.Ramlee’ keluaran syarikat jualan alat muzik, ‘Music Hive’ yang terletak di Bandar Puteri Puchong, akan ditempatkan di ruang legar KL City Art Gallery selama lebih kurang enam bulan bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba bermain dengannya tanpa bayaran.


Turut hadir menyaksikan momen menarik itu terdiri daripada penyanyi veteran, Rozita Rohaizad, anak kepada Allahyarham Seniwati Mariani dan anak saudara kepada Puan Sri Saloma dan Tan Sri P. Ramlee yang turut menyampaikan sebuah lagu, 'Hujan di Tengah Hari' diiringi petikan piano oleh Belle Fatah.


Lagu tersebut kata Rozita ciptaan P. Ramlee manakala liriknyya oleh allahyarham ayahnya, seniman H.M Rohaizad. 



“Ada beberapa jenis piano pintar dalam jenama ini dan apa yang kami bawa merupakan Piano Pintar Digital berharga RM4,800 sebuah dan setiap jualan piano akan disumbangkan kepada tabung Cahaya Kopstar dan Tabung Wild Life' kelolaan KL City Art Gallery,” tambah Royce Saayan dengan harapan dapat membantu perkembangan Kopstar yang baharu diterajuinya sebagai Pengerusi.


Apabila bercakap tentang piano jenama ‘P.Ramlee’ ini tentu ramai akan tertanya-tanya kan bagaimana nama itu tercipta?


Menjawab pertanyaan itu, Ahmad Wafiuddin selaku Bendahari Kopstar memberitahu jenama itu diperkenalkan oleh Pengarah Eksekutif Music Hive, Peter Chua yang menetap di Kota Kinabalu, Sabah.


WAFI menerangkan mengenai piano P.Ramlee yang diinspirasikan oleh Peter Chua dari Kota Kinabalu, Sabah.


“Peter adalah seorang peminat lagu-lagu P.Ramlee, dan memandangkan nama beliau pun bermula dengan abjad ‘P’ dan  beliau pula memang meminati lagu-lagu Allahyarham Seniman Agung itu maka dijelmakan piano keluarannya yang diperbuat dari China sebagai piano ‘P.Ramlee’,” jelas Ahmad Wafiuddin atau lebih mesra disapa Wafi.



Menyambung seterusnya, Royce memberitahu, dengan terletaknya piano P. Ramlee di ruang legar KL City Art Gallery diharap pengunjung dapat merasai pengalaman bermain dengan piano pintar itu sebelum berminat untuk memilikinya.


“Ini juga salah satu daripada initiatif Kopstar sebagai badan koperasi bertujuan meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi,” tambah Royce sambil berharap aktiviti pertama di bawah kepimpinannya ini dapat menjana pendapatan untuk industri hiburan muzik menjadi lebih positif dan berdaya saing di dalam dan luar negara. 



Sebagai Pengerusi baharu, pemilik bernama penuh, Rohayati Hj Sa’ayan ini turut dibantu Aishah Sanan  sebagai Setiausaha; Ahmad Wafiuddin A. Wasizali (Bendahari) dan enam Ahlijawatankuasa iaitu  Ismail Mohd Sharif, Pakaruddin Lahasim,  Nor Farahan Zainudin  dan Mohd Noor Mohd Zain.


Untuk rekod, Kopstar yang didaftar pada 5 Mac 2009 di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia  merupakan koperasi yang dianggotai oleh pengiat-pengiat seni muzik, perfileman, produksi media, tv dan radio serta individu-individu yang terlibat secara langsung didalam Industri Seni Malaysia.


Sementara itu, sebagai rakan strategik, Maizul Omar  (kiriyakin usaha untuk menzahirkan ‘sebuah piano di dalam setiap rumah’ dapat dipenuhi dengan jayanya malah kerjasama ini sekali gus membantu pihaknya mengumpul dana bagi diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang memelihara keselamatan haiwan-haiwan di huitan yang kini terkesan oleh perubahan iklim yang tidak menentu.


“Silalah datang melawat ke KL CIty Art Gallery dan sambil bermain piano bolehlah melihat karya-karya seni yang dipamerkan di sini malah kami juga mempunyai restoren kelab jazz. ‘Kinda Blue’ dimana ia boleh dijadikan ruang untuk pelbagai acara,” tambah beliau.


Meninjau ke halaman ‘Music Hive’ seperti yang dinyatakan oleh Royce, Kak Fas mendapati ada pelbagai model piano ‘P.Ramlee’ tersedia meliputi 8 jenis terdiri daripada harga serendah RM4,800 hinggalah kepada yang lebih ‘luxury’ seperti ‘Concert Grand Piano - P. Ramlee’ pada harga RM288,000.



“Yang lebih menarik, anda boleh membayar secara ansuran samada setahun, dua tahun atau pun tiga tahun, jadi memudahkan pembeli,” akhiri Royce yang mula aktif dalam industri sebagai penyanyi rock dan penulis lirik pada tahun 1997 sehingga melahirkan lebih empat album antaranya berjudul Royce Saayan, Yang Lazat, Misteri Permaisuri Hari dan Blues Wanita Penggoda di bawah naungan syarikat rakaman FMC.



#KOPSTAR #KLCityArtGallery #PianoPRamlee #RoyceSaayan #1Piano1Rumah #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan